Monday, March 29, 2010

PUTERI D ALAM RIMBA...EPISODE KE-2


PUTERI DI ALAM RIMBA
Episode Kedua


Dengan nama Allah,99 semuanya


Dulu Baling sunyi sesunyinya.Tiada letrik,gelap gelita.Bila2 masa boleh bersua dengan Chin Peng.Di sini juga Chin Peng keluar bersemuka dengan YM Tengku Abd.Rahman.Di persekitaran inilah pengganas merampas dan membunuh.Berapa banyak bas dan lori di bakar.Baling boleh menggegar bila2 masa.1974 puluhan ribuan penduduknya tunjuk perasaan kerana lapar.Harga getah turun bawah 20 sen.Musa Hitam mantan TPM di ejek dengan biadap bila turun dari heli di Baling.Mereka turunkan bendera dan naikkan ubi gadung sebesar bakul,untuk menunjukkan itulah makanan rakyat.Kalau Hanis dan Atikah berada di situ ,mereka akan pucat-lesi.Bila sampai di Baling mereka miss lagi jalan mudah melalui Parit Panjang,tapi terus mengambil jalan Tanjung Pari.Mereka akan bersua dengan Memali dan juga Weng.Dan sebelumnya ialah Bongor dan Siong.Pokok bongor menyetus seseraman.Ada kisahnya tersendiri.Siong ialah tempat Raja Bersiong mencabut siongnya.Ngeri juga peristiwanya.Cuba baca legenda Raja Bersiong.



Jalan itu dulu di kawasan hitam sehitamnya.Pukul 5 tak sapa berani melintasinya.Waktu malam orang kampong lari masok belukar.Kerana takut pada penyamun2 yang mengganas.Dalam tahun 1986/7 beribu2 askar dan polis ada di sepanjang jalan.Mereka memburu Al-syahid Ibrahim Libya.Al-syahid ,anak tempatan,pernah bertugas di jabatan perdana menteri.Tembak menembak berlaku.14 orang kumpulan Ibrahim Libya mati di bunuh….Al-fatihah.Bertahun2 Memali bergolak dan sampai hari ni kes Memali belum lagi selesai.Yang terlibat dengan kes itu pun banyak dah mati.Anak2 kecil arwah pun semua dah dewasa.Janda2 muda pun dah jadi tua kerepot.Memali dilupai begitu saja.Semacam juga kes2 orang di Pattani. Semacam juga kes2 di Palestin. Kes2 ini akan bangkit semula di akhirat.Di sana baru boleh tengok keadilan.Dunia tak boleh berikan keadilan,kerana kedurjanaan manusia.Manusia lemah,manusia kurang martabatnya,kecuali para2 nabi dan kekasih2 Allah.Akhir2 ini manusia lebih hapraknya.Siasatlah apa saja,haprak tetap unggul.Sikit saja tinggal manusia tulin.


Weng dekat dengan sempadan Thailand.Dulu tempat persembunyian komunis.Hari2 bom di lempar oleh kapalterbang.Rakyat hidup cukup susah,cukup sengsara.Bukit2 di banjaran Gunung Bintang ni penuh dengan ahli bintang-tiga.Sekarang jalan baru dibuat untuk sambung ke Durian Burung ke Thailand.Jalan panjang berkerikil batu.Jalan inilah menggoncang bahu2 Hanis dan Atikah.Alhamdulillah kereta Hanis juga lasak macam dirinya.Line telepon tak ada.Payah lah nak berhubung melalui alam maya.Alhamdulillah mereka boleh melepasi tahap keduanya.


Bersambung,ikutilah seterusnya.

3 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ayahanda

Taniah Hanis n Atikah
melepasi halangan yg berliku

Wassalam

Hanis said...

salam ayah,

Ya Allah....syukur sgt kami selamat...ngerinya bila mengetahui cerita kawasan2 yg dilalui tu.....

Atikah said...

Salam Ayah...

betul kata hanis tu.. ngeri bila mengetahui cerita di kawasan yang kami lalui... Alhamdulilah... Allah melindungi kami...