Melaka terkenal dari dulu hingga sekarang . Sekarang terserlah kerana ternakan babi . Di paya Mengkuang ada 64 ladang menternak 100 ribu ekor , 13 ladang di Bukir Beruang menternak 37 ribu ekor dan di Man Lok pula mempunyai 11 ladang dengan 11 ribu ternakan. Kalau seekor babi boleh dimakan oleh 75 orang bermakna keseluruhan babi boleh di konsume oleh lebih 10 juta orang . Melebihi beberapa kali penduduk di Melaka . Babi dapat membiak dengan cepat . Kekadang dapat memberanakkan 10 ekor piglets . Kalau seekor di cukai 10 RM , dah tentu hasilnya cukup lumayan . Tapi masalahnya bau busuk pula perlu ditanggung oleh 35 ribu penduduk yang tinggal berdekatan . Pencemaran udara dan sungai cukup tenat . Pihak berkuasa baru2 ini cuba memusnahkan babi ( sebilangan saja ) kerana penduduk sekeliling membantah sejak dari tahun 80an lagi . Makna nya perkara ini adalah kes lama . Tapi 27 tahun dah berlalu kes ini belum dapat diselesaikan . Dalam 27 tahun dah banyak keuntungan yang di perolehi . Dah jadi kaya raya . Dan operasi tembak babi gagal lagi : mereka dihalang memasuki kawasan mereka walaupun disertai oleh anggota polis . Kepala ku jadi pening memikirkan peristiwa itu . Di manakah terletaknya kekuasaan negara ? Aku jadi bingong tak semena2 . Otak ku jadi buntu sebuntunya .
Di kampung ku juga terdapat banyak babi.Semuanya babi liar .Di waktu malam masuk kampung merayau2 . Bau busuk tu dah termaklumlah . Aku terpaksa pagarkan kampung ku dengan zinc . Itupun dia boleh masuk . Pagar chain-link juga mudah dirempoh . Habis tanaman rosak . Penanaman semula getah juga gagal . Kita tanam dia cabut . Yang tumbuh dah besar di kepaknya pula . Bubuh racun .Kalau mampuih kena tambah kerja kebumikannya pula . Tapi payah nak mampuih kerana dia ada penawar. Jadi aku nak mempelawa pihak berkuasa yang gagal tembak babi di Melaka datang ke kampong ku . Kami akan beri laluan yang mudah . Kami tak akan buat sekatan jalanraya . kami tak akan guna kanak2 buat benteng . Mai lah , masuklah , tembaklah .Kalau boleh semuanya ,kami ucapkan terimakasih .
Tembaklah,tembaklah ,biar bergegar keseluruhan Bukit Srengenge . Kami gunakan bunyi letupan itu untuk menyambut 50 tahun kemerdekaan negara . MERDEKA.
MASAALAH BABI PUN BELUM SELESAI , BAGAIMANA PULA MASALAH YANG TAK 'BERBABI' ?
No comments:
Post a Comment