YANG KURIK ITU KUNDI
YANG MERAH ITU SAGA
YANG MOLEK ITU BUDI
YANG INDAH ITU BAHASA
YANG MERAH ITU SAGA
YANG MOLEK ITU BUDI
YANG INDAH ITU BAHASA
BAB SATU
Tiada kata secantik bahasa.Itu terbit dari mulut mullah P.Ramlee.Mula berbahasa,maka cantiklah bahasa.Orang berbudi kita merasa.Budi bahasa melambang karekter seseorang.Sesapa berbahasa menaburkan budi.Bahasa juga mampu merajut ukhuwah.Begitu sekali hebatnya bahasa.Dengan melaongkan “KOPI” di mana2 restoran , dengan sekejap saja datang lah waiter membawa secawan kopi.Tanpa wayar.Begitu effisyen,pantas dan cukup meaningful.Berbudaya dan berbahasa adalah lingkongan hidup manusia.Kedua2nya juga seperti irama dan lagu.Irama dan lagu juga tercetus dari mullah P.Ramlee.Mullah cukup terror berbahasa kerana mullah memahami budaya bangsa.Kreativitinya dalam berbahasa dilihat menonjol dalam dialog2 dari filemnya.Mullah hidup tak lama.Meninggal sejak masyarakat senang dan sayang dengannya.Kalau mullah hidup hingga kini , budaya bahasanya juga akan tunduk kearah kerosakan.Kerana budaya dan bahasa kini melalui kereputan.
BAB DUA
Budaya moden (apakah modennya aku tak tahu ) memamah dan memusnahkan kekuatan bahasa,sekaligus badan budaya sendiri.Harapan dan cita2 bangsa yang mendukong budaya dan bangsa akan luput dan berkecai-lerai.Bagaimana nak positifkan dan nak memupuk budaya.Bagaimana dengan kuca-kacir politik,kita tak boleh mengharapkan politik.Politik mendorong kearah kemusnahan.Politik isi perut dah tak releven lagi.Keadaan telah berubah dan menyimpang dari kebiasaan.Macam tikus membaiki labu.Perasuah tak boleh hapus rasuah.Pembohong tak boleh ujud keadilan.Tamak tak boleh ujudkan keikhlasan.Depa bukan dok kelola kerja,tapi masing2 dok sebok nak membaham sesapa saja.Dalam dewan2 perbahasan masing berkokok dan menyalak macam ayam yang ekornya gelumang taik,macam anjing gila menyalak gunung.Bahasanya bahasa ayam.dan anjing.Budayanya pun sama.Anjing dan ayam.
BAB TIGA
Geramku akan reda tanpa ayam dan anjing.Geramku akan reda bila kucing tumbuh tanduk.Geramku akan reda bila biawak hidup tak di pikul lagi.Geram aku akan reda
kalau Chin Peng tak dijemput kembali.Geram ku akan reda bila altantuya hidup kembali.Geram ku akan reda bila orang agama sedar diri.Geram dengan slogan2 yang tak bermakna. Slogan2 akan di’rogol’ bila tiba waktunya.Bersih Cekap Amanah telah dirogol.Malaysia Boleh turut terrogol,Gemilang,Cemerlang ,Terbilang sedang di rogol.Islam Hadhari Islam Bestari dah tersimpan dalam almari.Kini kita pula dimainkan Satu Malaysia.Entah ke apa benda aku tak mengerti.Bukan geram sebarang geram.Geramku hanya geram berbudaya dan berbahasa.
PENUTUP
BAHASA JIWA BANGSA……..Cuma tinggal rintihan ini.Rintihan pramerdeka.
Bangsa yang berjiwa , berlapik dengan agama.
MOTIF
Masih kurang ajar dan tak reti ajar,tolol dan bingung.
2 comments:
stail tulisan pak cha lain dari yg lain.
sinisnya ada ummphh.
keep on writing old man.
Bila dah teramat-amat geram, maka perlulah banyak2kan lagi istighfar.... Tak pun kalau pak cha geram sangat boleh jugak menyanyi lagu Geram nyanyian sapa aku tak ingat.
Post a Comment