Tuesday, June 23, 2009

SEMUA KITA BERGURU

Aku mudah sebak bila ada bicara2 pasai guru.Dibawah aku pasted satu post dari blog muslimeen united yang mengisahkan ceritera pasai guru.Cuba baca dan teliti.Apakah kita mau guru2 kita jadi macam lembu cucuk hidungnya.Kalau gitu apa jadinya pada murid2.Tapi guru2 zaman aku lain bicaranya.Guru yang membawa perubahan bukan politik.


(Beginilah nasib guru di Malaysia. Boleh ditendang ke sana dan ke sini. Boleh diugut, diancam, ditukar tempat kerja dan lain lagi. Kerapkali guru menjadi "kambing hitam" untuk apa sahaja isu yang berlaku di negara ini.
Kenapa gagal Matematik ? Guru tak tau ajar...
Kenapa pelajar membuli dan terbuli ? Guru tak bimbing...
Kenapa PPSMI tidak berjaya ? Guru tidak kuasai Bahasa Inggeris...
Guru mudah diugut. Guru mudah dipujuk...
"Jangan sokong pembangkang..nanti kena tindakan disiplin!"
"Jangan pakai kopiah putih ke sekolah!"
Dan seribu satu JANGAN dimasukkan ke dalam minda guru.
Maka menikuslah segala guru.
Guru Oh Guru...
Tapi, itu guru era lama.
Kita percaya guru alaf baru terbuka mindanya, terbuka hatinya, mantap aqidahnya, serta punya pendirian.
Era langit terbuka, segala maklumat mudah diperoleh.
Guru alaf baru tidak mudah diugut kerana kuasa memangkah ada pada tangan guru.
Guru alaf baru tidak mudah diancam kerana kuasa berfikir ada pada guru.
Guru alaf baru bebas membuat keputusan.
Guru alaf baru dapat kenal siapa benar siapa salah; yang mana haq dan yanag mana batil.
Kalau setakat ugut kalau tak pangkah BN, PIPP tak berjaya....he he..
PIPP sudah 4 tahun berlalu yop...(2006 - 2010)
Tahun depan habis dah. Apa yang kerajaan buat selama 4 tahun (2006-2009) ?)

1 comment:

Anonymous said...

guru alaf lama pun terbuka mindanya juga...