Monday, December 22, 2008

VIRUS BERMUDA TRIANGLE DAH MELATA

KAWASAN2 YANG BERTARAF BAHAYA

Sebenarnya seluruh alam ini berada dalam taraf bahaya.Kalau anda bijak anda mempercayai tanpa perlu diberikan bukti.Bila2 masa saja seluruh bumi akan berkecai.Hancur lebur dengan tak disangka2.Dalam keadaan lalai dengan hidup berseronok kita akan terpegun dengan the BIG BANG.Menuju ke arah The Big bang cukup dekat.Dah berada dalam garisan penalty.Mudah bagi Allah melakukannya.

Setakat ini kita baru saja diumumkan tempat2 yang tak selamat didiami.Baru MB , PKR umumkannya.Ameno tak kata apa lagi.PAS dah lama umumkan bahawa dunia ni sementara saja.Kalau nak memerintah ikutlah pedoman Al-Quran.Jauhilah segala larangannNya.Bukan saja Bermuda triangle dalam bahaya,tapi seluruh bulatan bumi dah dijangkiti virusnya.

Kepada orang2 Selangor kawasan ‘Bermuda Triangle’nya ialah seperti yang tercatat:-

Kawasan-kawasan itu ialah Bukit Antarabangsa, UKAY Heights, Taman Hijau, Taman Hillview dan Dataran UKAY yang terletak di bahagian Dewan Undangan Negeri Bukit (DUN) Antarabangsa.

Kawasan terbabit dalam DUN Hulu Kelang ialah Taman Melawati, UKAY Perdana dan Taman Kemensah.

Dua kawasan dalam DUN Lembah Jaya ialah Taman TAR dan Bukit Sungat Seputih.

Dalam DUN Teratai lima kawasan dikenal pasti iaitu Bukit Teratai, Bukit Permai, Taman Saga, Taman Mega dan Bukit Segar.

Daerah2 yang mempunyai kebarangkalian untuk berlaku tanah runtuh ialah Gombak,Hulu Langat,Hulu Selangor dan Petaling.


Mai lah berhijrah ke Kedah.Beras kami masih banyak.Tanah bendang , kami pun dilarang menimbus.Kalau nak buat pembangunan pun,buat tempat lain.Jangan timbus tanah bendang.Tanah bendang tempat kami tunaikan hukum Islam.Kami keluar zakat melalui hasil padi.Padi punca rakyat Kedah beribadat.
Harap termaklum hendaknya.Ahli politikus jangan cepat melatah kesana-sini.Buat kerja anda.Kalau pandai berpolitik,ganjarannya masyaallah.Cukup banyak.Cukup besar.Tapi kalau hey-ho ke sana ke mari,ia tak ,tak , tak jadi modal ke akhirat........nauzubillah.

No comments: