Tuesday, September 25, 2007

WHENEVER THERE IS PROBLEM........

Memang tak boleh lari dari masaalah. Masaalah mematangkan kita . Kita selesaikan masaalah dan kita akan mendapat kepuasan hidup.Tapi aku bila ada masaalah , memang pada malamnya tak boleh tidor. Pusing kiri ,pusing kanan berpuluh kali , mata tetap tak lelap . Semalaman aku seperti kucing nak beranak . Tapi bukan lahir di tahun kucing .Aku lahir tahun kambing. Tapi aku suka main hujan . Masa tua ni pun aku memang gemar main hujan. Pantang hujan turun,aku akan turun padang .
Pagi2 lagi aku hari ni ke pekan selasa . Pantang jumpa kenalan aku akan bersembang . Macam2 tajuk ikut macam2 orang yang ku jumpa . Orang paling akhir aku jumpa ialah kawan sesama sekolah dulu. Cikgu Ramli. Panjang lebar bercakap tajuk pasai sekolah lama . Aku beri kat dia laman web sekolah supaya dia boleh membaca segala sejarah yang ku tulis . Memang bahan2 tu ada dalam kepala hotak . Alhamdulillah cikgu Ramli juga berminat bermain komputer dan sangat berminat dengan alumni alma-mater. Insyaallah ,dia akan menambahkan halaman alumni sekolah kesayangan ku Ibrahim School.

1 comment:

KotaStar said...

Sebenarnya ikut pengalaman dan kajian,'masaalah' yang disebut2kan itu tidak wujud asalkan kita mengetahui pokok sebenarnya. Kita sahaja yang memberi definasi kepada sesuatu hal itu sebagai 'problem'sebab kita tidak tahu penyelesaiannya.Sebagai contoh a 'rubber band' kalau kita cari kegunaannya jelas ada banyak selain mengikat.Boleh stop blood flowing, boleh tembak cicik, boleh buat senapang, boleh ikat barang, boleh pusing roda dan banyak lagi. Begitu juga dg 'problem' bukan satu penyelesaian sahaja. Banyak kaedahnya. Only you have to clearly define what it is the real issue. Harap lepas ini tak pening kepala dan ta boleh tidur dan ganggu orang sebelah kita. Kalau tahu tahu lagi jumpa che gu. Salam kp Pak Cha dan Mak Wan