Kisah dan Teladan Mengenal Wujud
Dipetik dari kitab Kitab Aqidatun Najin
Dipetik dari kitab Kitab Aqidatun Najin
Dihikayatkan oleh Asma’i, bahawa pada satu hari, keluar ia daripada Masjid Jamek dikota Basrah iaitu sebuah kota berdekatan dengan Baghdad. Dipertengahan jalan ia bertemu dengan seorang badwi yang menunggang unta dengan dibahunya disandang dengan pedang serta memegang busur panah ditangannya dan memberi salam badwi tersebut kepadanya serta bertanya ia: "Siapakah kamu?" Maka dijawabnya: "Aku daripada anak-cucu Asma’i."
Lalu badwi bertanya, "Dari mana kamu datang?" Maka dijawab Asma’i: "Aku datang dari tempat membaca Kalamurrahman (kalam Allah yang bersifat Rahman)."
Bertanya lagi badwi itu: "Adakah bagi Ar Rahman itu kalam yang dapat dibaca oleh orang akannya?" Maka dijawab Asma’i, "Bahkan, Rahman itu kalam boleh dibaca."
Badwi : "Bacakan aku sesuatu daripadaNya" Asmai : "Turunlah daripada untamu supaya membaikkan adab terhadap kalam ar Rahman."
Lalu turunlah badwi tersebut dan duduk ia, maka Asma’i pun membacakan padanya sepotong ayat dari surah Az Zariyat hingga sampai kepada firman Allah taala “Wa fil ardhi aayaatun lil muuqiniin wa fii amfusikum afala tubsiruuna” yang bermaksud, “Dan pada bumi ada tanda-tanda (‘alamat-‘alamat yang menunjukkan atas keEsaan Allah taala dan kekuasaannya) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yaqin. Dan juga pada diri kamu sendiri (ada dalil yang Allah taala yang memerintahkan kamu) mengapakah kamu tidak mahu melihat serta berfikir (dalil-dalil dan bukti itu)? Badwi : "Telah benar Rahman itu berfirman, maka tahi unta itu menunjukkkan adanya unta dan bekas tapak kaki itu menunjukkan atas adanya orang yang berjalan. "
No comments:
Post a Comment