Sunday, August 1, 2010

LE TOUR DE KOTA BARU.....MENJALIN SALITULRAHIM

Dengan nama Allah , 99 semuanya

Sanak saudara di sebelah pantai timor ni banyak...........tak sempat nak rakam semuanya.Di atas ialah Kak Nah anaknya dan menantu lelakinya mai bertemu srengenge.Boleh jamu nasi lemak kat depa......terima kasih kak Nah diatas pemberian burung puyuh yang siap di proses dan juga buah naga.
Gambar bersama Kak Nah,anak dan menantunya.......juga bersama Kak Chah ( tiga dari kanan) dari Kota Palmer,Cik Dah dari Terengganu (kiri sekali).

Ni keluarga dari Kemasin......Mak Usu dan anaknya Gadaffi.

Kak Chah dan Umie Aida dari kemasin........Umie Aida masih malu2 kerana baru saja melangsungkan perkahwinan.....Kak Chah ,terima kasih tolong memasak dan buah salak yang cukup manis.


Umie Aida ialah mak saudara pada Besah......depa ni cik mek molek.





Bergambar bersama sanak saudara dari Kemasin.







Barangan ni ialah dari keluarga dari Pattani............depa mai kat Golok dan barangan dikirim melalui tangan.........ada petai,durian ,salak,buah pauh dan mata kucing.....Aku tak pi kerana terlupa bawa passport..............terima kasih anaknda Ma dan cucu Anisah.........nanti jumpa lagi,insyaallah di lain hari.






Aku silap publish . Sepatutnya ni gambar buah mempelam dan mata kucing..........depa di sana tak sebutnya mempelam,kerana bunyinya sedikit ' seksi' .....depa panggil pauh.
Yang tak sempat aku rakam,maaf.Dan terimakasih.
Salam melebar senyum..............srengenge ingin bertemu lagi.








1 comment:

KAMATO said...

Salam ayahanda, petai banyak tu, boleh buat jeruk