Wednesday, March 31, 2010

OBESITY,BABI DAN LIDAH


OBESITY,BABI DAN LIDAH



Obesity ialah penyakit rakyat Malaysia.Majoriti boroi2 belaka.Sejak kecil dah ada yang boroi.Katanya itulah kemewahan.Kemewahan membawa padah. Peratusan yang mengidap kencing manis dan darah tinggi cukup tinggi.Kalau dihimpun dah sampai mengjangkau terkeluar orbit.Perut semua terik2 belaka , buncit macam tempayan budu.Buncit terik mengening,Kalau di jentik bunyi macam A minor : teng,teng,teng.Negara kita mewah.Ada banyak makanan.Nak makan apa saja , macam2 ada.


Babi cukup banyak.Tiap2 malam aku terpaksa hambat babi.Babi dah mula masok kampong.Orang bukan Islam pun dah kurang makan babi.Pasai tu depa tak mai pasang perangkap.Kami panggil chiding.Aku perhatikan babi pun buncit2 perutnya.Kalau jentik mungkin bunyi b flat.Perut sarat mengening.Ibu babi boleh mengandung berbelas ekor anak.Babi makan apa saja.Lagi busuk cukup berselera dia.Terlampau nak marah kat babi.Senang saja,Cuma maki babi.Kawan ku seorang berbangsa Cina , tak marah kalau aku sebutkan dia gemok macam babi.Tapi orang Melayu jangan.Dia akan belasah kita.Orang Melayu cukup pantang dengan babi.Tapi ada juga orang Melayu mengidap penyakit gila babi.Gila babi bukan saja ditujukan pada penyakit , tapi juga pada keadaan2 tertentu , suasana tertentu ,pada isu2 yang tak senonoh. Kita sebutkan juga gila babi.Waktu harga minyak naik dulu ,aku dapati ada orang sebutkan ‘minyak naik,gila babi sungguh’. Lain2 ungkapan ,’gila babi punya kerja’ , ‘ musim gila babi’ , ‘harga naik bergila babi’ dan lain2 yang lebih kotor dan tak perlu aku sebutkan.Kita harus kurang bercakap sekarang , kerana dengan banyak bercakap kita akan membabi bahasa kita . Nak kena memartabatkan bahasa supaya bahasa di lihat indah. Biar merah macam buah saga.
Kita boleh berbahasa dengan adanya lidah. Dan lidahlah yang membuat banyak dosa.Kena kawal lidah kerana ia cukup berbisa . Ia lembek dan tidak bertulang . Dalam dewan ,dalam parlimen , lidah cukup ganas dan bermaharajalela.Semua itu akan tercatat dalam buku amalan kita . Rugilah mereka2 yang segala ucapan tergelincir dari lunas2 kemanusiaan. Sekarang depa bangga,tapi nanti mereka akan melihat kerugian yang nyata. Kerana banyak bercakap,banyaklah salahnya. Banyak salah , banyaklah dosanya. Banyak dosa , nerakalah tempatnya……nauzubillah.

Tuesday, March 30, 2010

KOMEN KAWAN AYAH PASAI PUTERI DI ALAM RIMBA


Di bawah ialah komen kawan ayah ( Anonymous).Ayah punya silent reader.An oldtimer and insyaalah dia akan buka blog sendiri.A know him from head to feet.He has many interesting articles.Pak Lah dan ayah ialah addict sastera muda2 dulu.Ada sebuah buku" CERITA TUKANG KAYU' ,sama2 kami enjoy membacanya.Kat tangan sapa dia berada sekarang,my friend Pak Lah ?
Inilah komen Pak Lah pasai terjahan Hanis dan Artikah dalam N3 ayah "PUTERI DI ALAM RIMBA..ada 3 episod.
Anonymous said...
Salam tuan,Seperti kata tuan,saya tabik spring kepada pelakon2 Puteri Di Alam Rimba diatas keberanian dan kegigihan mereka meredah hutan kerana semalam saya dan anak2 berkesmpatan ke Sik melalui Kulim,Baling,Memali,Tanjung Pari.Kg Melaka,Gulau.Nami ,Lubuk Merbau.Beris,Kg Chong Paya terendam dan Sik.Walaupun perjalanan disiang hari dan menggunakankenderaan 4wd,saya akui ia satu perjalanan yang mendebarkan.Di Sik sempat membeli 4 bungkus ikan pekasam di Kedai Rokiah (depan Klinik) untuk anak bawa balik ka Kajang. Maaf tak sempat ke Banggol Derdap.Sehingga bertemu lagi..
March 30, 2010 10:14 AM
Tu dia,hebatnya dua dara ni.
wassalam.

KOPI O,PULUT KUKUIH,IKAN TAMBAN KERING plus IKAN PEKASAM


Ni pulut harumanis orang Perlis.Abang Megat memang ariff,dia tinggal dekat sempadan Perlis.



Ni ikan pekasam aku beli dekat Jeniang,di Sungai Perahu.Mak Nah memang pakar buat ikan pekasam.Atikah dan Hanis dah rasanya.


Ni pula nyiok kukur.Peruoi saja atas nasik.


KOPI O,NASIK PULUT KUKUIH & IKAN TAMBAN KERING plus ikan pekasam


Sejak kecil2 dulu sarapan pagi aku sekeluarga ialah kopi O minum bersama dengan nasi pulut di tabur dengan nyior ( di kukur) dan ikan tamban masin di goreng. Dulu kami banyak tanam padi pulut . Beras pulut padi huma lagi sedap . Dulu padi diketam ,dihirek,dijemor dan kemudian baru ditumbuk dengan mengguna lesong kaki. Aroma nasi pulut dulu dan tamban goreng dulu dah lama hilang . Mustahil nak dapat rasa kembali......Aku suruh Mak wan aku cuba sediakan resepi tersebut pada satu pagi ( hari2 terakhir ni) . Kebetulan di pagi itu 2 orang anak muda mai ke rumah aku. Depa dapat merasa kopi O tumbuk,aku jamu pulut susu dan ikan tamban masin bersisek digoreng.Ada lauk tambahan,iaitu ikan pekasam ( ini aku beli semasa Atikah dan Hanis mai hari tu) .Aku kukur nyior separoh tua..........kami berempat orang balon habis licin.........budak2 tu kata sedap makan makanan orang zaman dulu ..........aku bagi tau depa bahawa zaman dulu sedap semuanya....tak macam la ni .......la ni zaman fasik........zaman kecoh.....depa akui cukup kecoh ( depa beri tau kekecohan politik sekarang ........depa cerita bekas menteri raba pungkur dan sebagainya)......aku dengar saja supaya mereka cerita banyak lagi kerana mereka tak pandai menulis dalam blog....aku rasa puas melayan mereka,kerana mereka perihatin terhadap isu-isu semasa.........
Rasa balik modal jamu depa pulut nyior kukur dengan ikan pekasam dan ikan tamban masin bersama kopi O.
Tak rasa terlior ke ?

Monday, March 29, 2010

PUTERI D ALAM RIMBA......EPISODE KE-3


PUTERI DI ALAM RIMBA
Episode Ketiga


Dengan nama Allah,99 semuanya



Selepas weng mereka miss lagi simpang ke destinasi.Dah tiga kali depa ni miss jalan.Nasib baik depa tak ambil simpang ke Ulu Legong.Ulu Legong ialah pinggiran Thailand.Boleh dengar ayam berkokok di sempadan negeri Thai. Dulu seram juga di sini.Ada dewan Parlimen hantu raya dan pari2.Juga medan pertarungan binatang2 liar. Sekarang tempat bersantai mandi air-panas.Mereka tuju jalan betul.Tapi mereka terus ke Tanjung Pari.Goncang bahu kiri kanan,jalannya kerikil batu2 kecil.


Tanjung Pari,namanya juga seram bulu roma.Pari2 ialah makhluk halus yang boleh menjelma bila2 masa.Hampir maghrib mereka berada di situ.Terlajak hampir 15 kilometer.Mungkin mereka dapat pertolongan dari ‘pari2 ‘ di situ,supaya gostan balik.Ambil jalan Bukit Sebelah .Itu jalan betul . Tapi Jalan itu tak ada manusia .Tiada ada rumah orang.Tiada orang yang lalu lalang waktu malam.Yang ada rimba,kebun2 getah.Jalannya juga macam ular kena bedal.Bengkang-bengkok.Ada juga cerita2 ngeri berlaku di situ.Pelbagai penjelemaan.Ada orang bertemu gerai2 makan di tepi jalan pada waktu malam.Sebenarnya tiada pun gerai2 kat situ.Cuma hutan tebal dan kebun getah.Paling bimbang takut hujan dan ribut.Pokok balak boleh tumbang merintangi jalan.Semalaman lah di situ.Malam menjamu nyamok dan pacat.Boleh juga berjumpa langsuyar.Nenek kebayan pun pernah cerita ditemui orang .Malam hingga ke pagi kabus cukup tebal.Penglihatan terhindar dalam jarak yang dekat.Kalau berlaku,malamnya akan bertambah malam.Dan masa akan terasa lambat bergerak.Jenoh tunggu nak sampai ke siangnya.Kalau nangis sapa nak dengar.Kalau apa pun , sapa boleh tolong.Cuma panjatkan permohonan pada Allah.Masa beginilah baru nampak kehebatan Allah.Kalau ingat Allah.Allah ingat pada kita.


Akhirnya mereka sampai di sebuah pekan yang mereka pun tak tau.Sebelum tu melalui Bendang Man,Chepir,Kampong Dusun.Itulah pekan Sik.Baru dengar deringan telepon.Aku datang menjemput mereka jam 8 malam di depan kedai Farmasi Utara.Gedebuk-gedebak dalam jantung makin ringan denyutannya.Melihat mereka ceria membuat rasa hening,tapi sayu mendendam rasa.Dan pilu mendendam jiwa.Bukan kerana apa,tapi kerana mereka pompuan.Kerana dunia mempunyai banyak kerenahnya.Dunia yang dah hilang martabatnya,darjatnya dan kewibawaannya.Kepalsuannya berada disetiap detik dan ketika.Dunia di saat penghujungnya.Dunia itu fana.


Mereka boleh bernafas lega selepas membaca coretan ini…..alhamdulillah


Begitulah sepintas pandang.Begitulah sepercik kegelisahan.Begitulah .Semua kejadian ada di tangan Nya.

TAMMAT


P/S

1.Kalau berjalan dalam grup,pastikan ada 3 orang paling minima.
2.Grup pompuan kena ada juga orang jenis Adam.
3.Pahami route yang di tuju.
4.Kalau ragu2,berhenti tanya orang.sebaiknya orang berada di masjid .
5.Sparekan sebuah torchlight dalam kereta.Dalam kereta Hanis saya dapati tiada.

Ya Allah berilah kami KESELAMATAN & KESENANGAN di dunia dan di akhirat.


PUTERI D ALAM RIMBA...EPISODE KE-2


PUTERI DI ALAM RIMBA
Episode Kedua


Dengan nama Allah,99 semuanya


Dulu Baling sunyi sesunyinya.Tiada letrik,gelap gelita.Bila2 masa boleh bersua dengan Chin Peng.Di sini juga Chin Peng keluar bersemuka dengan YM Tengku Abd.Rahman.Di persekitaran inilah pengganas merampas dan membunuh.Berapa banyak bas dan lori di bakar.Baling boleh menggegar bila2 masa.1974 puluhan ribuan penduduknya tunjuk perasaan kerana lapar.Harga getah turun bawah 20 sen.Musa Hitam mantan TPM di ejek dengan biadap bila turun dari heli di Baling.Mereka turunkan bendera dan naikkan ubi gadung sebesar bakul,untuk menunjukkan itulah makanan rakyat.Kalau Hanis dan Atikah berada di situ ,mereka akan pucat-lesi.Bila sampai di Baling mereka miss lagi jalan mudah melalui Parit Panjang,tapi terus mengambil jalan Tanjung Pari.Mereka akan bersua dengan Memali dan juga Weng.Dan sebelumnya ialah Bongor dan Siong.Pokok bongor menyetus seseraman.Ada kisahnya tersendiri.Siong ialah tempat Raja Bersiong mencabut siongnya.Ngeri juga peristiwanya.Cuba baca legenda Raja Bersiong.



Jalan itu dulu di kawasan hitam sehitamnya.Pukul 5 tak sapa berani melintasinya.Waktu malam orang kampong lari masok belukar.Kerana takut pada penyamun2 yang mengganas.Dalam tahun 1986/7 beribu2 askar dan polis ada di sepanjang jalan.Mereka memburu Al-syahid Ibrahim Libya.Al-syahid ,anak tempatan,pernah bertugas di jabatan perdana menteri.Tembak menembak berlaku.14 orang kumpulan Ibrahim Libya mati di bunuh….Al-fatihah.Bertahun2 Memali bergolak dan sampai hari ni kes Memali belum lagi selesai.Yang terlibat dengan kes itu pun banyak dah mati.Anak2 kecil arwah pun semua dah dewasa.Janda2 muda pun dah jadi tua kerepot.Memali dilupai begitu saja.Semacam juga kes2 orang di Pattani. Semacam juga kes2 di Palestin. Kes2 ini akan bangkit semula di akhirat.Di sana baru boleh tengok keadilan.Dunia tak boleh berikan keadilan,kerana kedurjanaan manusia.Manusia lemah,manusia kurang martabatnya,kecuali para2 nabi dan kekasih2 Allah.Akhir2 ini manusia lebih hapraknya.Siasatlah apa saja,haprak tetap unggul.Sikit saja tinggal manusia tulin.


Weng dekat dengan sempadan Thailand.Dulu tempat persembunyian komunis.Hari2 bom di lempar oleh kapalterbang.Rakyat hidup cukup susah,cukup sengsara.Bukit2 di banjaran Gunung Bintang ni penuh dengan ahli bintang-tiga.Sekarang jalan baru dibuat untuk sambung ke Durian Burung ke Thailand.Jalan panjang berkerikil batu.Jalan inilah menggoncang bahu2 Hanis dan Atikah.Alhamdulillah kereta Hanis juga lasak macam dirinya.Line telepon tak ada.Payah lah nak berhubung melalui alam maya.Alhamdulillah mereka boleh melepasi tahap keduanya.


Bersambung,ikutilah seterusnya.

PUTERI D ALAM RIMBA


PUTERI DI ALAM RIMBA
Di tulis dalam 3 episode….……..Cerita jenis gedebuk-gedebak,seram dan penuh suspense.Pelbagai peristiwa sejarah di hidupkan semula…..( macam iklan pewagam zaman dulu).


Dah lama ku tuleh coretan ini.Tapi tak boleh publish dalam blog , kerana masih something wrong with the pot.Teknician dah mula mencuba baikan pada 28 Mac.tapi masih gagal.Nampaknya aku kena pi lagi ke TMnet ,Sungai Petani.

PELAKON : Ridwah Hanis dan Atikahnr
LOKASI : Pengkalan Hulu,Baling,Bongor,Siong,Memali ,Weng,Tanjung Pari,Bukit Sebelah,Chepir ,Kampong Dusun,Sik

Mobil WLF 8151 bergerak kekadangnya laju menuju diatas jalan bengkang-bengkok di banjaran Gunung Bintang.Rendah dari banjaran Titiwangsa.Pemandunya penuh senyuman harapan kerana ada seindah warna pelangi mengiringinya,selagi 4 tayar bergerak di aspal selagi itulah misi dan visi dipenuhi.

EPISODE AWAL


Dengan nama Allah,99 semuanya.


Demi masa membawa larinya sesuatu dengan paling pantas.
Dedulunya @ kekininya,sama saja.
Esok dan lusa sekata.
Dah lebih 11 hari barulah seram ngeri dalam diri merudum.Sebelumnya ,bila mengingati peristiwa dua dara menjelajahi tempoh hari cukup menggerunkan.Mereka mengambil lekoh yang jarang2 dilalui oleh orang belum tahu sejarah pahit.Belum mengenali peristiwa2 pahit yang terpahat dalam sejarah.


Hanis dan Atikah miss lebuhraya Gerik-Kulim-Butterworth.Ini laluan mudah untuk mereka sampai ke destinasi mereka.Hanya sejam lebih sikit mereka boleh sampai.Bila di Gerik nostalgia macam pernah ke Eropah.Negara orang Greek ialah Greece.Mungkin banyak orang keturunan Greek di sini..Kalau nak tengok orang Greek datanglah ke Gerik,Perak.Negeri Perak ni aneh.Dulu Ghee Hin dan Hai San bergadoh,akhirnya British ambil alih kuasa.Peristiwa yang lebih kurang sama berlaku sekarang ni.Kita tak pernah ambil pedoman dari sejarah.Pedoman Al-quran langsung tak kisah…astaqfirullah.


Hanis/Atikah ambik jalan Pengkalan Hulu/Baling.Dulu dari Gerik ke Keroh ( Pengkalan Hulu) dan terus ke Baling,jalan bukit berliku2 penuh dengan pengganas komunis.Kalau dulu mereka boleh di serang hendap oleh Chin Peng.Di kidnap dan di paksa berjuang bersama bintang-tiga.Kalau kehabisan minyak,atau tayar bocor,tiada siapa yang dapat menolong.Perut akan lapar,dan pada malamnya harimau dan gajah menjadi teman.Kalau hujan kabusnya tebal,harimau di depan hidong pun tak perasan.Alamak peritnya rasa.Alhamdulillah,mereka selamat.Mereka teruskan cergahan .Terlalu petang mereka tiba kat Baling.Assalnya perkataan siam, ban-ling.Sawakdikap.
Pai-nai-mairopang,
Tak kenai,tak leh tumpang.


Bersambung,ikuti seterusnya.

Sunday, March 28, 2010

KU UPDATE RENUNGAN DULU2

KU UPDATE RENUNGAN YANG DULU2

Tinggal di kampong mendapat kesempatan berpikiaq banyak tentang masaalah orang Melayu luarbandar. 90% adalah terdiri dari penduduk miskin. Mereka kekurangan segala2nya . Di musim sekolah dibuka mereka memerlukan banyak wang . Bukan macam aku mengaji dulu , aku rasa cukup selesa masa aku bersekolah dulu . Tak payah pakai kasut,cuma yang ku perlu ialah sebuah 'laptop' dan sebatang kalam . La ni berbagaian yang perlu dibeli. Nasib mereka baik kalau hujan tak turun , bolehlah mereka pergi menuris getah . Kalau setakat sekilo masih lagi ditahap RM 3.50 , boleh mereka bernafas lega . Mereka terpaksa mengikat perut . Di musim raya korban mereka dah boleh menjamah daging , selepas ini ikan asin tergeliatlah perlu dibeli .

Akhir2 ni tak dak sapa yang nak bercakap bagi pihak orang2 miskin ni . Mereka seolah rakyat terbiar . Projek2 pun dicanang tapi apakan daya tangan tak sampai. Tenaga mereka lemah kerana makanan yang mereka makan tak berkhasiat . Ada saja penyakit yang rela hinggap di tubuh lesu itu .Jadi mereka tak boleh meningkatkan aktiviti mereka . Kekadang aku memohon Allah nak jadi jutawan yang banyak wang , supaya aku boleh bantu mereka sepenuhnya . Setakat menerima 25 ringgit wang kebajikan masyarakat sebulan apa mereka boleh buat . Mereka perlu di overhaul seluruh hidup mereka .

Aku pun kurang arif nak pikiaq yang bukan2 . Nak harap orang politik , depa pula sibok dengan politik masing2. Depa pun nak cari lagi banyak duit . Politik depa berupaya mencari kesalahan orang . Budaya berpolitik dah jadi kotor . Tiada ada batas halal dan haram . Jarang sekali mereka bercakap ini haram dan ini halal . Kalau pandai menipu , dia dianggap bijak. Yang ada asas agama sedikit sangat . ......nanti sedar2 kita sudah berada dihujung jalan .

SIK ENGLISH SCHOOL


Inilah wajah2 kekawan ku yang mengajar di SES diakhir tahun 50an.Aku mula mengajar di sini pada tahun 1962/63.Gurubesarnya masih Tuan Syed Abu Bakar,No.3 dari kiri.Duduk di kanan sekali ialah sahabat sekuliah Drs.Jihaty Abadi.Tugas akhirnya mengajar di Universiti Malaya.
Miss Sopiah sekarang menjadi warga British,menetap di London.Yang lain2nya entah di mana,tak dapat ku cari.Kecuali Syed Bakar,ustaz Zainol ( duduk no.2 dari kanan) dan ustaz Abd.Ghani ( berdiri no.2 dari kanan),mereka bertiga dah meninggal...al-fatihah.
maaf para pembaca blog aku.aku masih lagi ada masaalah internet.sejak 23 mac hingga kini.

Tuesday, March 23, 2010

KLASIK PAK PANDIR


PAK PANDIR DAN PEGAWAI POLIS


Tetiba saja aku teringat satu cerita.
Aku pun tak tau dari mana aku dapat cerita itu.
Mungkin bukan dalam bakul sampah.
Tapi cerita itu banyak memberi pengajaran pada sesapa yang berpikiaq.
Yang tak mau pikiaq bolehlah senyum2 kambing.


Ceritanya begini.Mudah dipahami biarkan mereka berdialoq saja.


Pak Pandir: Selamat pagi tuan.
Polis: Selamat pagi.
Polis: Apa hal.
Pak Pandir: Saya nak buat repot tuan.
Polis: Fasal apa tu.
Pak Pandir: Kawan saya di baham harimau.
Polis: Pukul berapa.
Pak Pandir: Dia tak pukul, dia terkam.
Polis: Habis?
Pak Pandir: Tak habis, tinggal kepala.

Monday, March 22, 2010

SEBUAH SAJAK DARI MEMOIR KU


ADA ORANG DOT DOT DOT
ADA ORANG DOT DOT DOT (Di tuju khas utk manusia....ku tulisnya pada 21 Julai 2007.Masih tersimpan dalam memoir ku )--
Ada orang hidup ,
Tapi sudah mati
Ada orang mati ,
Tapi masih hidup.
Kita masih hidup dan belum mati,
Memangnya mati ada di sisi.
Ada orang bila sudah mati
Hidup kembali,
Memang prosedurnya begitu.
Ada orang di masa hidup,
Sudah pun tidak bernyawa lagi.
Ada orang dalam hidup menunggu mati.
Dan ada orang langsung tak mau mati.
Dan ada yang tak sedar diri.
Ada orang pompuan jadi lelaki,
Yang lelaki nampak lebih seksi.
Maka si laki benci pada bini ,
Utk mengejar sesama lelaki.
Ada orang cinta berahi,
Ada orang miang macam keladi,
Mereka ditipu syaitan di sana-sini.
Dimanakah dan kemanakah orang itu ?
Di sini ,Di situ ?
Di mana ?
Di mana-mana .

Sunday, March 21, 2010

SENGETNYA LEMBAGA BUDI


DAH HILANG BERKATNYA


Kuca-kacir ada di seluruh dunia sekarang.Alam sendiri memberontak bertalu-talu tanpa henti.Cuaca memberontak.Angin memberontak.Air memberontak.Gempa di sana,banjir di sana,taufan di sana,sejuk di sana,panas di sana dan dimana2 pun ada kepelbagaiannya.Di negara kita pun serupa.Malah kekecohan politik melanda kita tanpa disedari.Umno kecoh,mca kecoh,pkr kecoh,mic dah tak kedengaran nafasnya berdenyut atau tidak.Dunia politik dah jadi medan membuat dosa.Keji-mengkeji,fitnah –memfitnah,di hamun dimaki dan dikerkah.Sepak terajang jadi mainan semata.Lumat jadinya dimedia-massa.Hancur habis cuping2 telinga di terjah oleh kata2 nista.Berdebu taik telinga di buatnya.Macam manalah nak satukan 1malaysia.Buat penat wassaja.Habis duit berkempen wassaja.Wajarlah aku pernah kata ‘kita kekeringan pemimpin’.Di mana ada pemimpin? Puas aku cari dalam library.Puas aku hendap di celah almari.Tak aku jumpai.Kuantitinya ada,kualitinya tiada.Berkat negara yang kaya-raya dah habeh.Tak kenal syukur,malah tak kenal tauhid.Jujohnya perangai haprak.Lelaki botak,dikatakan penuh beruban.Boleh cayakah ?


TGNA kata :………..


Harakahdaily
KOTA BHARU, 19 Mac: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, masyarakat bukan Islam memerhatikan bagaimana buruknya perangai pemimpin politik Melayu.
Ini kerana pemimpin politik Melayu begitu buruk sekali perangai mereka apabila bertelagah sesama sendiri sehingga sanggup mendedahkan perkara yang tidak sepatutnya.

Benar-benar kata2 mu itu Tuan Guru…….srengenge pun berpikiaq gitu.

Saturday, March 20, 2010

Gambar2 terkini ayahanda

Ayah sedang masak kueh "cara"





Tu dia dah masak dan boleh makan.


Boleh rasanya,tentu sedapppp


Bersama Ihsan dan menantu Sakinah di ladang mempelam


Emak pun pi sama,tadi mak tiada dalam gambar kerana jadi photowoman


Ni dia ladang mempelam kawan ayah cikgu Man, terletak di kaki Gunung Jerai


Cantik ladangnya.penjagaan pun rapi.


Tu dia buahnya cantik.Buat membuka selera ibu2 mengandung


Tu dia mak,sakinah dan ayah


Panas terik hari tu,berlindong di bayangan pokok


Kekawan jauh ayah datang,mereka sedang menjamu selera


Dari kiri : Hafiz ( dan dia memang hafaz Al-quran), Ustaz Abd.Manan,Syekh Mukbil ibnu Yahya ( dari Yemen),dan Muhammad ibnu Ahmad juga dari Yemen (San'aa).
Bersama Syeikh Mukbil ibnu Yahya dan Muhammad ibnu Ahmad.Di tengah ialah Syeikh Srengenge
Hari ni jamu Syeikh Mukbil Speghetti goreng dan kueh 'cara'

Helo , "thoam Syeikh".

BANGSA KU LAGI


BANGSA KU DALAM GELABAH


Walaupun baru ni panas menggigit rasa,tapi tak lah aku mudah bengis.Tak ada tension menggugat selesaan.Tapi sehari dua ni aku tak tahan lagi , membengis setiap ketika.Rasa nak marah2 seolah aku ni ada menopause.Walhal aku bukannya berjantina hawa.Aku jenis Adam yang asal kejadian dari tongkol tanah……..Isu2 politik membuat kepala ku pusing2.Semuanya kerana politik.


Dah lama aku tak ikuti blog2 politik dan blog2 berpartian.Surat khabar pun aku malu nak baca.Tapi bila aku kerumuni mereka:Meluat ku tak terkira.Mereka tak kenal bangsa sendiri.Menghina dan mengkeji sesama sendiri.Membelasah lintang–pukang.Agama kita tak ajar sebegitu.Tak seperti bangsa lain.Mereka hormat sesama sendiri.Kita dah hilang maruah.Dari atas turun ke bawah.Semuanya kerana kuasa,pangkat dan harta.Parlimen pun dah jadi sarkas.Pada hal penoh dengan YB2.


Aku tak mau tulis panjang2.Kerana banyak buruk dari baiknya.Moga pembaca mudah pahami,dan boleh memperbaiki diri sendiri.Bini2 sendiri.Suami2 sendiri.Anak2 sendiri.Kawan2 sendiri.Dan sesapa saja yang menyendiri.Jangan biar nasi jadi bubur.Jangan biar bubur jadi basi.

Friday, March 19, 2010

OH BANGSA KU (aku update)


OH BANGSA KU ( aku update memoirku ini)

Hang Tuah kata bangsaku tak kan hilang di dunia . Apa maksud sebenarnya kita tak tahu dan aku pun tak tahu . Belum ada cerdik-pandai kupasnya dari berbagai sudut . Yang pandai pun cakap2 begitu saja , tak lah macam mana sangat . Maklumlah orang pandai boleh kata apa saja . Orang yang tak pandai menerimanya saja . Jarang2 boleh mencetuskan minda . Dok di takok lama .Hang Tuah yang bercakap itu pun hilang entah kemana . Katanya di ulu sungai perak . Tak tau di mana matinya , tak tau dimana kuburnya . Periginya ada di Melaka . Diri Hang Tuah pun kita tak tau asal-usulnya . Melayu manakah dia ? Melayu Pattani ke , Melayu Jawa ke , Melayu Bugis ke , Melayu Minang ke , Melayu Peranakan ke , Melayu Aceh ke , atau bermacam2 lagi jenis Melayunya . Melayu Campa ke , Melayu Celup ke , ataupun Melayu perasan saja ke ? Terlalu banyak Melayunya . Tapi masing2 bangga bila di sebut Melayu . Jadi Melayu menjadi wadah yang cukup istemewa .

Bukan senang nak cantumkan berbagai etnik dalam satu acuan yang dinamai Melayu . Bukankah ia satu anugerah yang cukup istemewa dari Allah , pencipta sekalian alam . Semua di panggil Melayu . Orang barat pun tak seperti kita . Orang inggeris dengan inggerisnya , orang perancis dengan perancisnya , jerman dengan jermannya , portugis dengan portugisnya , ireland dengan irelandnya . Terpisah2 jadinya . Mungkin kerana mereka mempunyai negeri tersendiri. Tidak ada pada kita . Kita jadikan Malaysia negeri kita . Dan kita satukan dalam satu bangsa , bangsa Melayu , walaupun kita sedar dari berbagai rumpun .

BERSATU TEGUH , BERCERAI ROBOH

Tuesday, March 16, 2010

"SEMUA" dan "BARU"




“SEMUA “ dan “BARU”


Semasa dalam kereta aku ,ayah Lah dan Shafie berbual panjang tentang hidup dan mati.Tentang dunia dan akhirat.Tentang dosa dan pahala.Banyaklah ceritanya sebelum kami sampai ke Aloq Staq.Dari mulut ayah lah aku dapat satu cerita baru,yang belum pernah lagi aku mendengarnya.Ingin benar berkongsi dengan pembaca blog aku.


Seorang sahabat yang sedang menghadapi maut menyebut kata2 SEMUA dan sekali-sekala menyebut pula kata2 BARU.Sahabat2 yang ada terpinga2 tak memahami kata2 tersebut.


Ringkaskan cerita: akhirnya mereka mendapat penjelasan dari Nabi saw.Sahabat itu sebelum mautnya telah dipamerkan Allah tentang pahala2 kebajikannya.Dia pernah mensedekahkan sedikit hartanya fi sabilillah dan sehelai jubah lama untuk sahabatnya.

Bila melihat pahalanya dia sebutkan SEMUA ( maksudnya mengapakah aku tidak mensedekahkan semua hartanya.).Dan bila melihat pahala jubah lamanya itu dia sebutkan BARU ( maksudnya mengapa tidak aku sedekahkan jubah yang baru).
Moga semua pahami maksudnya.


Wallahuaklam.

Sunday, March 14, 2010

JOM P KEDAH




JOM P KEDAH


Anaknda2 Hanis dan Atikahnr akhirnya selamat sampai ke desa srengenge.Jeha dan Lahuma menunggu mereka sejak 4 petang, kerana mengikut perkiraan masa paling lewat 5 petang pasti sampai.Pukul enam hati kami cukup cemas,mereka belum sampai.Kalau dari Gerik,Perak dalam masa sejam boleh sampai ke srengenge.Panggilan telepon pun gagal.Wah , mereka pompuan dan itulah yang kami bimbang.Juga mereka belum tahu selok-belok jalan ke srengenge.


7.40 deringan telepon menggembirakan kami.

Ayah , kami dah sampai ke Sik.
Dok mana?
Dekat pasar malam.Nak pi kot mana ayah.Ada trafik light kat sini.
Dekat kedai Shahdani kan ?.Dekat dengan kedai farmasi utara.
Ya depan kedai Shahdani.
OK tunggu,ayah pi jemput kat situ.

Depa ni terror .Depa mai ikut laluan lama.Ke Pengkalan Hulu,Baling, Memali dan weng.Jalannya dalam pembinaan.Penuh kerikil2 batu berpanjangan.Berbelas batu jauhnya.Sudah tentu bahu2 mereka tergoncang kerana batu dan lubang jalanan.Binaan baru untuk ke Thailand.Mereka miss junction untuk masuk kelebuhraya Butterworth dan terus ke Sik.Nasib baik depa tak miss junction ke Sik dari Weng.Tidak , lagi lebih 30 kilometer berkerikil dan goncanglah bahu2 mereka…..Dari Weng Ke Sik juga melalui jalan bukit tidak berpenguni.Kalau malam kat situ,susah juga nak memulas steering kereta..Restu dengan doa mereka selamat…alhamdulillah.Cemas aku dengar cerita mereka.Aku tabek spring kat depa.


Kami bercerita panjang.Pukoi 1 pagi baru depa pi nginap bermimpi indah.

Saturday, March 13, 2010

ASSETS DAN LAIBILITIES




ASSETS DAN LAIBILITIES


Perkiraan untung rugi meniti di setiap bibir manusia.Lebih2 lagi dunia perniagaan , kiraannya di utamakan.Kita pun diajarkan muhasabahkan diri.Seeloknya sebelum tidoq.Apa assetnya ,apa laibilitynya.Boleh lepas tu memperbaikinya.Esoknya tidak lagi berulang kecerewetannya,cuba tambahkan kemanufaatannya.


Yang paling utamanya biarlah anak2 kita menjadi asset kepada kita.Nanti dalam kubur pahala sedia datang.Jangan jadikan mereka liability.Dosa akan mengganas,kubur menghimpit kita.Anak yang soleh membawa nikmat kepada si mati.Anak durhaka memusnahkan hidup di akhirat.Si bapa dan si ibu menanggung segala bebanan , terluka yang membawa hidup akhirat lara.Kita yang masih hidup patut memberi asset kepada ibu-bapa kita yang sudah mati.Lepas itu giliran anak2 kita pabila kita mati nanti.Biar berpanjangan turun temurun.Satu saham yang cukup bermakna.Idamkan hidup bermakna di dunia dan diakhirat……Amiiinnn.


Aku dah memahami ikatan salitulrahim membawa banyak berkat.Dan aku dapat merasainya sejak akhir2 ni.Dan aku sayugianya mengsyukuri bimbingan Allah di hari2 akhir hidup ku….alhamdulillah.


Pada petangnya dan semalamannya hujan mula turun.Memberi erti yang cukup bermakna,kerana akhir ni panasnya cukup membara.Pagi ni ku dapati kuntum2 durian dah ada yang mengembang dan ada reranting stigmanya menyembah kebumi kerana syukur.Bolehlah Hanis,Atikah,KakS,Abang Megat berasa lega sikit berada di srengenge.Itulah juga keberekatan yang boleh kita perhitongkan.Sayangnya ijoismart tak dapat mai.Tapi beliau juga ada jalinan salitulrahim dengan keluarga sebelah isterinya.Moga ijoi juga mendapat keberekatan Allah.



SONATA ANAK KANCIL

Didoakan semoga anaknda sonata yang dah berjaya menjalani laser operation cepat semboh.


Sama2lah kita kejar duniawi untuk akhirat.

Friday, March 12, 2010

SELAMAT DATANG....SELAMAT DALAM PERJALANAN


SELAMAT DATANG DAN SELAMAT DALAM PERJALANAN


Esok sabtu 13 mac Hanis dan Atikah akan datang ke dangau Jeha dan Lahuma.Dengan sukacitanya kami menunggu ketibaan mereka.Kak S dan Abang Megat juga akan datang .Ijoismart dan keluarga yang pada mula akan datang terpaksa membatalkan rancangan mereka.Keluarganya dari Selayang datang ke rumahnya di SP.


Hanis dan Atikah akan bermalam di srengenge homestay.Kak S dan Abang Megat pun tak keberatan bermalam disini.Jeha dan Lahuma cukup berbangga membina keluarga yang besar.Memang dituntut oleh agama kita.Aku doakan semoga mereka dapat mimpi indah semasa bermalam di srengenge.Semoga perjalanan mereka juga selamat.













PARENTS KENA BANYAK SABARNYA

Luqman Hakim belum lagi bersekolah.


Ini wajah Abdullah Azam.Very tolerant.Very obidient.Cita2nya nak jadi towkey sayur.Dia sendiri pun macam aku ,suka makan sayur.Petai boleh makan mentah2.Ikan pekasam ,phooooh boleh balon dia.



Ini pula Abdul Fatah.Belum habis edah kenakalan kanak2nya.Ambitionnya cukup tinggi.Lagaknya juga extraordinary.Macam anak jutawan.Dia juga bercita2 begitu.Kanak2 sekarang begitulah,kerana dunia mempamerkan ciri2 kehebatannya.Itu semua membuat parents jadi susah.Parents terpaksa bekerja lebih keras.






SPM 2009


Dengan nama Allah , 99 semuanya.


Tahniah pada semua anak2 rakan yang berjaya dalam peperiksaan SPM.Kalau ada rintangan tertentu dalam mengejar ilmu harap boleh bersabar.Ketentuan Allah kita tak dapat trace.Doa banyak2.Aku dah lalui semua itu.Kekadang kita sangka baik,tapi sebalik yang berlaku.Sebegitu juga kita sangka tak baik,tapi sebenarnya baik.


Kini cuma aku dok pikiaq pasai cucu2 pula.Mereka juga mempunyai impian2 tersendiri.Kita turuti saja sambil memohon kepada Allah.Selain Mahadi ada dua orang lagi masih di bangku sekolah.Abdullah Azam dan Abdul Fatah.Gambar diatas melukiskan watak2 tersendiri.Aku selalu kata kat depa ‘shoot high’.Agama comes first.Insyaallah.My dream is success dunia dan akhirat.


Wassalam.



Thursday, March 11, 2010

TETIBA KEHENDAK JADI SEIRING





Menikmati mee RSJ bersama cucunda Mahadi.Aku panggil dia ustaz,kerana begitulah cita2nya dan harapanku.





TETIBA KEHENDAK JADI SEIRING


Dengan nama Allah, 99 semuanya.


Hari yang berlalu dan hari yang berganti.Yang pi tetap pi,yang mai tetap sampai pada paginya.Dari dulu hingga kininya.Kerana terbiasa manusia jadi kurang pedulinya.Lupa bahawa itu semua dari Illahi.Disuap dengan berbagai nikmat dan rahmat,hati kecil jadi degil.Keras macam batu.Macam juga umat2 dahulu,dari namrud ke firaun.Sama juga haman dan qorun.Seperti tu juga abu jahal,abu lahab.Umat kini pun bukan sedikit jadinya.Toleh kiri dan kanan,depan belakang.Ada2 saja kefiraunan,kenamrudan,kehamanan,ke qorunan,jahalan dan lahabannya.


Tak semena2 aku teringat pada cucu ku Muhammad Mahadi.Dah 4 purnama berselang tak melihatnya.Dengan kurniaan Allah tetiba saja Mahadi muncul di depan ku.Kehendak ku dan kehendaknya jadi seiring.Mahadi pun teringat pada tok wannya.Allah memberi laluan yang mudah untuk bertemu.Satu malam dia tidoq dengan tok wannya.Membuat kami berdua hilang kerindu-rinduan sesama.Kegemarannya ialah mee berkuah.Dan itulah yang disediakan oleh atuk pompuannya.Cuba lihat gambar tu.Resepi yang sama disediakan untuk CL,Nazir,ijoismart (bersama keluarga),ayah zain( bersama keluarga),Kak Shidah/Abg Zacks(bersama keluarga),Kak S dan Abg Megat.Ikut ayah jamu benda yang sama.Biar adil.Rakan2 semua di jemput,syaratnya telefon dulu.Kalau tidak melepas.


