Thursday, December 11, 2008

WE ARE CARRIED AWAY

Dah 3 hari makan daging korban , tapi setakat ni belum ada tanda2 menmedoratkan badan.Kekawan2 ku juga serupa.Awal2 lagi aku kata daging korban tu berkat,makanlah.Insyaallah tak apa2.
Lagi mahal,lagi banyak orang berkorban.Rezeki dari Allah.Dan Allah akan tarik semula bila sampai masanya.Di daerah ku beberapa bulan dulu rezeki getah berlambak2.Harga mencecah hampir2 5 ringgit.Semua confident walau pun harga minyak mahal yang menaikkan harga barangan yang lain.Tapi seminggu lalu harganya merudum ke 1 ringgit.Sebelum raya tiada ada pula yang nak beli getah,kerana khuatir merudum lagi....masyaallah.Kita diduga .Kita diduga untuk beringat2 masa berada.Tapi seperti biasa we never learn.Peringatan diberi dan diberi.Tapi kita tak menerima,kita menolak.Our brains are not well-tuned.Our brains are carried away.Far-far away.Kita anggap semuanya tragedi.Tragedi Highland Towers la, tragedi Bukit Antarabangsa la, tragedi lagi dan lagi.Bukankah Allah telah menjadi bukit2 tu paku alam ? Mengapa kita suka mengusik2 dan memusnahkan paku2 yang Allah memerintahnya menjaga bumi ini........
Manusia jangan sombong ,jangan tunjuk pandai.Jangan jadi haprak.Don't find excuses.

No comments: