Thursday, December 25, 2008

DARI LEENOH......kalau babi itu namanya rasuah.

Aku tertarik dengan nukilan sahabat leenoh dalam blognya mengenai babi dan rasuah.Jadi aku pohon pinjamkan celotehnya untuk berkongsi sama dengan pembaca2 blog aku.Celotehnya adalah 'Kalau babi itu namanya rasuah' tertera di bawah.



Kalau babi itu namanya rasuah.

Kalau babi itu namanya rasuah,Ramailah orang jadi berubah.Sebahagiannya makan isi dan kuah.Seperti berlaku pada rasuah.Kalaulah rasuah itu bernama babi.Ramailah orang tidak peduli.Semua orang loya dan geli.Hendak rasuah tidak jadi.Rasuah berkembang sangatlah bitara.Berkembang biak seluruh negara.Teguh menguasai laman berita.Iblis syaitan memang berpesta.Hubungi Pejabat Pendaftaran negara.Ubah nama rasuah, babi pula.Agar semua rasa lega.Kerana pulih penyakit negara.Salahkah aku turut berkata.Untuk kesejahteraan negara tercinta.Hapus rasuah barah negara.Menurut perintah Allah Taala.Kurang ajarkah madah ini.Kasarkah pantun teguran begini.Kalau rasuah terus meracuni.Masihkah lembut hati berperi.Menunggukah gunung timpa diri.Baru bangun rioh senegeri.Semua Panglima rioh berperi.Rasuah tetap menjadi-jadi.________________________________________________________________

2 comments:

Leenoh said...

Terima kasih khas kepada Nginap srengenge; (Pak Cha & Mak Wan)

Saya rasa gembira kerana saudara telah panjangkan dakwah ini kepada pengunjung dan tetamu anda.

Buat baik sifatnya seperti kita tanam padi, tanam sebiji tetapi hasilnya beratus biji, maknanya buat baik hasilnya akan berganda.

Wallahu aklam bissowab. Wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

sdr.leenoh,

Maka rasuah pun bertukar namanya jadi babi.Maka banyaklah lagi orang yang makan babi.Maka banyaklah orang yang beri babi.Maka rasuah politik pun jadi babi politik.Maka berbabi2lah kebanyakkannya.Maka padanlah muka yang memberi babi dan makan babi.

Janganlah buat kerja membabi buta.