Saturday, May 23, 2009

THE WORLD IS A STAGE

THE WORLD IS A STAGE


Kita tak kenai diri.Ego kita terlalu tinggi.Tamak kita terlalu bertambah halobanya.Tidak ada kehambaan dalam diri.Kita hilang pedoman.Cakap berderai2 ,pungkoq tercalit taik busuk.Kita lupa terus hakikat kejadian,hakikat keujudan kita.Mulut mengaku Allah,Allah.Tapi tak menyerap masuk ke dalam kalbu.Dok meniti di bibir saja.Mulut manis menanam tebu.Hati busuk tak sapa yang tau.Manusia jadi hewan.Ikut2 hewan lebih mulia.Banyak berkhidmat untuk dunia.Membantu dan memusnahkan.Membantu supaya manusia banyak bersyukur.Dengan perkhidmatan dan makanan.Hewan memusnahkan,supaya manusia dapat bersabar.Dengan sakit deman berpunca dari binatang.La ni chikungunya asyik menyerang kita.Sikit sangat yang mengaku bala.Banyaknya kerana nyamok.Tapi manusia jarang2 bersyukur dan kurang bersabar.Manusia membuat mainan di muka bumi.Dari kecik manusia suka bermain dan sehingga dewasa juga turut bermain.


Dari kecik kita terpegun dengan dunia.Melihat dunia ni cukup cantik.Tapi Nabi saw barsabda dunia ni seperti bangkai.Kanak2 bermain dan main.Tak habeh2.Di kelas tadika lagi penoh dengan barangan permainan.Di ambil dan dimainkan.Pencipta reka pula berbagai2 lepas satu satu.Bila besar pun main lagi.Berbagai jenis direka dan di promotkan.dan dipertandingkan.Ditayang pula di kaca tv.Diberi hadiah kepada pemenang.Yang tak berkebolehan bermain menjadi penyokong.Keghairahan bermain membawa sampai ke tua.Kita permainkan dunia selumat2nya.Kita perlakonkan sehebat2nya.Dalam perbagai aktiviti.walaupun dalam majlis agama.Majlis kenduri kita lakon dengan adat2 kono dan baru.Kita sanding pengantin dalam edagan mainan .Kita bermain dengan makanan yang berbagai supaya menambahkan seri.Dengan DJ yang menggamatkan suasana.Hinggalah kita dibawa mati.Hari mati ada satu gulungan yang meraih untung.Sembahyang mayat di upah.Apakah itu khidmat kita pada si mati.Lepas tu dengan khenduri 7 hari,sebulan dan 100 hari.Kena ada pula hadiah Tupperware,kalau tidak tak sah.Semua jadi mainan……..panjang ceritanya………wallahuaklam.


Kerana suka sangat bermain2 dari kecik lagi,akhirnya bila lanjut umur Allah anugerahkan sifat nyanyok.Jadi budak2 semula. Mulalah kita bermain dengan taik sendiri.Sebelum itu bernostalgia dulu,seronok dengan masa lampau.Bermain dalam otak minda.


Berpolitik kita mempermain2kan lagi dengan berbagai propaganda.Kita permainkan politik yang sedia ada.Seolah2 dalam agama takdak politiknya.Kita bermahkamah membelakangkan mahkamah Allah.Kita berhujjah membelakangkan ayat2 Al-quran.Lintang pukang kita hambat dunia.Nasib baik Allah buat dunia ni bulat,mudah berguling.Naik turun atas bawah.Pengalaman kita pendek,kebijaksanaan kita kurang..............nak sedar tak sedar , dan baru sedar sudah pun masok kubur.

2 comments:

Leenoh said...

Salam Sdr.Pak Cha.

Kekadang manusia tidak kenal musuh, bukan musuh disangka musuh, maka dilawannya.
Berada di dalam mulut naga disangkanya di dalam istana, suara nasihat disangkanya fitnah. ubat disangkanya racun.

Apapun manusia memerlukan taufik dan hidayah dari Allah supaya terselamat daripada segala jenis gila kerana gila terdapat lebih 40 jenis.

Bila berhidayah dan taufik barulah kelihatan Islam itu umpama baju dan politik itu umpama poketnya sahaja.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

waalaikomsalam sdr.leenoh,

jenis gila ni setiap hari bertambah...dah lebih dari 40.

lakonan gila menjadi2...dah sampai ke mahkamah pun.

biar depa berlakon dan menggila diatas pentas dunia ni.

kita tetap erat dengan iman.kita tetap kukuhkan amalan....amal maarof nahi mungkar.