Monday, June 8, 2009

AL-MARHUM






ALMARHUM


Ahad 7 Jun sahabatku Ustaz Hj.Ayub Abdullah kembali ke rahmatullah tepat 9.30 pagi di hospital Kuala Nerang. Aku ,isteri dan Muhd.Ikhwan menghadziri pengkebumiannya…….Al-fatihah.


Begitulah hidup ini,kita diberi beberapa ketika ( sebenarnya seketika saja ) untuk mengakar di bumi.Selebihnya kita akan menggapai ke langit,ke barzah,ke mashyar,ke surga atau neraka (nauzubillah ).Jadi jangan nak kalut2 sangat pasai dunia ni.Memadailah setakat yang ada.Kemajuan sebenar yalah kemajuan roh.Tanpa roh badan binasa.Cepat2 dikebumikan,walaupun ia cantik.Tak sapa ingin menyimpannya.Tak sampai beberapa jam akan mulai kereputan jasad.


Jangan sibuk sangat berpolitik Saya bukan orang suci, nak menghukumkan sesuatu.Pada aku politik demokrasi pada masyarakat sama saja menyiarkan ‘syiar’ fitnah.Cuba pikiaq la tengok.Macam cari harta karun yang tidak di dalam tanah.Nak cari cintaan pengikut,dapat juga kemarahan pengikut.Carilah keredhoanNya.Which is better to be loved or feared ? Jangan memimpin di luar kebenaran.Memimpin diri dan sesapa saja ialah kerja keabdian.Pohon kerja menulis ku sebagai keabdian.Bukan mudah nak jadi ‘hamba’ Allah.Tapi mudah nak jadi ‘tauke’ dunia.Demi masa manusia di dalam kerugian.

2 comments:

en_me said...

“Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return”

salam chekgu..

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

surely you are right.
To Him shalt we returned.

waalaikomsalam.