Hanis dan Atikah dan geng akan mai ke rumah Jeha dan Lahuma hari sabtu 13hb Mac.SELAMAT DATANG. Membuat Jeha dan Lahuma bertambah sihat dan cergas,insyaalah.Menjalinkan salitulrahim adalah penawar untuk jasad dan rohani.Kak S/Abg Megat/ijoismart…semua ni orang dekat.Tentu boleh mai tengok anak2 dara dari jauh.Di jemput semua,sila telepon,nak buat budget.Anaknda CL boleh mai kot.Zam2 ala kazam.


Doakan mereka semua selamat dalam perjalanan.



Wassaalam.

Wednesday, March 10, 2010

HEAD-OFFICE PDKM DI MAKKAH


GAMBAR TU: DI SEBELAH KIRI,TINGKAT 12 ROOM NO 5.DI LIHAT DARI PINTU GATE UTAMA MASJIDIL HARAM.
Dengan nama Allah,99 semuanya.


IBU-PEJABAT PDKM DI MAKKAH


Suhu hari ni juga cukup tinggi,macam hari Ayah Zain,Abg Zacks,Kak Shida,Mrs Zain bersama keluarga mereka datang ke rumah Leha dan Lahuma.Gelisah aku dibuatnya.Selagi berada di rumah,panas turut menggigit setiap bulu roma.Menusok2 menerusi lubang2 kecil yang mengeluarkan peluh.Bintik2 kecil air peluh menerjah keluar, sedikit menurunkan suhu yang melekat di kulit.Angin di sianghari juga lokek menghembus,membikinkan suasana kering bertambah kering.Orang tua seperti Lahuma tak dapat bertahan.Lahuma terpaksa melanggah air berbotol2.Dan terpaksa berjam2 duduk di bawah lindongan bayangan pokok durian yang rimbun.Dunia jadi sepi sesepinya: tiada beburung,tiada tetupai , tiada apa saja kehidupan yang menetap di daerah ku.Cuma sekali-sekali deruman lori melintasi srengenge terdengar.


Bila petang jam hampir 7 petang aku mula serve internet.Aku seperti biasa menerjah ke Makkah dulu.Menikmati lagu latar yang penuh syahdu.Tak dapat ku nangisi,tapi kalau Kaabah ada di depan ku,bisa saja aku menangis.Dari satu negeri ke negeri lain aku menerjah.Macam2 cerita.Macam2 suasananya.Hati ku juga jadi bermacam2.Macam2 ada.Alhamdulillah aku terserempak dengan sekeping photo menunjukkan ibu-pejabat PDKM di Makkah.Aku mengjengok ke tingkat 12 di bilik No.5.Aku cuma dapat melihat bayangan pejabat.Tuannya mungkin dah turun ke MH.Berada di depan Multazam,insyaallah sedang bermunajat dan berdoa untuk kita semua….Aminnnnn.


Dari kami di Malaysia,syukran,syukran,syukran.Dari kami doanya supaya selamat dan senang.
Wassalam.

Tuesday, March 9, 2010

DEEP SEA LIFE




Dengan nama Allah,99 semuanya.
Cantik dan menakjubkan.Ni baru jumpa di dasar laut.Masyaallah.Bagaimana pula nikmat2 di surga nanti.Tak akan terlintas di hati kita.
N3 ni cuma nak minta perhatian dari anaknda Nazir elaborate sikit tentang benda ni.Boleh lah kita berkongsi ilmu.
Wassalam.

Monday, March 8, 2010

MESTI ITULAH CARANYA


METHOLOGINYA

Dengan nama Allah,99 semuanya.


Berbanding semalam,hari ini aku sehari terdekat dengan lubang kubur.Kita hidup di dunia tapi jangan terpedaya dengan dunia.Kerana dunia ini cuma mimpi kosong,kalau tidak ikut landasan Islam.Dunia cukup attractive dan mudah sangat menggoda kita.


Di dunia kena selalu ingat tentang jalan-jalan dilalui.Bila dah ada jalannya kena tau pula cara nak berjalan.Cara berjalan kekadangnya membawa padah,kalau tak ikut cara Islam.Tanpa cara yang benar kita mudah tersesat.Jangan tenggelam dengan glamour di dunia.Glamour dunia ialah gelaran yang sementara.Hubaya2,elakkan dari tertipu di dunia ini.Kemahuan kita perlu dibuat ikut syariat.Jangan ikut teks,tapi ikut contextnya.


Dalam surah Al-Waqiah,Allah berfirman bahawa ada dua golongan manusia.Ada golongan tinggi.Ada golongan rendah.Di dunia pun ada.Di akhirat juga adanya.Tak semestinya pangkat tinggi di dunia membawa sampai ke akhirat.Firaun,Haman dan Qorun tak boleh membawa pangkat mereka ke akhirat.Begitu juga Namrud dan Abu Jahal,Abu Lahab.Mereka memiliki pangkat rendah di akhirat.Cuma para2 Nabi mengekalkan pangkat2 mereka.Jadi jangan perasan dengan pangkat2 , kalau tidak pandai mengikut syariat Allah.Kejarlah pangkat yang diredhoi Allah.


Wallahuaklam.

Sunday, March 7, 2010

ANAK2 ANGKAT CIKLIE (CL) DI RUMAH GEMILANG















GAMBAR2 DI ATAS IALAH SEBAHAGIAN DARI ANAK2 ANGKAT CL DI RUMAH GEMILANG ,BANGGOL DERDAP ,SIK.


MEREKA SEDANG MERAIKAN NAIB PENGERUSI RUMAH GEMILANG ( DATUK DR. HAJI ABDUL RAZAK HAJI KECIK.....berbaju merah) YANG BARU2 NI MENERIMA ANUGERAH TOKOH MAULIDUR RASUL DI PERINGKAT KEBANGSAAN DI KUALA LUMPUR.


SEMUA AJK HADZIR DALAM MAJLIS TERSEBUT.