Saturday, December 20, 2008

KHAIRAUDDIN MOHAMMAD

KHAIRUDDIN MOHAMMAD


Hampir lebih dari berbelas2 tahun aku tak jumpa manusia di atas.Orang nagori 9 .Aku kenai dia sejak dia mengajar di Kota Bukit.Lepas tu bersama2 pula mengajar di SMS.Kami dulu sama2 pakai guna kereta VW Golf.Warna pun sama : merah. Dulu sama2 juga bergiat di padang.Dia serba boleh.Main semua permainan.Aku cuma pandai sikit bermain hoki.Dia setiausaha sukan , aku cuma jadi jurulatih hoki sekolah sampai aku pencen.Dia tukar sana-sini;Baling,Sungai Petani dan Aloq Setaq.Aku tak pi mana.Dok kat SMS.Sampai aku dilelong sebagai pesara.Lepas tu aku dipungut oleh Sekolah Arab.Ngajar English dari T3 ke T6.Sejak tu orang semua panggil aku ustaz.Ustaz Pak Cha.Aku jadi ustaz selama setahun.Tak dan nak pandai cakap arab.Bolehlah bilang dari nombor wahid hingga ashara.Boleh belajar sikit tentang agama dari ustaz2 yang lain….alhamdulillah.


Tadi di rumah kenduri cikgu Lah aku bertemu dengan KM .Tak sempat berbual panjang kerana aku pi bersama anak ku.Dia ada urusan jadi aku cuma boleh bekecek sat saja.Aku memang berhajat nak jumpa kekawan lama2.Cuma di majlis kenduri dan bila ada kematian boleh jumpa depa.Aku pi awai sikit,sebab geng2 tua ni kena makan awai.Perut depa mudah kacau.Dan waktu petang lepas zohor pula mata depa buat kacau.Selalunya mengantuk sangat2 mengantuk.Kena berdengkor sekurang2nya 30 minit.Dah jadi macam rutin.Lama juga tak jumpa Rais,Ali Shafie,Halim Jahaya,Yoyo dllnya.Cikgu Lah kata depa semua belom sampai.Jadi target aku tak tepat.Macam target Muntadar juga.Muntadar tak tepat nak swing ke muka Bush.Aku terbaca dalam satu berita di internet tadi , bahawa target kasut yang mengena Bush dalam mainan video Sock and Awe dah mencecah lebih dari 43 juta.Padan muka dia.Muka haram bejadah.Mainan video ini cukup popular di USA.Juga negera haram bejadah.


Dulu pun aku ada tuleh satu post bertajuk ‘haram bejadah’.Kalau nak baca sila cari dalam blog aku ni.


Din , anak hindu yang Bakar Awang bela dulu untuk lari jarak jauh tu nama apa ? aku dah lupa.

No comments: