Thursday, March 11, 2010

TETIBA KEHENDAK JADI SEIRING





Menikmati mee RSJ bersama cucunda Mahadi.Aku panggil dia ustaz,kerana begitulah cita2nya dan harapanku.





TETIBA KEHENDAK JADI SEIRING


Dengan nama Allah, 99 semuanya.


Hari yang berlalu dan hari yang berganti.Yang pi tetap pi,yang mai tetap sampai pada paginya.Dari dulu hingga kininya.Kerana terbiasa manusia jadi kurang pedulinya.Lupa bahawa itu semua dari Illahi.Disuap dengan berbagai nikmat dan rahmat,hati kecil jadi degil.Keras macam batu.Macam juga umat2 dahulu,dari namrud ke firaun.Sama juga haman dan qorun.Seperti tu juga abu jahal,abu lahab.Umat kini pun bukan sedikit jadinya.Toleh kiri dan kanan,depan belakang.Ada2 saja kefiraunan,kenamrudan,kehamanan,ke qorunan,jahalan dan lahabannya.


Tak semena2 aku teringat pada cucu ku Muhammad Mahadi.Dah 4 purnama berselang tak melihatnya.Dengan kurniaan Allah tetiba saja Mahadi muncul di depan ku.Kehendak ku dan kehendaknya jadi seiring.Mahadi pun teringat pada tok wannya.Allah memberi laluan yang mudah untuk bertemu.Satu malam dia tidoq dengan tok wannya.Membuat kami berdua hilang kerindu-rinduan sesama.Kegemarannya ialah mee berkuah.Dan itulah yang disediakan oleh atuk pompuannya.Cuba lihat gambar tu.Resepi yang sama disediakan untuk CL,Nazir,ijoismart (bersama keluarga),ayah zain( bersama keluarga),Kak Shidah/Abg Zacks(bersama keluarga),Kak S dan Abg Megat.Ikut ayah jamu benda yang sama.Biar adil.Rakan2 semua di jemput,syaratnya telefon dulu.Kalau tidak melepas.


Hanis dan Atikah dan geng akan mai ke rumah Jeha dan Lahuma hari sabtu 13hb Mac.SELAMAT DATANG. Membuat Jeha dan Lahuma bertambah sihat dan cergas,insyaalah.Menjalinkan salitulrahim adalah penawar untuk jasad dan rohani.Kak S/Abg Megat/ijoismart…semua ni orang dekat.Tentu boleh mai tengok anak2 dara dari jauh.Di jemput semua,sila telepon,nak buat budget.Anaknda CL boleh mai kot.Zam2 ala kazam.


Doakan mereka semua selamat dalam perjalanan.



Wassaalam.

11 comments:

shami2 said...

Salam ayahanda dan bonda

Sedapnya nampak mee berkuah...suatu hari akan hadir kesana jugak....hehehh

sihat cucunya...heheh bestkan ada tokwan dan tok ya adik...

cuti sekolah ni anakanda tak balik kedah..sebab along yang balik ke KL....dia rindu pada kawan2 kat rawang ni ..kawan2 dia pun rindukan dia jugak...hehhehe

Atikah said...

salam Ayahanda,

InsyaAllah, jumpa ayahnda dan bonda 13 mac nanti... Terima kasih sudi menerima kedatangan kami ke teratak ayahanda... Doakan moga perjanalanan kami selamat dan dipermudahkan olehNya....

manzlie said...

salam ayah...

melihat mee dah kuih udang tuh duk teringat masa p rumah ayah dulu..bestnyer mak masak mee rebus tuhh

salam sayang kat mak dan anak anak gemilang


waslam

My Life said...

salam
ayah dan mak..

sedapnya mee berkuah tu

rezeki said...

salam ayahanda

sihat cucu ayahanda, semoga hajatnya nak jadi ustaz tercapai

insyallah

ijoismart said...

Salam ayahanda dan bonda

Depa sampai kul berapa, ayah? Teringin juga nak jumpa dgn depa tu... Sebelah pagi kami dok p kursus haji, tapi nak tau juga waktu depa sampai, mana tau ada kesempatan kami p rumah ayah juga2. Rindu juga ni.

NGINAP SRENGENGE said...

salam anaknda semua,
shami2
Atikah
CL
Mylife
rezeki
ijoismart

ijoi,insyaallah depa akan sampai petang.Malam depa tidoq di srengenge homestay.Moga terjahan mereka selamat juga terjahan ijoi.

Wassalam.

ijoismart said...

Salam ayah

Alhamdulillah. Salam dengan mak.

ainhany said...

salam ayhda

syukur terubat rindu ayhde pada ustaz muda ni>>:) jgn kecewakan harapan wan tu tau:)

selamat melayan tetamu jauh...insya allah ade kesempatan nak p juga nnti
salam syg buat mak.

NGINAP SRENGENGE said...

salam anaknda ainhany,

Datanglah,rumah usang ayah/mak sentiasa pintunya terbuka.

Rumah asal binaan mulanya tahun 1965,tambah sikit2 sana dan sini.

Mai ooi cheq mai,mai kenegeri kedah.

wassalam.

ijoismart said...

Salam ayahanda

Kami tak dpt p sbb kena p Penang bersama2 pengantin dari Selayang(sepupu isteri). Sy pun lupa masa hantar post, isteri ingatkan. Pas tu depa nak balik Spg 4, Prlis, tiduq rumah kami pula.