Tuesday, September 4, 2007

..........MAKAN JADI TAHI

Oleh Wiji Thukul
"Puisi Kemerdekaan" Agustus 1982

dari Hafeziftigar seorang esasterawan cum bakal doktor

HANYA SEBAGIAN DARI PETIKAN : KEMERDEKAAN ADALAH NASI,MAKAN JADI TAHI

Memaksa rakyat menjadi anjing adalah rukun iman seorang diktator. Rakyat dipaksa senyap, sesiapa yang enggan akan diugut dengan segala macam seksaan. Kebebasan bersuara adalah slogan di atas tisu tandas yang sekejap-sekejap digunakan buat mengesat punggung.
suara-suara itu tak bisa dipenjarakan
di sana bersemayam kemerdekaan
apabila engkau memaksa diam
aku siapkan untukmu: pemberontakan!
-Wiji Thukul-

Di Malaysia, dua susuk yang dikenali hatta oleh penoreh getah di kampung-kampung ialah Mahathir dan Anwar Ibrahim. Mahathir, ketika masih seorang pelajar telah mula menyertai gerakan Anti-Malayan Union sekitar tahun 1945-1946. Dia malah menjadi penulis yang tekun menulis tentang Melayu di bawah nama samaran C.H.E Det buat dihantar ke Sunday Times. Malay Dilemma yang merupakan kompilasi pemikiran Mahathir adalah buku yang diharamkan di Malaysia untuk sekian lama.Lucu, AUKU itu digubal Mahathir selepas Anwar si aktivis pelajar dan rakan-rakan berkampung di Baling membela nasib petani-petani miskin. Mahathir waktu itu adalah ketam yang mengajar Anwar berjalan betul! Menurut dongeng, AUKU digubal supaya pelajar khusyuk belajar dan berjaya dengan cemerlangnya di alam universiti. Lalu apa buktinya? Pasca AUKU, cemerlangkah? Malah kedudukan UM jatuh dalam senarai universiti terbaik dunia. Mahasiswa sepatutnya kritis bukan penakut kerana mereka bakal menjadi raksasa di masa hadapan. Terima kasih kepada semua sarana yang telah memperbodohkan mahasiswa termasuk AUKU. Kini mengkritik untuk kebaikan kerajaan secara ilmiah dan sopan adalah dosa yang layak dihukum. Kebebasan bersuara, di banyak negara bukanlah termasuk dalam definisi merdeka sedangkan kritikan membina itu wajib buat sesiapa yang mahu maju. Lalu, apakah yang kita belajar daripada sejarah menuntut kemerdekaan? Satu hakikat tentang sejarah; manusia tidak pernah belajar daripada sejarah.

Kemerdekaan
mengajarkan aku berbahasa
membangun kata-kata
dan mengucapkan kepentingan kemerdekaan
mengajar aku menuntut
dan menulis surat selebaran kemerdekaanlah
yang membongkar kuburan ketakutan
dan menunjukkan jalankemerdekaan
adalah gerakan
yang tak terpatahkan
kemerdekaan
selalu di garis depan-Wiji Thukul-

Ah! Sekarang, di banyak negara yang mengaku merdeka, berleluasa pemimpin-pemimpin gila dengan Orde Baru!

sebelum malam mengucap selamat malam
sebelum tidur mengucapkan selamat datang
aku mengucap kepada hidup yang jelata
m e r d e k a !
-Wiji Thukul-

Salam merdeka ke 50. Dan masihkah kita bernafas sebagai manusia merdeka di bumi tercinta? Kecintaan kita mewajibkan kita mempersoalkan apa saja yang bisa merosakkan agama, bangsa dan negara ini. Kenapa saya perlu menulis? Tulis Goenawan Mohamad; menulis berita yang benar adalah sebuah ikhtiar menjaga agar manusia tetap jadi manusia, bukan anjing. Saya akhiri catatan eceran ini dengan petikan puisi ‘Negeri Ini, Anak’ yang ditulis oleh Marsli NO.

Negeri ini, adalah tanah luas sesayup pandangan
yang telah melahirkan ribuan pahlawan.
Rela memilih terbuang dari berputih mata,
kerana baginya, mati itu cuma sekali dan
tidak harus sia-sia.
Mereka tidak rela ini negeri tercinta
jadi kuda tunggangan atau dipekosa warga tidak bernama.
Meski darah dan tulang jadi gantian.

-Marsli NO-

UNTUK DIRENUNG SUPAYA KITA BOLEH MERENUNG-RENUNGAN

terimakasih : Hafeziftigar : seorang esasterawan



No comments: