Dari Allah dia datang dan kepada Allah dia kembali. Arwah di panggil Allah pada hari ini 9/11. Didoakan semoga rohnya ditempatkan bersama al-solihin. Senang mengingati tarikh kematiannya kerana tarikh inilah yang menyebabkan rakyat amerika dan presidennya berada dalam trauma sepanjang hayat.
Arwah adalah satu watak yang cukup warak dan penyabar.Aku mendampingnya sejak ABIM ditubuhkan di Sik. Aku kerap mengikuti usrahnya . Dia boleh bertolak ansur dengan mana-mana jemaah , kecuali UMNO . Orang2 Tabligh cukup menghargainya . Dia akan bersama jemaah dan memberi tunjuk-ajar apa yang patut . Tak pernah dia mengangkat suaranya . Dia digeruni kerana kelembutannya dalam banyak hal. Mempunyai ciri-ciri orang yang solih.
Semasa aku pencen ustaz datang ke rumah ku beberapa kali memujuk ku supaya datang mengajar semula di Sekolah Arab Batu Lapan . Susah aku nak menolak permintaannya . Kerana dia seorang alim aku kena akur dengan hajatnya . Aku suka memenuhi kehendak orang alim. Bukankah ulamak itu adalah pewaris Anbia . Semasa mengajar bersamanya banyak aku belajar dari selok-belok kehidupan dan kematian . Syukran ustaz .
Insyaalah akan ku turut berdoa untukmu .
ORANG2 BAIK KENA MATI , TAPI NAMA2 MEREKA TETAP HIDUP HARI DEMI HARI.
ORANG2 HAPRAK PUN MATI , TAPI MEREKA DIKEJI SETIAP HARI.
No comments:
Post a Comment