Tuesday, November 17, 2009

ANTARA 'KERIA' & 'MEK MOLEK'




Ini gambar cucur 'cik mek molek'.Rupanya macam jantan.

( gambar ehsan dari blog zura/mamasya)









ANTARA ‘ KERIA’ & ‘MEK MOLEK’


Yang aku tau di Kedah ni cukup banyak orang kena gelaq.Macam macam ada. Jusoh berok , kerana dia bela berok.Ali laksa kerana jual laksa. Mat lembu kerana membela lembu.Mail taik,kerana berak dalam seluar masa sekolah dulu.Asang cat gila,kerana mereng2 sikit.Timah gedik………Saleh sengau…….dan beribu lagi.Kekadang gelaran tu mengaibkan.Tapi yang kena gelaq tu buat tak ape-ape saja.Dia dah redho kot.Aku tak mau tuleh gelaran yang pelik2 dan yang sikit kotoqnya.Malu kat anak cucu ku.Kerana depa pun dok baca blog aku.Yang sedihnya nama2 orang dulu diambil dari nama nabi2 dan para sahabat, diberi gelaran2 yang tak molek.Banyak tercemar.What say you ?


Aku pun ada gelaran.Masa bersekolah dulu semua panggil aku Pak Itam.Guru2 ku panggil begitu.Hingga headmaster pun panggil begitu.KK Koshy guru mathmatics ku sampai tak tau nama sebenar ku.Aku juga tak kisah.Memang sesuai dengan ku kerana aku sedikit kopi O nya.Yang peliknya anak2 hindu di sekolah yang lebih O nya dari aku,juga panggil aku pak itam. Depa pun tak sedar O (ore) depa tu lebih likat dari aku.


Cucur dan masakan melayu pula ada jantina masing2.Ada yang jantan dan ada yang betina.Lemang tu jantan.Apom tu betina.Ada cucur keria (asal dari zakaria),ini seks jantan.Ada chik mek molek , ini pula betinanya.Tapi yang anehnya cucur keria berbentuk bulat dan berlubang di tengahnya.Ini sesuai diberi nama betina.Begitu juga chik mek molek ,bentuknya macam jantan.Jadi sesuai diberi nama jantan.Tapi mungkin kerana gula tu dibubuh didalam badannya,dia jadi betina.Dan cucur keria pula gula tu di lumor diluar,pasai tu namanya jantan.What say you ?

15 comments:

olive oyl said...

salam ayahanda...

selamat malam ayahanda..
semua ada nama gelarannya..mcm olive jadi O2.betul tak ayahanda...hehe

ayahanda nanti ayahanda tulis cerita ttg alumni tu ok..

Anonymous said...

Jantan ke betina ke masih tetap tak boleh lahirkan zuriat. hahaha

Tak sama dengan ayam jantan dan betina.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam anaknda O2,

Jadi restu dengan gelaran O2.......alhamdulillah.

Insyaallah akan tuliskan alumni tersebut.

wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam sdr anonymous,

depa lahirkan zuriat ribu beribu di dalam kuali.

wassalam.

CM said...

salam ayahanda

betul jugak yer apa ayah tulis ni,terpikir pulak ayahanda,mmg tuhan jadikan kita berpasangan,semua benda berpasangan tanda vkasih tuhan.

kuih karipap ,mungkin pompuan
kuih koci pompuan

tapi kalau diteliti banyak kuih pompuan arr,sian kuih jantan..pupus dah depa,hehehe

CM said...

salam ayahanda

betul jugak yer apa ayah tulis ni,terpikir pulak ayahanda,mmg tuhan jadikan kita berpasangan,semua benda berpasangan tanda vkasih tuhan.

kuih karipap ,mungkin pompuan
kuih koci pompuan

tapi kalau diteliti banyak kuih pompuan arr,sian kuih jantan..pupus dah depa,hehehe

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam cikgu mas,

Cuma dalam Al-quran saja ada surah An-Nissa.Tanpa al-Rijall.

Yang lain2 ada juga nama lelaki dan pompuannya : Meriam,Ibrahim,Muhammad.imran,Yusof,Yunus,Hud,Ta'ha,Lukman,Yassin,Rahman,Nuh.

Ketupat juga nama pompuan..... he3

wassalam.

olive oyl said...

salam ayahanda

restu ayahanda...02 pun ok...

klu kuih ketayap confirm lelaki tp klu tepung talam?jantina apa ye??
pulut sekaya rasanya pompuan...
pulut udang lelaki
dangai ??dodoi?

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam ayahanda,

hmm...terfikir pulak ayahanda jantina kuih2!

anak sik said...

Assalamualaikum cikgu dan kak wan..i just found your blog by accident yesterday..and i love everything u published..moga Allah melanjutkan usia cikgu n family dalam keimanan dan kebahagiaan...Aminn..

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam anak sik,

sapa hang ni ? aku nak kenai.

t/kasih datang ke teratak ku.

anak sik said...

fyi cikgu,anak sik tu adalah budak berhingus dulu yg dok mengaji d skc..pastu Allah beri dia p mengaji d Australia..cikgu jadi penjamin saya..he,he...Moga Allah membalas jasa baik cikgu dengan memberi cikgu sekeluarga kebahagiaan d dunia dan akhirat Amin...

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam anak sik ( mahani ),

Baru cikgu ingat.
selamat berjaya dunia/akhirat.

Kak wa la ni dok ngajar di Sungai Petani.Dia pun kadang2 dok sebut kak mahani.

salam semua dalam kelaurga.
Mai ke banggol Derdap.

kotastar said...

Bagus tu,kerana dari cerita kuih ada anak murid membaca blog dan berkenalan semula. Kisah sp ini lebih sedap kita dengar dan baca. Cerita politik biak pilah. Tak kemana pun.Ya pasai cerita kuih macam mana dengan Pak Tongko?Pernah kita makan dahulu semasa zaman perang.Nama pun pak dan rupanya panjang pula.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Pak Non,

Lepas ni cucu pula akan tampil membaca blog tokwan dia....

Kalau kuih tu namanya pak, dah pasti jantan.

wassalam.