Monday, June 22, 2009

THE RICH & THE FAMOUS


CEPAT TERKENAI

Ada orang terkenai di bumi.Ada orang terkenai di langit.Ya Allah pohon ku dikenaii oleh makhluk2 Mu di langit.Ku ingin sekali mereka masok di hati ku,supaya kelak Mu mengasihi ku.Aku tak kelam-kabut walaupun tak terkenai di dunia ini.Cukupilah makan pakai ku.Jadilah segala gerak ku hasanah.Jadilah tulisan ku sebagai misi dakwah.walaupun ada unsur2 kasar2 ,tapi visinya sebagai ubat.Biar pahit menjadi penawar.Kurangkan manis,kerana manis manusia cepat kembang pungkoq.Memang banyak orang suka orang kembangkan pungkoqnya.Makan jack.Makan jack boleh musnahkan diri.Sebab tu kalau tak pandai puji pada tempatnya,Islam melarang.Banyak pemimpin kecundang kerana makan puji.Cepat melenting kalau tak di jack. Kalau nak ampu kena ampu di juboq.Habeh tangan belengeih.Tok sah ampu kalau tak cerdik.Islam melarang kalau tak kena tempatnya.


Banyak para wali Allah tak terkenai di dunia.Hanya malaikat yang kenai mereka.Tok Guru ku pesan pada ku jangan tahana orang.Kita tak kenai dia,mungkin dia kekasih Allah.Silap hari bulan diri kita rosak.Kita tak dak khashaf nak mengenali orang.Aku percaya tok guru ku ada khashaf.Aku takut nak jumpa dia.Takut dia nampak dosa2 ku.Semasa di Makkah aku cukup berhati2,kerana di sana banyak para waliNya.Aku cuba dampingi orang2 yang nampak selekeh.Aku bermohon Allah supaya aku dapat bersalam dengan Nabi Khidir a.s. Pengalaman ku hanya tersimpan untuk diriku.Itu hak peribadi.Tapi itulah juga pesanan ku pada pembaca blog aku : jangan tahana orang yang kita nampak dhoif.Orang2 hebat kita sanjong,buat pi lah,tak apa.Tapi juga ada sempadannya.Orang kaya2 kita sanjong,buat pi lah, tak apa.Harus juga ada sempadannya.Orang yang kita kenai,kita tau baik buruk nya. Ini pun juga satu masaalah apabila orang kenai kita.Maknanya dia tau baik dan buruk kita.Jadi biarlah orang tak kenai.Perkenalkan diri kepada Allah.Insyaallah terkenailah kita di langit.Biar malaikat di langit kerumun kita.Biar malaikat masok kehati2 kita,membimbing kita dan sekaligus membendung dari gangguan syaitan.

2 comments:

Lisa said...

Amin, amin ya rabbal a'lamin. Semoga Allah sentiasa menunjukkan kita ke jalan yang benar, jalan yang diredhaiNya dan bukan jalan yang Dia benci.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Thank you visiting my blog.
43 is just right.
Life begins at 40.

Regards