Saturday, December 20, 2008

NERAKA DUNIA , NERAKA AKHIRAT

NERAKA DUNIA , NERAKA AKHIRAT



Takkan sama hukuman di dunia dengan hukuman di akhirat . Takkan sama kepura2an di dunia dengan kesahihan di akhirat. Takkan sama helah kita di dunia dengan ketentuan Allah di akhirat. Kata orang kita tak mintak datang ke dunia , tapi kita nak mintak pulang ke akhirat.Nak mintak surga Allah . Nak mintak segala kurniaan di surgaNya.Nak mintak ribu2 bidadari.


Biarlah kita cerdik,jangan jadi bodoh , bahlol , bangang , lupa diri dan segala bull-shitnya.Jangan dok syok2 sendiri.Lama2 entahkan gila babi.Macam2 penyakit gila ujud di sekeliling.Yang paling terok gila kuasa dan gila dunia .Tak banyak orang tuleh cerita gila.Cuma sebuah dituleh oleh Pak sako,bertajuk ANAK MAT LELA GILA..Buku ini mungkin sudah tidak ada dalam pasaran.Aku pun dah hilang dalam simpanan.Entah hilang,entah dipinjam,entah dicuri.GILA.


Dulu Jeha gila kerana kematian Lahuma.Habeh heboh seluruh Banggol Derdap.La ni dah diam semuanya.Timbul pula cerita di kemboja.Depa buat filem berdasarkan kegilaan Jeha.Diiktiraf oleh dunia dalam 67th academy award.Modai kita punya,untung depa punya.Tajuknya dulu di ambik oleh barat ‘No Harvest But a Thorn’.Kemboja pula beri nama ‘Neak Sre Rice People’.Asalnya Ranjau Sepanjang Jalan.Dalam bahasa kemboja ada perkataan ‘sre’.Seakan sama dengan srengenge.Tapi srengenge masih tersergam huduh macam hantu.Tak sapa berani mengganggunya.Awang Che Teh dah serik.Ada banyak hantunya.Tak sapa sudi sock and awe srengenge.Beribu kasut akan melayang hinggap di muka.Kalau tak pandai elak macam Bush,jangan cuba nak cuba…..cubaan.


Kalau nak tengok Neak sre Rice People sila kunjung ke Youtube.Tapi selera asalnya dah lari.Depa ubahsuai ikut selera orang kompuchea.Itulah bahan mentah kita punya,hasil produk depa punya.Apa kita dapat ? Cuma boleh meleleh air lioq.Banggol Derdap tak boleh sesen habok pon.Lahuma diberi nama kompuchea sebagai Poeuv , dan Jeha pula dipanggil Yim Om.Depa jual kita dua seduit.Ngeri pembunuhan masih ada di sana.Semuanya angkara Pol Pot dan Khymer Rouge.Kalau Bush bersekongkol dengan Pol Pot satu dunia boleh lingkop.Satu dunia jahanam.Depa buat neraka di dunia.Kedua2 depa patut dimaki haram bejadah.





No comments: