Thursday, November 19, 2009

MENGENALI MINA


Inilah sebahagian dari Mina.
Inilah MUASSIM bahagian penempatan para haji dan hajjah.


Kami dari Arafah ke Mina.Kami atas bumbung kenderaan.Ada kawan-kawan kami berjalan kaki.Dua tahun lagi boleh naik keretapi.
Mina luasnya lebih kurang 650 hektar mempunyai tanah datar yang luas dan ada lembah selain dari gunung-ganang di bahagian utara dan selatan.Di sebelah timurnya ialah Wadi Muhasar.Landmark yang tak asing ialah ketiga2 jamrah,tempat melontar , dan Masjid Al-Khaif.
Jambatan yang dibina di Jamrah panjangnya 950 meter dan 80 meter lebarnya.Tingginya 5 tingkat,dan dibuat asas yang kukuh untuk 12 tingkat untuk keperluan masa depan.Kos binaannya SR 4.5 billion.Ada 3 terowong dan 11 pintu masok dan 12 pintu jalan keluar. Satu kawasan diatas dibina untuk helikopter mendarat.Ada satu sistem penyejokan (cooling system) di buat memercikan air yang boleh menurunkan suhu hingga 29 darjah celcius.
Terdapat 3 buah hospital berdekatan : 1.Mina Wadi Hospital 2.Mina Al-Jisr Hospital dan 3. Mina New road Hospital.
LABAIKALLAH HUMMALABAIK..............

2 comments:

olive oyl said...

assalamualaikum ayah,
ayahanda dah tido???
bagus sungguh info ayahanda ttg mina dan jamrah... kawan kawan ayahanda ada yg jln kaki dari mekah ke mina???

NGINAP SRENGENGE said...

salam anaknda O2,


dulu 20 tahun lebih muda,lebih kuat.Ayah dan Mak berjalan kaki dari Makkah ke Mina.

Pi lah semasa muda.Bila tua kudrat dah kurang.

Selamat doakan.