Saturday, November 21, 2009

MINUM AYIAK NAJIS ?



Lihatlah ayiak melimpah di serata tempat.Gambaran banjir di Rantau Panjang.










MINUM AIR NAJIS ?


Dah 2 hari tak tengok matahari.Dah 2 hari hujan renyai2.Dan ada kalinya lebat.Semuanya jadi lembab.Pergerakan kita jadi lembab.Kalau boleh nak berkerekok dalam selimut.tapi berkerekot dalam selimut cukup membosankan.Pusing kiri,pusing kanan.Mata lama mana sangat boleh pejam.Kalau suasana begini cukup nyaman kalau boleh beriktikaf dalam Masjidil Haram .Hingar bingar jutaan manusia ,menambah pick-up untuk beribadat kepada Allah.Kita jarang menjadi malas .Masing2 berlumba2 membuat kebajikan dalam sebarang bentuk .Boleh mengaji,boleh berzikir,boleh sembahyang,boleh tawaf ,dan biasanya lebih seronok bertawaf di masa hujan.Kerana di sana hujan dirasa cukup bernikmat.


Aku cukup suka bermain hujan.Sejak kecil lagi aku belajar bermain hujan.Macam budak2 sekarang juga.Budak2 kampong maksud ku.Anak orang2 bandar dilarang bermain hujan.Takut selsema.Ada juga benarnya,kerana air hujan sekarang dah tercemar. Udaranya kotor.Dulu udaranya bersih.Air hujan boleh buat penawar.Dulu aku cukup suka minum air hujan.Macam mana juga aku suka minum air zamzam semasa di Makkah.Semasa di sana bergelen2 aku minum.Sekarang aku tak sanggup minum air hujan.Bila hujan ,ini cerita dulu2,aku akan keluar ke padang @ tempat lapang.Aku tadah air hujan guna daun keladi yang lebar.Bila terkumpul aku terus meminumnya.Cukap ra’un dan enak di kerongkongku.Arwah ibu bagi tau itu air dari buah2an surga.Tapi surga dunia dah tercemar,wa’inma air hujan pun tercemar juga.Wa’inma air paip yang disupply kat rumah2 pun tercemar.Di klorinkan.Di besikan.Diplastikkan.Dan berbagai jenama salurannya.Jarang boleh dapat air bersih.Banyak orang minum air najis.Arak ialah najis yang cukup ketara.

3 comments:

anak sik said...

salam cikgu..setuju sgt dgn apa yg cikgu tulis..seingat saya sewaktu di kg dulu,minum air mentah aja..skrg ni byk sgt pencemaran..

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam anaknda mahani,

Telaga belakang umah Pak keria tu cukup dalam.Kena cedok guna pulley.Ayiaknya kebiru2an,dan sejuknya macam ayiak yang diperam dalam buyung.Ra'ung.

anak sik said...

salam cikgu..

lama x dgr perkataan ra'ung tuh..cikgu nih mmg klasik gitu..

cikgu,dok berasa ra'oh ja hari ni..dah ja'ong nak ujan de..nak wat gena museng ujang ka lagu tu la cikgu dih...hehe..