Monday, June 29, 2009

KITA NI CELARU


HITLER STALIN POLPOT

pemimpin2 yang berlalu
KITA NI DAH CELARU

Memang satu dunia (1dunia) dah celaru.Tapi apa guna kita tengok dunia.Baik kita tengok 1Malaysia.Tak guna jaga tepi kain orang.1Malaysia kita pun nak cari jalan nak pulih kecelaruan pun malas nak cakap.Kita tak pandai pilih pemimpin.Pemimpin tu banyak tapi kualiti dah kering kontang.Yang betoi2 nak memimpin tu dah hampir ketaraf zero.Bohong saja.Bila dah terpilih tu,goyang kaki lah dia.Cabut sana sini,nak tengok batang hidong pun tak nampak.


Apa dia pula ni ? ya lah bila nak pilih pemimpin tu,pilihlah yang bersih hati nuraninya.Yang taik pengotor tu kais jauh ke tepi.Macam mana taik pengotor nak pimpin orang.Orang tua2 dulu dah berkata;’seekor kerbau membawa lumpur,habeh semua terpalit.’ Lumpur tu jenis taik,jenis kotoran.Habeh kawan2 terpalit dengan taik.Kerbau suka berkubang dalam selut,dan disitu juga depa berak-kencing.Depa ligan duit dan pangkat.Kalau nak berkhidmat tak payah masok politik.Nak buat secara sukarela jauh dari bumi-langit.


Hari ni kita tengok banyak yang terpilih tu memang below par.Macam2 kes depa bawa.Kes rasuah tu banyak sangat dok dengar.Issh,issh macam mana dia jadi pemimpin ?Yang lainnya ada skandal itu dan ini.Jenis raba ada,jenis telan arak pun ada.Jenis siakap senohong pun ada.Jenoh lah dia serkap sana sini.Yang paling dia sasar ialah yang bodoh2.Mudah tipu yang bodoh . Jenis tipu projek pun belambak.Betoi kata Tun M ;makan rasuah macam makan babi’..Buat sekolah ,sekolah runtuh.Buat stadium,stadium runtuh.Mesjid Kristal tu bila pulanya ,kita tak tau.Tun M tau lah pasai dia dok diatas begitu lama.Pasai diri dia aku tak tau.Tapi hari ni orang2 dia pun tak menghormatinya.Pak Lah paling awai.Kemarin boss negeri Johor kata kerja2 dia tu tak beretika (dalam kes PPSMI).Prof.ungku Aziz pun kata PPSMI ni macam satu tindakan gila.Dulu depa membisu,kerana depa penting darjat masing2.Correct,correct,correct.Walaupun tak betoi.Pekop teloq angguk saja.Tak berani membantah.Sedarlah , kita ni bercelaru.

1 comment:

Anonymous said...

pak cha,

yang paling celaru tu pasai duit royalti minyak.

dah la dulu kat t'ganu bistari , la ni timbul pula kat kelantan.

kalau pilih pemimpin dari jenis haprak,ginilah haprak yang kita terima.

Lagi satu pasai PPSMI. Baru mula berani bersuara.embi johor kata tak beretika.Pak ungku Aziz kata tindakan gila.

aduhai 1 malaysia dah jadi celaru.