Friday, June 5, 2009

HABEH TUNGGANG-LANGGANG

MENGAPA KETAGIH YANG KEJI2

Perbuatan keji tergolong dalam ‘kaba-ir’ (dosa besar).Ia negative dan sangat bahaya.Sangat banyak dan menjalar rata-rata.Pelacuran ada,pornografi ada,pornoaksi pun ada,bohong meniti dibanyak bibir,gangguan seksual,rasuah,nepotism,provokasi,along dan lagi-lagi.Depa ingin dan syok buat semua itu.

Banyak orang tak sedar bahawa keinginan yang ada pada manusia normal boleh menipu diri.Ia muncul dari dorongan hawa nafsu.Membawa masaalah serius dan merbahaya.Keinginan berpolitik dan terus berkuasa boleh sampai ke peringkat menghalalkan cara.

Kemiskinan pula boleh membawa kita ‘lalai’ serta tergantung pada orang lain.Ada ulamak mengatakan se awal2 syirik ialah bergantung pada makhluk.Seolah2 menafikan keujudan Allah yang maha berkuasa.Na’uzu billah min zalik.

Bagaimana dengan rasuah,tipudaya berpolitik,eksploit harta negara macam harta mak-pak sendiri,sombong angkoh.Sanggup merogol dan membunuh.Kemudian sanggup menafikannya pula.Cukup ghairah dengan dunia.Membolot dunia hingga lupa pada mati.Bagaimana ? Mari kita check diri masing2.Mai sedar diri sebelum habis tunggang –langgang.

No comments: