Saturday, June 27, 2009

TIADA PUSAKA DI BUMI PERMATA


gambar hiasan : korma dari Madinah
TIADA PUSAKA DI BUMI PERMATA

Memang susah di masa susah.Aku lebih mengenali susah dari senang.Tapi aku lebih merasai senang di masa susah.Susah2 pun aku boleh makan ,berak dan kencing.Susah2 pun aku tak melarat dan tak pernah meminta2.Susah2 pun aku rasa bahagia.Susah2 pun aku rasa tenang.Susah2 pun tak pernah menyusahkan orang lain.Makan setakat larat tarik kain selimut.Makan setakat boleh elak dari angin masok perut.Makan setakat boleh tidur bermimpi yang enak2.Boleh bermimpi membuai2 bersama udara di srengenge.Bermimpi bersama hujan yang menimpa bumi.Bersama pelangi yang merentang srengenge.Bersama guruh yang sekali sekali tibanya.Orang senang pun tak boleh merasai apa yang aku rasa.Rasa enak yang aku rasa.Rasa lazat memamah buah cenerai.Rasa manis mengunyah buah lemba.Habis rasa manis air laluan di paritan.Berselerak lari dalam hutan.Tak bimbang pada duri dan onak.Itulah keistemewaan yang Allah kurniakan pada orang susah.


Orang sekarang lebih mewah dari orang dulu2.Semua ada,serba mak nenek ada.Di dalam rumah ada.Diluar rumah lagi banyak adanya.Bersepah2.Tak seperti dulu.Serba kekurangan.Serba tak ada.Duit tak ada,makanan banyak macam la ni juga. Tapi tak dak harga.Buah kayu tak jadi harga.Ayam itik tak dak harga.Pucuk kayu tak dak nilai ekonomi,walaupun nilai khasiatnya banyak.Anak dara pun tak tinggi nilainya.Bila berjanda naik sikit harganya.Janda ada lebih uummmpphnyaMasing2 nak mencuba.Kerana janda ada pengalaman berumah tangga.Yang di gelar mak janda ada value intrisik dan ekstrisik.Kini senang dan kaya,tapi makan tak berberak.Minum tak terkencing.Kini pakaian penuh sepuluh almari.Kini pakaian berbagai warni dan warnanya.Kini berbagai fesyen mengiur rasa.Berbagai tampalan menghiasi latar.Mengiurkan setiap pemerhati.Dedah sana,buka sini.Boleh tengok kalau nak perhati.Setiap detik menggugat iman.Walau senang,tapi begitu susahnya hidup sekarang ni.Dulu kami hanya ada baju sehelai sepunggung..Tak dak kekayaan untuk di buat pusaka.Kami jadikan pesan ibu sebagai pusaka.Hanya pesan ibu pusaka kami.

No comments: