Sunday, June 14, 2009

MELATAH DAUN BAWANG BERI SAJAAA

MELATAH-LATAH


Yang mana satu berbisa : mulut ataupun lidah ? Kalau mulut boleh berbicara,mengapa orang bisu tak boleh cakap ? Mulut pun ada,lidah pun ada.Tapi bisu.Alat pekata cuma berada di anak lidah.Itu yang boleh sesapa bercakap.Mulut membuka,lidah memetik dan anak lidah positif baru keluar suara.Suara yang keluar tu yang dikata bercakap.

Kerana mulut badan binasa.Silap cakap habeh semua binasa.Cakap tak boleh dipadam.Kalau nak gostan kena mintak maaf saja.Nabi saw nasihat supaya jaga lidah.Maksudnya sama dan tepat.Kerana peranan lidah jelas.Gigi juga ada perannya.Masing2 bantu membantu.

Orang kita tak macam mulut,lidah,gigi dan anak lidah.Orang kita terpeleot.Orang kita senget-sengetan.Orang kita hanya hidup sementara di dunia.Dan orang kita tak hilang di dunia , cuma hilang bersama2 dunia.Mungkin ada orang marah kalau cakap pasai orang melayu.Mengapa orang kita layu-layuan.Kalau itu tarafnya kita tak layak untuk memimpin.Kita pun tak sepandai mana.Cepat lupa diri.Melayu mudah lupa.Semua dah tau keling mana yang kata.Kekadangnya orang kata kita ni biawak hidup.Kita tak marah.Kita lupa.

Orang kita mudah latah.Lagi tua bertambahlah latahnya.Kita juga suka usek orang latah.Jadilah kita seniman latah.Latah bahaya.Terutama bila keluar kata2 lucah dan lucai.Tapi jenis ni yang suka sangat diusek.Seronok pula tu.Masyaallah.

Pasai tu kita tak naik taraf.Mana ada PM asal orang Melayu.Tak ada.Tengku katanya asal keturunan siam.Tun Razak bugis.Tun Hussein asalnya Turki.Tun Mahatir asalnya Bangladesh.Tun Abdullah keturunan Arab badawi.Najib juga bugis ( bukan monggolia).Mana ada melayunya.Dan bahasa melayu pun jadi renggeh serenggehnya.Ada sikit2 kat srengenge.Itu pun ,dua lima ringgit,daun bawang beri sajaaaa.Pi tanya depa jual sayur.Itulah katanya : dua lima ringgit, daun bawang beri sajaaaa.

2 comments:

Anonymous said...

pak cha,


apa maksud peribahasa 'daun bawang beri sajaaaa'.

adakah pak cha ni tergolong orang2 penglipor lara ?

biasanya buat saya gelak seorang diri.

kah,kah,kah.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

sdr.,

itu bukan peribahasa , saja aku cipta sendiri......maknanya pun aku beri sendiri.....murah/takdak harga.

kalau u hanya boleh gelak , aku tak berjaya.
Yang aku mau biar orang menangis.

pengarah filem hindustan pandai buat orang menangis.Tapi di sisi Allah depa juga seperti daun bawang beri sajaaa.