Monday, December 15, 2008

ROCK A BYE,BABY

Dalam post aku yang terbelakang ini aku ceritakan tentang shoe-soup ( sup kuku lembu).Cukup sedap cukup enak.Dan sedetik selepas itu Bush pula diberitakan dihandaih oleh sepasang kasut dari seorang pemberita Iraq.Sebelumnya ia memanggil Bush ‘dog’ .Perdana Menteri Nuri al-Maliki turut bersama dalam majlis itu.Majlis lempar kasut.Masa pi ke Mekah dulu aku melihat banyak jemaah melempar kasut di ketiga2 jamrah.Jadi Bush kali ni ialah tempat berlindongnya syaitan.Pasai tu kasut nyaris hinggap di kepalanya.Dan sudah tentu dilihat dari peristiwa itu dia akan menghabiskan sisa2 hidupnya penoh duri dan noda.

Kalau lah sepasang kasut itu disertai dengan doa2 mustajab dan doa2 dari kisah Raja Abrahah cuba meruntuhkan Kaabah,Bush akan berkecai-lerai,jatuh luluh segala daging dari tulang seperti yang di alami oleh tentera bergajah tersebut.Batu yang dilontar burung ababil membuatkan tentera bergajah seperti daun2 yang dimakan ulat.Kerikil2 batu itu mempunyai kapasiti uranium yang cukup tinggi justeru bahan nukliarnya menjahanamkan musuh2 Allah dan memusnahkan cita2 Abrahah.Dekatilah Allah dan RasulNya , insyaallah senjata yang Dia berikan dari Al Fiil 5 ayat ,menjadi milik kita semua.Bertaubatlah dan beramallah.Jaga iman dan amal.Amal Ma’aruf Nahi Mungkar.

Bush tak takut dengan dosanya.Dia Cuma menjawab ‘it doesn’t bother me’ , ‘I didn’t feel the least treatened by it’ . Itulah sombongnya. Itulah bongkaknya.Can he hide behind the bush ?

2 comments:

Leenoh said...

Begitulah manusia yang tidak mendapat hidayah Allah, Perangai dan tindak-tanduknya menjadi ujian kepada kita pula.

Walaupun dia menjadi penyebab ribuan orang mati dan sengsara hatinya tetap keras seperti batu selama mana dia diizinkan begitu.

Tetapi dipenghujungnya tetap akan lemah longlai dan busuknya akan dihidu juga akhirnya.

Macam mana kalau kita sangka baik dengan penggantinya, kita beramai-ramai mohon kepada Allah supaya diberinya hidayah. ini bukan perkara mustahil.

Agak-agak Bush bahagia ke, kalau bahagia, banyak mana agaknya, berapa kilogram, lebih berat dari bahagia kita ke ?.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

sdr. leenooh,

Mengikut rekod tak dak yang bahagia bagi orang2 zalim.

Tun M kita pun tak bahagia melihat ameno sekarang ni,walaupun 22 tahun dia pimpin.

Ku Li juga tak bahagia bila hanya Gua Musang mencalonkannya.

YM Tunku pun lari keluar ameno bila bersara.Begitu juga Tun Hussein.Begitu juga Dato'Oon.

Hanya yang bahagia ialah orang2 yang bertaqwa.