Kerbau bebas di bendang ,lembu meragut sesukanya di padang . Kambing mengebek di mana saja dan sekali-sekala meragas punggung si betina . Beburung dengan berbagai lagu siulannya cukup melancolik. Bebas menghiasi diri di setiap ranting pilihan mereka . Mereka semua pandai mentadbirkan diri , cukup sempurna hidup mereka . Lebih pintar mereka menjalani proses hidup ini.
Kalau dibandingkan dengan manusia cukup haru-biru , cukup goblok . Kukkik sana, kukkik sini.Tak habeh2 berkukkik2. Apa hebatnya manusia ? Bercelaru dan dah jadi tak bersenonoh . Buat kerja bagai bukan lagi manusia . Dah melintasi jauh dari sifat kemanusiaan . Binatang bebas bertelanjang , dan manusia pun suka sangat bertelanjang . Lebih2 lagi manusia betina . Suka sangat nak dedah bahagian2 sulit . Nak dedah buah tetek, nak dedah pungkur yang depa juga setiap hari mengeluarkan taik. Apom pun depa sanggup dedah . Masyaallah . Aku geram nak tuleh sebegini kerana aku tadi dapat satu emel dari yang tidak dikenali . Aku tak pernah layan emel dari yang tidak aku kenali . Selalunya aku delete terus . Pagi tadi entah bagaimana aku buka emel itu . Tengok tajuknya pun elok . Bolehlah tumpang menambah iman . Tapi benda tu yang keluar . Nasib baik tak dak orang di sisi . Kalau tidak malu besar . Nanti depa kata orang tua gatai pula . Haru, haru sungguh . Kita pun tau komputer ni bukan elok semuanya . Terpulang kat kita mengendalikannya . Banyak membinatangkan manusia . Malah boleh membinatang setiap juzuk2 diri manusia . Jadi lebih binatang dari binatang .
Dalam sastera penulisan , ahli2 puisi pencipta sajak dan sebagainya, menggunakan berbagai aliran dan kaedah memanusiakan segala benda yang bukan manusia. Pokok2 dimanusiakan ,binatang dimanusiakan dan benda2 yang tak bernyawa juga di manusiakan . Angin dan awan dan langit disebut2 sebagai bercengkerama seperti yang dilakukan oleh manusia . Masa aku belajar sastera dulu bahagian inilah yang aku paling minat . Menganalisis segala objek dari segenap sudut . Dari sudut historisnya ataupun dari sudut geografinya . Kekadang dalam analisa itu ternampak batu-batan bertasbih sebagai ahli sufi yang sudah hilang fananya . Menakjubkan. Dalam karya Azizi Abdullah dia cuba memanusiakan sebatang pokok cengal yang ditebangkan oleh Tukya . Kalau semua manusia-manusia bikinan ini terjelma kesungguhannya mampuihlah semua manusia yang hidup di muka bumi ini . Termasuk kamu,kamu,kamu,kamu............dan kamu...............dan juga aku .
Sempana esok kita akan sambut puasa ramadhan, bulan yang cukup banyak bonusnya ,it is a month of opportunity , marilah kita memanusiakan kemanusiaan sesungguhnya dalam diri kita .
Wallahuaklam.
selamat menyambut RAMADHAN AL-MUBARAK
No comments:
Post a Comment