Wednesday, June 24, 2009

A STORM IN A TEA-CUP

A STORM IN A TEA-CUP


Sebagaimana ribut taufan melanda alam.Sebegitu juga dengan hempasan ombak di setiap lautan.Sama lah juga dengan manusia tak pernah sunyi dari berbalah ,malah berperang sesama sendiri.Bergadoh ni bukan saja sesama budak2 tapi hingga ke peringkat dewasa,peringkat dah nak mampuih pun.Perkara yang kecik pun boleh menjadi besar.Perkara yang tak memberi manfaat pun berbalah.Perkara2 remeh-temeh pun menjadi isu besar.Dulu pernah berlaku pergaduhan kerana perempuan.Berebut kekasih.Tapi zaman ni kerana pompuan dah melebihi lelaki,sikit yang berlaku.


Politik merupakan punca pergaduhan sejak dulu hingga kini.Kini menyusup masok hingga ke kampong2.Di putar-belitkan oleh pemimpin2 durjana.Hanya diri sendiri mengenali kedurjanaan diri sendiri.Hanya sendiri-sendiri kenal dirinya.Di akhirat semua akan kenal diri kita.Didedahkan Allah untuk tontonan semua.Masa tu baru kenai kecik besarnya dunia.Baru kenai bukannya kecik alam akhirat.Baru hilang segala ego.Baru lenyap segala kelazatan palsu.Baru hilang ujubnya pada diri.Hilang segala yang di goda nafsu .Apa kuasa pun dah tak ada.Menjadi sehina-hina.Menjadi apa saja haramjadahnya.Masa tu pegiiii llaaaah.Masa tu phoooraaahhhh.Masa tu pegeh,pegeh,pegeh.Di ludahnya tuuuiish.Di makinya bejadah.Menyesal tak berguna lagi.Duit tak berguna lagi.Pangkat tak berguna lagi.Segalanya tak berguna.Diri sendiri pun tak berguna.


Manusia lebih asyik berpolitik dari beribadat.Yang pandai berpolitik,politiknya jadi ibadat.Yang ikut buta tuli lah yang banyak sekali.Sikit sangat yang berwaspada berpolitik.Kekadangnya kerana terlalu berkuasa dah jadi macam firaun.Malah ada pun yang digelar mahafiraun …nauzubillah.Akalnya memanjat lebih tinggi dari Al-quran.dan ada juga yang anti-hadis.Islamnya hanya setengah-setengah.Yang sesuai dek akalnya di ambil.yang lain di tolak mentah2.Renunglah jauh dan dekat.Perhatilah sehalus2nya.Pikiaqlah semasak2nya.Manusia kebanyakkan dah sesat jalan.Kepala hotaknya dah sesat.Pikirannya dah sesat.Hatinya dah sesat.Hasrat dan impian dah sesat kerana tak pandai nak kembali ke pangkal jalan.Tak tau pun dah sesat.Rajinlah bertanya supaya tak sesat jalan.

2 comments:

Anonymous said...

Pak Cha,

sesat di dunia sesatlah di akhirat.
dengan serba kemewahan membawa manusia ke tak tentu hala.

Nabi saw pun bimbang bila umatnya terlalu mewah.

Doakan pak cha & mak wan sejahtera dunia / akhirat.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

sdr.anon....,

correct,correct,correct.

make more visits to my blog.

terimakasih dengan doa.

wassalam.