Wednesday, June 17, 2009

PAK NIK HALAU NASARUDIN KELUAR PAS.......dari malaysiakini


Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar PAS..........dari malaysiakini
Jun 17, 09 1:29pm

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan."Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat. "Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. "Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.
Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.
Kenyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno."Khamis lalu, mengulas isu kerajaan perpaduan yang semakin bercelaru dalam PAS susulan kemunculan semula isu tersebut ketika muktamar awal bulan ini, Nik Aziz berkata: "Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat. "(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas."Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno." Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata "beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut" pada pilihanraya umum 2008.Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini "telah masuk perangkap Umno" berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka.
"Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah," katanya.Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri."Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.

4 comments:

Anonymous said...

Elok sangat lah tu pak cha. Simpan pun jadi taik ja dalam pas. Buang hadi sekali.

Anonymous said...

Ramalan ku :

Pas berpecah dua : pas t'ganu dan pas kelate.

kedah sokong kelate.Majoriti sokong kelate.

T'ganu bersendirian.Akan tenggelam di laut china selatan selepas moonsoon cup.

Hadi,nasa dan pa ali akan jadi menteri besi buruk.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

sdr2.,

Pak Nik mulutnya masin.Jangan beri Pak Nik sumpah sudah la.Aku dengar dia sumpah musa hitam dulu,tengok apa jadi ?

Bila seseorang tu Allah kasih , Allah berfirman sebegini " terajang mu adalah terajang Ku " dllnya.

Kasih lah pada orang alim macam Pak Nik.

Anonymous said...

Ramalan ko kurang tepat sebab orang trengganu pun tak sokong 3 mangkok ni. Lepas ni masjid rusila hanya tinggal tok imam dengan tok bilal ja. mengajar la sorang2 hadi kat situ.