Saturday, March 20, 2010

BANGSA KU LAGI


BANGSA KU DALAM GELABAH


Walaupun baru ni panas menggigit rasa,tapi tak lah aku mudah bengis.Tak ada tension menggugat selesaan.Tapi sehari dua ni aku tak tahan lagi , membengis setiap ketika.Rasa nak marah2 seolah aku ni ada menopause.Walhal aku bukannya berjantina hawa.Aku jenis Adam yang asal kejadian dari tongkol tanah……..Isu2 politik membuat kepala ku pusing2.Semuanya kerana politik.


Dah lama aku tak ikuti blog2 politik dan blog2 berpartian.Surat khabar pun aku malu nak baca.Tapi bila aku kerumuni mereka:Meluat ku tak terkira.Mereka tak kenal bangsa sendiri.Menghina dan mengkeji sesama sendiri.Membelasah lintang–pukang.Agama kita tak ajar sebegitu.Tak seperti bangsa lain.Mereka hormat sesama sendiri.Kita dah hilang maruah.Dari atas turun ke bawah.Semuanya kerana kuasa,pangkat dan harta.Parlimen pun dah jadi sarkas.Pada hal penoh dengan YB2.


Aku tak mau tulis panjang2.Kerana banyak buruk dari baiknya.Moga pembaca mudah pahami,dan boleh memperbaiki diri sendiri.Bini2 sendiri.Suami2 sendiri.Anak2 sendiri.Kawan2 sendiri.Dan sesapa saja yang menyendiri.Jangan biar nasi jadi bubur.Jangan biar bubur jadi basi.

5 comments:

My Life said...

salam ayahnda

ayah sihat?
ambik tempat dulu.. hehehhe

atuk said...

Assalamualaikum Ayahanda

Oh pemimpin Melayu
ikutilah kepimpinan Rasulullah,
semasa wafat, tiada harta untuk dipusakakan
pemimpin sekarang!!!

wahai bangsa ku,
pilihlah pemimpin yg ingin menegakan ajaran Al Quran dan mengikut sunah

Wassalam

mama ju said...

Salam AYAHANDA
Moga dalam kesejahteraan dan aman.

Ayahanda tu confirm tak pernah marah..nampak cool je...buatlah yang terbaik..
Salam takzim.

Rosma Majidee said...

salam ayahanda,

Dlm tugas saya, saya byk berurusan dgn VIPs. Ada yg berbudi bahasa tapi ada juga yg tidak. yg menyedihkan saya, biasanya yg berbudi bahasa itu ialah bangsa bukan melayu. Yg kurang pula ialah yg Melayu. Tak faham, kenapa boleh terbalik mcm ni.

KAMATO said...

salam ayahanda, saya pun pelik, parlimen dijadikan tempat membocor rahsia, dimana integriti diri, sudah kah mereka lupa dosa dah pahala, yg menyedihkan semua bangsa kita