Inilah asalnya kita.Janin 8 minggu.Embrio berkembang pesat dilindungi oleh uncang amnion.....subhanallah.
Bila besar dan berkuasa kita lupa diri.Di transit buat sementara.Bermegah2,bersombong2 tak mengingati hujung jatuhnya.Titi sirat dengan 7 likunya di buat checking tauhid,sembahyang,puasa,zakat,haji,dllnya.
NEGERI YANG CUKUP KOMPLEKS
Setiap hari kita menempoh berbagai kemelut dunia.Selagi jantong berdenyut , roh tetap menemani diri.Selagi itu kita hidup.Hidup mempunyai banyak kerenahnya.Banyak masalahnya.Banyak rintangan yang melintang di setiap liku2 hidup.Lepas satu, satu.Lagi lama hidup lagilah pula banyaknya pengalamannya.Banyak peritnya.Banyak suka-dukanya.Sekali pandang dunia ni sebuah negeri yang cukup kompleksnya. Manusia cepat kecewa.Manusia lupa akan ciptaannya.Manusia tak kenai dirinya.dan itulah puncanya kompleksiti dunia.Sebenarnya dunia menjadi transit yang sebentar.Yang boleh kita manfaatkan . Yang boleh memberikan kita perasaan kesinambungan proses dalam laluan travel and tours kita.
Tak lama lagi,kalaulah jadi pilihanraya,kita rakyat di Siputih , kedah akan mengundi lagi..Bertambah serabut dan menyerabutkan lagi kompleksitinya negara ini .Bukan saja di Siputuh tapi di seluruh negara.Akan rioh-rendahlah orang yang suka main politik.Siputih akan mendapat berbagai2.Gula,beras,tepong dan minyak adalah bahan2 yang biasa disogok.Jalan2 kampong akan mula diturap.Rakyat miskin pun akan ditonjolkan.Air paip pun mulalah mengalir.Leterik pun mula dipasang kepada mereka yang telah dipinggirkan 50 tahun dulu.Salahnya dituding ke kerajaan yang memerintah sekarang.Yang umurnya baru 2 tahun.Kerajaan yang memerintah 50 tahun dulu tak bersalah.Mereka cekap.Mereka beramanah.Mereka tak berasuah.Maka Siputih dicap sebagai Sihitam.Tak dak pembangunan.Kena tukar kerajaan la ni .Pilihlah yang 1Malaysia.Kerana mendahulukan rakyat.Rakyat yang bodoh bertambahlah bodohnya.Mereka kehilangan sejarah.Mereka buta sejarah.SUM MUM BUK MUM UNYUM FAHUM LA YAR JI UNN. Deaf,dumb and blind.They will not return to the path…….a-Baqarah ayat 18…….Itulah punca kompleksiti hidup ini , dulu ,kini dan selamanya.
6 comments:
salam ayahanda
ayahanda mmg layak jadir tokoh politik yg disegani....
kebetulan saya baru menghafal sehingga ayat tersebut, ingat satu ceramah mat sabu, kalau kita lihat remaja di shopping complex hari ini, tentunya mereka tidak akan mengundi dengan penuh kesedaran suatu hari nanti, kena fikirkan kaedah untuk tarik mereka ini
salam O2,
bukan bidang ayah.
nak berpolitik kena bijak dan kaya.
kalau tidak berpolitaiklah.
jadi macam ayam jantan , kokok berderai2 ekor bergelumang taik.
salam pakwar,
terimakasih kerana mengunjungi teratak saya.
postnya tak hebat,cuma celoteh orang tua saja.
wassalam
ayahanda..
o2 suka baca celoteh ayahanda..
tajuk entry ayahanda sempoi sempoi...kdg kdg o2 fikir balik..segala celoteh ayahanda ada kebenarannya....ada pointnya ayahanda..
Salam,
Beruntung org Siputih dapat durian runtuh. Tetiba jer Siputih amat perlukan bertreler treler tepung, gula, minyak masak ....Tetiba jer jalan di Siputih amat perlu diturap, Tetiba jer org Siputih perlu disayangi.....politik pemimpin yg tak bertamadun....gaji nak macam lulusan sarjana kerja macam budak tadika...dunia dunia
Post a Comment