Tuesday, March 30, 2010

KOPI O,PULUT KUKUIH,IKAN TAMBAN KERING plus IKAN PEKASAM


Ni pulut harumanis orang Perlis.Abang Megat memang ariff,dia tinggal dekat sempadan Perlis.



Ni ikan pekasam aku beli dekat Jeniang,di Sungai Perahu.Mak Nah memang pakar buat ikan pekasam.Atikah dan Hanis dah rasanya.


Ni pula nyiok kukur.Peruoi saja atas nasik.


KOPI O,NASIK PULUT KUKUIH & IKAN TAMBAN KERING plus ikan pekasam


Sejak kecil2 dulu sarapan pagi aku sekeluarga ialah kopi O minum bersama dengan nasi pulut di tabur dengan nyior ( di kukur) dan ikan tamban masin di goreng. Dulu kami banyak tanam padi pulut . Beras pulut padi huma lagi sedap . Dulu padi diketam ,dihirek,dijemor dan kemudian baru ditumbuk dengan mengguna lesong kaki. Aroma nasi pulut dulu dan tamban goreng dulu dah lama hilang . Mustahil nak dapat rasa kembali......Aku suruh Mak wan aku cuba sediakan resepi tersebut pada satu pagi ( hari2 terakhir ni) . Kebetulan di pagi itu 2 orang anak muda mai ke rumah aku. Depa dapat merasa kopi O tumbuk,aku jamu pulut susu dan ikan tamban masin bersisek digoreng.Ada lauk tambahan,iaitu ikan pekasam ( ini aku beli semasa Atikah dan Hanis mai hari tu) .Aku kukur nyior separoh tua..........kami berempat orang balon habis licin.........budak2 tu kata sedap makan makanan orang zaman dulu ..........aku bagi tau depa bahawa zaman dulu sedap semuanya....tak macam la ni .......la ni zaman fasik........zaman kecoh.....depa akui cukup kecoh ( depa beri tau kekecohan politik sekarang ........depa cerita bekas menteri raba pungkur dan sebagainya)......aku dengar saja supaya mereka cerita banyak lagi kerana mereka tak pandai menulis dalam blog....aku rasa puas melayan mereka,kerana mereka perihatin terhadap isu-isu semasa.........
Rasa balik modal jamu depa pulut nyior kukur dengan ikan pekasam dan ikan tamban masin bersama kopi O.
Tak rasa terlior ke ?

9 comments:

Hanis said...

Salam ayah,

Memang sedap sangat ikan pekasam tu...boleh meratah camtu sahaja...ibu pon dok kata sedap pekasam tu...emmmmm sedappppnyaaa

Ayah Zain said...

Salam Ayahanda,

wow ayahanda tergoda juga dengan menu-menu yer. yer ler dah semua crita pasal makanan kan?

tapi memnag betullah ayahana az dah terlupa kat ikan tamban goreng ni. mak datok terlioq abih ni.

dulu masa kecil2 ikan masin lah hidangan utama, mana ada peti sejuk masa tu kan?
sekarang ada ikan sepat kering jer. ikan cekek leher, ikan belanak kering pun dah jarang di temui.

best ha anak dara tuh brsarapan pagi lagu tuh. ni yang tak sabaq nak ke rumah ayahanda ni. kalau dekat .......

psst: sempat juga sentuh hal politik heheh. patutnya kita mengambil sifat tong sampah kan? yang buruk-buruk hal orang tu kita simpan aje. Dah tak ingat akhirat depa tuh.

Anonymous said...

Salam tuan,

Seperti kata tuan,saya tabik spring kepada pelakon2 Puteri Di Alam Rimba diatas keberanian dan kegigihan mereka meredah hutan kerana semalam saya dan anak2 berkesmpatan ke Sik melalui Kulim,Baling,Memali,Tanjung Pari.Kg Melaka,Gulau.Nami ,Lubuk Merbau.Beris,Kg Chong Paya terendam dan Sik.Walaupun perjalanan disiang hari dan menggunakankenderaan 4wd,saya akui ia satu perjalanan yang mendebarkan.Di Sik sempat membeli 4 bungkus ikan pekasam di Kedai Rokiah (depan Klinik) untuk anak bawa balik ka Kajang. Maaf tak sempat ke Banggol Derdap.Sehingga bertemu lagi..

Ummi Humaira said...

salam ayahanda..

mak aiii , terkenang semula diwaktu dulu ,masa kecik2 selalu makan benda2 tu , tp la ni kena kurang gak makan , pasai ,bila makan lebih sikit ikan masin , kepala mula la pening ,

Anonymous said...

Tuan,

Semasa di Baling sempat menjamu selera di kedai Ikan Bakar yang terletak dipinggir pekan Baling ,jalan ke Keroh bersebelahan Bengkel Kereta Ramli.Berbagai jenis ikan bakar,ulaman kampung dan sos cicahan termasuk " a lawa ".Memang sedap dengan service dan parking yang memuaskan.

Rozali said...

Assalamualaikum Ayahanda

memang teliur

anak muada sekarang sudah ramai yg perihatin hal2 semasa

Wassalam

Atikah said...

Salam Ayah,

Bestnya... pulut makan ngan ikan pekasam.... Ikan pekasam tu memang sedap...

shami2 said...

Salam ayahanda bonda

Sedap menu sarapan tu..teringat masa kecik duduk kg dengan to & tuk wan..itulah sarapan pagi..kami..
Pulut santan buah cempedak
Pulut santan buah durian, mempelam harim manis...
Pulut ikan kering
Masa dulu tuk ngan tuk wan upah orang Pattani tanam padi..ada 8-10 orang mai duduk rumah ...depa rajin, tak tinggai solat...itulah sarapan pagi yg mak dan tuk buat....tapi itu semua tinggai kenangan..tuk dan tuk wan pun dah kembali kerahmatullah....al fatihah untuk mereka berdua...

mama ju, said...

Salam ayahanda

terliuk ...rasa nak terbang ke sik!