Friday, December 26, 2008

WALLAHUA'LAM

WALLAHUA’LAM


Baik aku cakap cara simple.Kalau cakap belit2 orang tak paham.Bikin mudah orang nak paham.Lagi mudah lagi baik.Salah satu sebab orang tak paham,kerana kita tak beri mudah paham.Tak mudah nak beri orang paham.Cakap terus terang.Tok sah dok kona-kona.Guna bahasa mudah,mudahlah orang paham.


Dunia dok berkecamok ni kerana orang dunia tak paham.Tak paham tentang hidup.Tak paham tentang mati.Tak paham tentang hidup selepas mati.Tak paham tentang dosa dan pahala.Tak paham tentang baik dan buruk.Tak paham kejadian bumi,kejadian akhirat.Tak kenal malaikat,tak kenai iblis dan syaitan.Tak kenal musuh dan kawan.Tak kenai diri sendiri.


Ada 3 akta untuk selamat dunia dan akhirat.Biar aku jelas mudah2.Pertama kenai betul2 Allah Pemilik sekelian Alam.Maha berkuasa,Maha kaya dan Maha segala2nya.Kedua kenai Nabi saw.Nabi saw tau segala2nya kerana Nabi saw di asuh oleh Allah.Ikutlah segala ajarannya .Ketiganya tau kita akan hidup semula sesudah mati selama2nya.Abadan-abada. Insyaallah selamat dunia /akhirat.


Wallahua’lam

2 comments:

Anonymous said...

Bukan orang tak faham tentang hidup selepas mati cuma orang yang tak takut dengan alam akhirat. Kalau ditanya semua tahu dan faham pasal hidupnya kita selepas mati. Tapi takutnya tiada. Kalau tak takkan ada ulama' umno la pak cha.

Leenoh said...

Allahu aklam - Allah lebih mengetahui - Manusia ini memang jahil, walaupun ada orang marah kalau dikatakan jahil.

Sebenarnya kita tidak mampu pun hendak menyenaraikan apa yang kita makan tiap-tiapa hari, jangan kata yang dimakan tiap-tiap hari,dalam sepinggan nasi yang kita makan ,kita tidak dapat hendak menyenaraikan setiap benda selain daripada nasi kerana jahil, kita hanya menyebutkan atau menamakannya secara kasar sahaja.Kita juga tidak ketahui berapa biji nasi yang kita makan pada tiap hari dan telah berapa banyak yang dimakan sehingga kini, juga kita jahil.

Berapa helai rambut kita gugur setiap hari kita juga tidak dapat mengetahuinya dengan tepat, berlebih-lebih lagi yang berada di badan, jumlah lagi banyak, lagi sukar hendak dikira.

Itu baru dua soalan kita telah gagal menyelesaikannya, tetapi dalam pada itu manusia masih ego dan tidak mahu belajar mengenali Allah.
Wassalam