Thursday, December 18, 2008

MAMPUIH TAK LETAK JAWATAN

MAMPUIH TAK LETAK JAWATAN

Apabila Allah menyerahkan kekuasaan pada manusia,manusia jadi goblok.Dihaprakkan dengan berbagai cara tanpa segan dan malu.Mengikut sejarahnya amatlah memalukan.Ia bermula dari Habil dan Qabil.Tapi manusia tak dak malu.Digomolnya dunia,dirogolnya dunia,sepuas2nya.Untuk menjadi khalifah di dunia untuk sementara.Manusia lupa hidupnya terhad.Umurnya sengkat,tapi kehendaknya menyalar hingga lupa akan mati.


Jawatan khalifah telah ditawar kepada makhluk2 lain.Semua mereka menolak,tapi manusialah menerima tawaran itu.Sesama sendiri manusia gadoh dan kacau.Sesama sendiri manusia buat apa saja ,yang akhirnya termusnah segala yang ada di bumi ini.Human Rights tak kita cantikkannya.Kita huduhkan nya.Tak sapa pun sedia defend human rights.Yang menjadi kerajaan kekadangnya membuat neraka didunia.Rakyat ditindas dan ada kalanya dibunuh.Dan ada sesetengah kerjaan berlagak sebagai cold beasts looking out for their own interests.

Cuba kita nilai diri kita sebagai khalifah.
Adakah kita layak ? Kalau tidak kita harus letak jawatan.
Orang Jepun dan Korea lebih memahaminya.Kalau berasa tak layak,terus letak jawatan.
Orang kita mampuih tak letak.Nak berkhalifah lagi tu ada.Kita lupa diri.Kita tak dak hati.Walaupun dah dekat nak mati.

2 comments:

Leenoh said...

Orang kita dalam sesetengah hal memang bijak, kekadang yang mereka reka tidak lekang dik panas dan tak reput dek hujan.

Kata orang kita seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, biar busuknya sampai ke hidung sendiri,utk mengelakkan bau pekasam, minyak wangi tidak boleh lawan terpaksalah tukar baunya dengan memalitkan belacan di hidung.

Tetapi belacan dengan pekasam satu keturunan sahaja kedua-duanya membiakkan resdung. jadi keluar dari mulut buaya masuk pula ke mulut naga, kalau tidak ngap tidak apa-apa tetapi kalau dia ngap jadilah mangsa. masakan dia tak ngap, makanan sudah ada di dalam mulut.

Semoga Allah memurnikan kehidupan kita dan mendapat husnul khatimah.

Wassalam.

Unknown said...

salam buat ayahanda dan bonda yang masih mengabdikan diri di Haramain ketika UW melewati nginap srengenge utk meninggalkan jejak.

Semoga pertemuan kita, pertemuan yang tidak dirancang di malam yang penuh syahdu bersaksikan kiblat yang satu menjadi titik permulaan sebuah ikatan yang bersimpul padu, InsyaAllah...

Salam ukhuwwah mawaddah wa rahmah
Zura a.k.a ummiwafa dan suami Nizam
Yanbu al-Sinaiyyah