Ada orang lebih tua dari aku dan masih sihat cergas.Masih menerjah kakinya ke bukit srengnenge.Banding dengan aku dia lebih bertenaga.Ada orang lebih muda dari aku tapi terpaksa menanggung berbagai penyakit.Banding dengan aku,aku lebih bertenaga....alhamdulillah.Sihat dan sakit tak ada sangkutan dengan umur.Bagitu juga mati tak ada sangkutan dengan umur.Bila2 masa boleh sakit,sihat dan bila2 masa boleh mati.Maut akan datang bila sampai ajalnya.Tak sakit pun boleh maut.Bila maut,bila sakit,bila sihat dah ada ketentuannya.Bila hidup pasti semua itu ada pautan dengan setiap insan.Ada insan tak sempat hidup.Dia mati masih lagi di perut ibunya.Dia belum dapat mengenali alam dunia.Dia melangkaui alam dunia.Melompat terus ke akhirat.Macam budak mengaji di kelas ekspress . Dia lompat darjah.Dia tak tau nikmat dunia, dia tak tau susah-payah di dunia.Dia tak tau tipu helah dalam dunia.Dia tak mengenali apa itu haprak.Dia tak kenal cintaan dunia.Dia tak kenal dunia itu najis.Tak dikenalinya dengan kedurjanaan ,dengan kepalsuan, dengan kepura2an ,dengan kebodohan orang yang cerdik yang menipu diri sendiri kerana mengejar fatamorgana yang tidak ujud.Tertipu dengan bayangan yang tidak membayangkan kesahihan.Dia tidak tau semua itu.Dia selamat.
Aku menghitung diriku dari satu takah ke satu takah.Setiap takah ujud,setiap takah lenyap.Lenyap yang satu,terjelma pula takah berikutnya.Masa terus berdetik,setiap takah datang,dan setiap takah pula akan pergi.Selang-seli jadinya.Putarannya didenyutkan maka lahirlah berbagai2 takah bagai rantai2 yang diuntai.Aku menghitong diri secara tersendiri.Aku sendiri2 menghampiriNya.Aku masih boleh menghitongkan diri. Rupanya aku bukan lagi bersendiri.Aku menghampiriNya......Allahuakbar.
2 comments:
Memang betoi sgt apa yang Pk Cha kata tu, ada orang sakit bertahun2 tapi tidak mati pun, ada orang kita tidak pernah dengar yg dia sakit tiba-tiba orang bgtau kita dia dah mati.
ya memang betoi, mati bukan kerana sakit dan sakit tiada kuasa bagi seseorang itu mati kerana mati itu nyawa berpisah dari badan, bila nyawa terkeluar dari badan, badan pun jadi reput dan busuk dlm tempoh beberapa jam selepas mati.
Badan yg reput itu jadilah tanah kembali, balik asal, kita rasa kuat ini kerana badan dan nyawa masih bersepadu. sebab kita terlupa hakikat ini maka kita pun lupa diri, rasa diri kuat dan hebat sampai lupa asal usul.
Nampaknya saya kena banyak bertaubat kepada Allah sebab kekadang lupa diri maklumlah manusia suka lupa.
Wassalam.
saudara leenooh,
Hidup dunia dan hidup akhirat terpisah dengan mati.Mati hanya seketika saja.Masok kubur hidup semula,untuk diuji pula sekali lagi tentang iman dan amal.Di dunia fizikal dan mental di uji.Untuk menambat iman dan beramal.
Kekadang iman dan amal tergugat.Sebab tu kena buat checking setiap masa.Kita check dan kita sepadukan mengikut kehendak Al-quran dan hadis.
Lintasan syaitan lebih hebat,jadi kita kena buat overhead-bridge.Kena gomoi sungguh2.
Insyaallah, kalau iman dan amal tu mantap,we are not carried-away.
Regards to all.
Post a Comment