Wednesday, November 11, 2009

NAK BERKUASA KENALAH BIJAK



Kuasa volkswagen ini cukup tinggi dan life-long.
Masih banyak on the road.

( GAMBAR HIASAN )



NAK BERKUASA KENALAH BIJAK


Setiap orang bercita2 nak kebesaran.Kalau cikgu nak jadi cikgu besar.Kalau kerani nak jadi kerani besar.Menteri nak jadi menteri besar.Nak jadi big boss.Orang besar ialah orang berkuasa.Ada kuasa.Nak kuasa tenteranya kena banyak.Sekeliling pinggang.Semua tu kena bela.Kalau tak bela habeh lari.Selain habuan dicurah kepada haprak2nya,yang berkuasa juga kena bijak.Bukan saja bijak pengawasannya,tapi dalam dunia moden ni,mereka juga bijak berbohong/menipu.Lebih2 lagi bila berpolitik.Yang aku cukup kenal,orang politik lah yang cekap berbohong.Nak tau bila tiba pilihanraya.Tengoklah , lepas tu tau lah awak.


Kita tak boleh bijak sendiri2.Diri sendiri tak bijak.Dia kena ada pedoman.Bukan sebarang pedoman.Pedoman dari Illahi.Al-quran.Pedoman dari Nabi saw.Al-hadiths.Al-quran dan Al-hadiths saja yang bijak.Wal-quran nil hakim.Allah sebut Al-quran itu bijak.Sapa nak pertikai lagi.Allah yang berfirman begitu.Tapi manusia yang dok berkuasa ni degil.Haprak sungguh la jadinya.Depa tak mau guna Al-quran.Setengahnya menolak terus…….nauzubillah.

2 comments:

kotastar said...

Wah! hebatnya blog Pak Cha sekarang. Jelas kunjungan ke Tanah Suci banyak memberi 'impack'.Komen dan sindiran semua berlapis dan banyak memberi ajaran dan makna.

Seminggu dua ni nampaknya kurang sihat - deman dan selsema dan nampaknya berpanjangan. InsyaAllah.
Salam sejahtera kami kp saudara berdua dan keluarga. Tak sempat lagi ke Sik.

NGINAP SRENGENGE said...

Salam Pak Non,

Adoi Pak Non , janganlah buat saya kembang pungkoq.Bila dah tua ni kena ubah fesyen sikit.Nasihat arwah orang tua Pak Shahnon : Bila muda dengar nasihat,dan tua nanti banyak beri nasihat.

Insyaallah , akan semboh juga . Gitulah edaran umur kita. Ada naik turunnya.Jarang2 kita jumpa orang tua yang sihat.Firaun ya , dia cukup sihat.

salam kat Pak Non dan Kak Wan.