Pagi tadi tepat jam 5 pagi telefon berdering . Rupanya anakku dari Bangi , memberi ingatan supaya kami bangun bersahor . Hari pertama menyambut ramadhan . Terimakasih nak ,ayah menghargai budi mulia mu . Seperti yang aku dok kata , bulan ni cukup mulia , a month of opportunity , full of bonuses . Baik untuk rohani dan jasmani . Ilmu perubatan mengsahehkannya . Malah sebelum melakukan sebarang pembedahan para doktor menyuroh pasiennya berpuasa . Di larang makan sekurang2nya 6 jam . We need no proof , we already belief what Allah summons us . Listen and obey. Kita tak pertikaikan , semuanya betol .
Pagi ni juga terima emel dari kawan lama dari Kuala Kangsar. Dia kirim gambar2 yang diambilnya semasa di majlis kenduri di rumah Dad Mak Mah . Adooh ! kawan2ku masih nampak muda ,cuma aku yang nampak sikit tua . Depa masih comel2 . Comel secara orang tua .Terima kasih ya kawan , kerana gambar2 itu cukup bermakna untuk ku . Semakin hari semakin tua .Setiap hari umur bertambah , dan setiap hari juga baki umur susut .
Senang menghitung umur tapi susah nak tahu berapakah bakinya..........but the day will come .
Semoga di hari baik dan di bulan mulia ini kita semua mendapat semaksimum kasihsayang dan kecintaan dari Allah .
Wassalam,selamat menunaikan ibadat puasa.
No comments:
Post a Comment