Nampaknya genggaman gravity alam sudah jadi ‘let loose’.Tanah tak lagi larat nak genggam kerana di atas permukaannya terlalu banyak maksiat.Terlalu banyak manusia berlagak sombong dipermukaannya.Nabi mengingatkan kita supaya tidak berlagak sombong.Jangan menghentakkan kaki bila berjalan.Kena ingat bahawa di perut bumi bermacam2 makhluk Allah hidup.Manusia kini menjadi semakin haprak.Dengan gelojoh kita terokai bumi.Dengan tamak kita perlakukan mencari rezeki.Bukit dan gunung habis kita rogol dan perkosakan.Kita lumurkan permukaannya dengan berbagai kimia buangan.berbagai racun dan bahan2 yang menjijikkan.Kita tak hormat bahan kejadian manusia.Bukankah kita dari tanah ? Kita khianati darah daging kita.Dan kini manusia akan menerima hasil buatan dari tangan2 sendiri.Tanah runtuh sana-sini.Gelungsuran tanah mudah terjadi bila sikit saja ayiak hujan turun.
Mengapa ia ‘let loose’ cengkamannya di tempat kediaman elit? Dulu di Highland Towers.,kini di Bukit Antarabangsa..Esok entah di mana.MB Selangor umumkan beberapa kawasan berisiko tinggi.Cuba teliti sapa tinggal di kawasan2 berikut.Selalunya tanah susah nak diberi kepada rakyat miskin.Bila rakyat miskin terokainya,mudah kerjaan merampasnya.Bila projek2 mewah nak bina rumah2 ratusan ribu harganya,mudah saja diluluskan.Tanah pun naik meluat dengan urusan2 yang membelakangkan adab2 menjadi khalifah Allah.Akhir2 ni manusia bukan lagi khalifah di bumi .Manusia menjadi musuh Allah.Manusia menjadi musuh alam.Manusia bermusuh dengan akidah.Manusia bermusuh dengan adab2,Manusia bermusuh dengan hati nurani.Bermusuh dengan jatidiri.Manusia tak kenal lagi ia manusia.
Nasib baik Allah tak ubah wajah kita jadi berok dan kera macam di zaman Nabi Musa a.s.Tapi kena sedar manusia dah ada perangai beroknya.Ada perangai keranya.Tak payah aku sebut.Boleh lihat sendiri disekeliling kita.Tak kira siang atau malam.Masing2 berlagak macam berok.Masing2 jadi macam kera.Perangai kera.Perangai berok.Kekadang teori Darwin tu ada kebenarannya.Dari segi perangainya. Berok pun pandai nak upah,bila suruh naik nyiok.
No comments:
Post a Comment