Wednesday, December 31, 2008

YANG AKAN MAI DAN YANG DAH PI

Aku berani kata.'pi-mai,pi-mai,dok tang tu '.Dah maklum kata2 tu pada orang Kedah.Orang kita hangat2 taik ayam.Itu kata2 orang dulu2.Orang la ni dah tak kenai taik ayam.Walaupun hari2 makan ayam.Taik ayam pandu lagi tak kenai .Taik depa dah jadi dari makan banyak ayam.Dulu zaman dulu,musim masok jawi kami cukup gerun kat taik ayam.Tak berani langkah taik ayam.Takut lambat 'siau'.Itu cara orang dulu menjaga kesihatan.Dulu lain ,sekarang lain,masa depan lagi lainnya.Tak sama,semua berkelainan.

Yang aku nak tuleh pasai azam tahun baru,dah jadi lain ceritanya.Sampai ka kerenah taik ayam.Fe'el tu kata depa menanda umur tua.Beletiaq berbelit2.Kona sana,kona sini.Aku terima sepenuhnya pendapat tu.Aku memang dah dalam garisan penalti.Ya lah pasai azam tahun baru tu, 'pi-mai,pi-mai,dok tang tu'.Boleh berubah dalam sekelip mata saja.Tok sah cakap la,dah lama aku lalui.Manusia cakap tak serupa bikin.

1430 dah mai,1429 dah pi.
2009 akan mai dan 2008 akan pi sekejap lagi.

Ada yang akan tak pi bila dah 1430 pi dan 2008 pun pi.Maseh berlegar bersama 1430 dan 2009.Altantuya akan berlegar di minda rakyat.Kes sodomy turut serta berpuing2.Kes rasuah juga beserta di arena politik.Pergaduhan akan bermula semula dalam pilihanraya kecil di terangganukite.Kita akan bermula dengan silat yang lama.Dengan suasana ekonomi yang tak menentu,berbagai dari berbagai2 sudut akan mempelbagaikan reaksi kita sesama kita.Lepas tu pemilihan agong UMNO akan jadi satu medan pula untuk mempelbagaikan kepelbagaian.Cuma tunggu dan lihat.

Pi-mai,pi-mai,dok tang tu.Masih tetap di takok lama.

1 comment:

Anonymous said...

unlock iphone 3g [url=http://unlockiphone22.com]unlock iphone 3g[/url] unlock iphone 3g unlock iphone 3g