DOA BERMUNAJAT KEPADA ALLAH DALAM BULAN PUASA INI.....semoga diperkenankanNYA
Bulan puasa akan menjelma dalam beberapa hari saja lagi . Bonos dalam bulan ini berlipat ganda , dan yang paling istimewa ialah malam Lailatulgadar . Sama2lah kita melutut memperhambakan diri semoga segala dosa kita diampuni dan diredhoi segala laku-perbuatan kita . Janganlah jemu memohon kepadaNya , kerana Allah gembira melihat hamba2Nya meminta dan terus meminta tanpa segan-silu . RezekiNya melimpah-ruah menunggu ketika untuk dihulurkan kepada hambaNya . Pohonlah rezeki yang halal dan jauhilah rezeki yang haram . Dan janganlah kita lupakan Junjungan Besar kita Nabi SAW , banyaklah berselawat untuk Baginda .
Sebagian dari doa2 untuk kita persembahkan kepada RABB :-
Ya allah ! ya tuhan hamba ! semua raja telah menutupi pintu istananya,namun pintu TUAN sajalah yang luas bagi sesiapa yang ingin meminta dari Mu.
Ya allah ! bintang2 di langit semuanya berkelip-kelipan,mata2 insan pula sedang tertutup dalam tidur,namun dikaulah zat yang sentiasa sedar selamanya,tidak pernah mengantuk atau tidur.
Ya allah ! kalau ada seorang sedang berkumpul dengan kekasihnya , maka dikaulah kekasih bagi orang yang benar mengenali cinta.
Ya allah ! kalau Tuan mengusir hamba , kemanakah hamba akan pergi.
Ya allah ! jika Tuan menyiksa hamba , memang sepatutnyalah,sebab hamba tergolong orang2 yang berdosa.Namun , jika tuan memberi maaf,memanglah Tuan maha pemaaf dan belas-kasihan kepada hambaMu . Kamulah Maha Dermawan.
Ya Ilahi ! kepada Mu lah sesiapa yang dekat dengan Mu beramal , dengan kurnia Tuan,selamatkanlah kami dari kebinasaan.Dengan Rahmat Tuan , sedarkanlah hambaMu ini dari tersesat dan kembali ke jalan yang lurus. Wahai zat yang baik ,Berilah hamba kemaafan,berilah magrifah dan keampunan , sesungguhnya Dikaulah gemar memberi maaf terhadap segala kesalahan hambaNya …………AMIN,AMIN,AMIN.

No comments:
Post a Comment