Saturday, November 14, 2009

NASI AYAM MANDHI.....hhheeeemph

Ni dia nasi ayam mandhi.Baunya cukup menyelerakan.2 ekor ayam utk 4 orang makan.Orang malaysia boleh makan 10 orang.Sambil bilis tu masakan anaknda Azli.Dia pedas2 sikit.Menitik ayiak lioq.







Tu dia depa dah nak makan.Yang di depan berjanggut tu Abang samad, supervisor Safwah Hotel.Gambar ehsan dari anaknda Azli,manager HK Safwah Hotel.



Aku dah bosan nak tuleh pasai politik.Depa ni tak habeh2 memporak-perandakan minda rakyat.Rasuah sana sini.Tipu sana sini.Kelentong sini dan sana.Sekali-sekala tengok macam perangai budak2.Depa semua tu orang pandai.Mengaji sampai universiti.Kalau yang tak masok universiti pun ,tuleh dalam biodata pernah menuntut di salah sebuah universiti di mana2 dalam dunia yang sempit ni.Tak pa lah tu.Tapi tak kan depa tak tau yang mana satu dosa dan yang mana satu pahalanya.Kekadang debat ala parlimen di sekolah2 menengah tu lebih hebat dan tertib lagi.Ada kualiti.rasa nak dengar juga.La ni lintas langsung pun orang juih mulut.Tak rasa nak tengok .kalau ada berita pun tak rasa nak baca.Yang dok baca tu Cuma ahli tegar mereka saja.Kalau Tanya depa pasai apa sokong ? depa jawab nak cari makan.Anjing babi pun cari makan.Tapi tak lah makan serba mak nenek.Kita ni tak pilih langsung.Ikut terlintas saja……..nauzubillah.


Post2 aku yang baru berlalu tu sedikit sebanyak meredakan perasaan meluat ku terhadap orang politik.Orang yang tak pandai berpolitik tu yang aku benci.Politik , aku tak benci.Pasai tu aku masok dapor.Perut kenyang ,hati pun rasa puas.Kenyang makan mee rebus,lepat pisang dan ubi keledek.Hari ni dok pikiaq2 nak masak apa pula.Apa kata masak nasi ayam mandhi yang Azli sokmo dok sebut2 dalam blognya.Aku dah rasa masakan di Makkah.Masakan Malaysia depa kata tak lah sehebat masakan arab.Semasa di Masjidil Haram bulan puasa dulu aku dijamu oleh anak2 muda arab.Memang best.Had chef Di hotel Safwah pun cukup hebat.Terpelahap ku dan isteri makan.Azli yang belanja.Syok sungguh berpuasa di sana.Allah hulur berbagai nikmat dan kelazatan.Pohon Allah jemput pi sana setiap tahun.

8 comments:

olive oyl said...

salam ayahanda cha..

wah ayahanda..nasi mandi pula...mcmana nak masak nasi mandi ni..ayahanda ajarlah olive...

manzlie said...

salam ayahanda..

saya doakan semoga ayah dan mak akan smapi algi disni..insyalah..sya akan pastikan yang ayah dan mak makan lagi nasi mandy tuh..

waslam

NGINAP SRENGENGE said...

salam anaknda,

Ayah ni tau makan saja.
Search dalam internet tentu ada resepi2nya.Nasi ni di musim hujan begini cukup mengancam.Di sulam pula dengan teh arab.....hheeemmph.

wassalam.

NGINAP SRENGENGE said...

salam anaknda manzlie,

Memang nak pi lagi , hari2 berdoa minta Allah jemputkan lagi Ayah dan Mak.

Semoga diiringi keselamatan dan kesenangan di Tanah Suci.

Tu , ayah pinjam gambar tu.

Wassalam.

cikgu mas said...

salam ayahanda

cm kalau nampak jejaka sorang tu,rasa bersemangat nak tinggal jejak..

tulis lah pasal politik,cm suka baca politik kt blog ayahanda,tak keras sangat,cm pun kebetulan kt universiti course sejarah dan politik...Nabi saw jugakklah the great politician in the world,tak payah mengaji pun skill machiavelli...tetap mampu tadbir negara dengan hebat..belajar sungguh2 politik islam ni,pasti jumpa penyelesaian kemelut..ikut nabi kan..???

NGINAP SRENGENGE said...

salam cikgu mas,

Abang samad dah jumpa ayahanda kat Safwah.Dah pun bergambar bersama dengan Mak wan.Ada rupa la.Hemsem.

Politik lani kelamkabut.Kalau tuleh ayah jadi ganas sikit.Bagi depa redha sikit.

Doakan sejahtera hidup dunia/akhirat.

Wassalam.

mahaninawi said...

Assalamualaikum,cikgu dan kak wan..dok search blog saudara manzli tadi (sbb rindu nak tengok gambar kaabah dan nak tengok gambar masjidilharam)terjumpa pulak blog cikgu..best!Tahniah pada cikgu yg celik IT walaupun dah pencen..yg anak murid cikgu ni baru nak reti skit2...

NGINAP SRENGENGE said...

salam anaknda mahaninawi,

Thank you for visiting my blog.

Regards.