Akhir2 ni aku sekali-sekala saja di blog .Aku cuba menyelidiki sejarah alma-mater ku dan cuba memakmorkan alumni yang memang memberi kepuasan dalam diri disamping dapat bernostalgik ( satu alam yang memikat golongan orang tua2 seperti ku ). Mengenangkan yang lama dan merinduinya ialah satu kenikmatan yang dapat mempositifkan dalam hidup seharian seseorang. Semua ini adalah pemberian Allah yang jarang2 kita pikirkan.Disamping tu kita menjuruskan selok-belok hidup seharian melalui pengalaman2 yang telah berpuluh tahun meninggalkan kita . Allah pun gemar makhluknya berpikiiaq , kerana tanpa berpikiaq otak kita cepat berkarat dan macam2 penyakit akan mula menyerang : ego lebih utamanya . Kerana kita mula makan garam . Payah kita nak berkomprami dengan insan2 sekeliling . Mudah nak marahkan orang2 terdekat , lebih2 lagi anak-anak yang mempunyai persepsi hidup yang memang berbeza dengan kita . Dulu lain , sekarang lain.
Alhamdulillah aku dapat bermesra dengan teknoloji terkini ini , kalau tidak aku akan terpaksa meraba2 mencari-cari .Seperti kebanyakan kawan2 ku yang masih buta komputer , aku cuba kontek mereka supaya berubah , kerana banyak yang tidak ada di zaman kami dulu boleh di terokai dengan mudah sekarang ini . Kalau nak belajar agama pun , banyak . Cuma takut kita tak larat nak membaca . Apa lagi nak kita carikan ? Umur dah makin susut .Yang aku sedih ialah kekawan2 ku yang masih memanfaatkan masa dengan bermain golf saja . Banyak juga duit tu.Yuran pun beribu. Bukan tak boleh main ,tapi untungnya sikit . Hidup di hari tua ni kena membanyakan masa di rumah dan mesjid saja . ..........terimakasih Pak Non kerana kuthbah Jumaat yang Pak Non berikan tu memberi banyak manfaat dalam diriku....thank you.
Alhamdulillah , setakat ni aku dah boleh hantar 19 posts kat alma-mater ku, harap Ya Leman boleh membacanya dalam web yang ku berikan . Nanti bila ketagih nanti sila tuleh apa yang hang tau ,tuleh supaya sama2 dapat kongsi.Yang baik kita buat pedoman,yang buruk kita buatkan sempadan . Nanti akan aku kontek cikgu2 aku dulu membaca sejarah2 lama di alma-mater . Yang masih hidup pun dah tak berapa orang yang tinggal , kepada yang dah dulu kembali kepada Allah , aku sedekahkan Al-Fatihah......yang bukan Islam RIP.
1 comment:
Terima kasih kembali, masih ingat juga kepada pemberian tempoh hari. Kalau ada khutbah yang menarik kerap juga saya terus berjumpa imam mendapatkan salinannya.Saya pikir orang rumah kita pun patut tahu apa yang dibicarakan setiap Jumaat.Jumaat lalu dibicarakan tentang 'merokok' dengan harapan mereka yg kesempatan berpuasa sekarang dapat meneruskan dengan amalan behenti merokok. Selamat beribadat.
Post a Comment