Monday, March 29, 2010

PUTERI D ALAM RIMBA......EPISODE KE-3


PUTERI DI ALAM RIMBA
Episode Ketiga


Dengan nama Allah,99 semuanya



Selepas weng mereka miss lagi simpang ke destinasi.Dah tiga kali depa ni miss jalan.Nasib baik depa tak ambil simpang ke Ulu Legong.Ulu Legong ialah pinggiran Thailand.Boleh dengar ayam berkokok di sempadan negeri Thai. Dulu seram juga di sini.Ada dewan Parlimen hantu raya dan pari2.Juga medan pertarungan binatang2 liar. Sekarang tempat bersantai mandi air-panas.Mereka tuju jalan betul.Tapi mereka terus ke Tanjung Pari.Goncang bahu kiri kanan,jalannya kerikil batu2 kecil.


Tanjung Pari,namanya juga seram bulu roma.Pari2 ialah makhluk halus yang boleh menjelma bila2 masa.Hampir maghrib mereka berada di situ.Terlajak hampir 15 kilometer.Mungkin mereka dapat pertolongan dari ‘pari2 ‘ di situ,supaya gostan balik.Ambil jalan Bukit Sebelah .Itu jalan betul . Tapi Jalan itu tak ada manusia .Tiada ada rumah orang.Tiada orang yang lalu lalang waktu malam.Yang ada rimba,kebun2 getah.Jalannya juga macam ular kena bedal.Bengkang-bengkok.Ada juga cerita2 ngeri berlaku di situ.Pelbagai penjelemaan.Ada orang bertemu gerai2 makan di tepi jalan pada waktu malam.Sebenarnya tiada pun gerai2 kat situ.Cuma hutan tebal dan kebun getah.Paling bimbang takut hujan dan ribut.Pokok balak boleh tumbang merintangi jalan.Semalaman lah di situ.Malam menjamu nyamok dan pacat.Boleh juga berjumpa langsuyar.Nenek kebayan pun pernah cerita ditemui orang .Malam hingga ke pagi kabus cukup tebal.Penglihatan terhindar dalam jarak yang dekat.Kalau berlaku,malamnya akan bertambah malam.Dan masa akan terasa lambat bergerak.Jenoh tunggu nak sampai ke siangnya.Kalau nangis sapa nak dengar.Kalau apa pun , sapa boleh tolong.Cuma panjatkan permohonan pada Allah.Masa beginilah baru nampak kehebatan Allah.Kalau ingat Allah.Allah ingat pada kita.


Akhirnya mereka sampai di sebuah pekan yang mereka pun tak tau.Sebelum tu melalui Bendang Man,Chepir,Kampong Dusun.Itulah pekan Sik.Baru dengar deringan telepon.Aku datang menjemput mereka jam 8 malam di depan kedai Farmasi Utara.Gedebuk-gedebak dalam jantung makin ringan denyutannya.Melihat mereka ceria membuat rasa hening,tapi sayu mendendam rasa.Dan pilu mendendam jiwa.Bukan kerana apa,tapi kerana mereka pompuan.Kerana dunia mempunyai banyak kerenahnya.Dunia yang dah hilang martabatnya,darjatnya dan kewibawaannya.Kepalsuannya berada disetiap detik dan ketika.Dunia di saat penghujungnya.Dunia itu fana.


Mereka boleh bernafas lega selepas membaca coretan ini…..alhamdulillah


Begitulah sepintas pandang.Begitulah sepercik kegelisahan.Begitulah .Semua kejadian ada di tangan Nya.

TAMMAT


P/S

1.Kalau berjalan dalam grup,pastikan ada 3 orang paling minima.
2.Grup pompuan kena ada juga orang jenis Adam.
3.Pahami route yang di tuju.
4.Kalau ragu2,berhenti tanya orang.sebaiknya orang berada di masjid .
5.Sparekan sebuah torchlight dalam kereta.Dalam kereta Hanis saya dapati tiada.

Ya Allah berilah kami KESELAMATAN & KESENANGAN di dunia dan di akhirat.


6 comments:

mama ju, said...

Salam ayahanda

Berdebar2 baca ketiga-tiga N3 ayahanda ni...Ya mama ada baca sejarah lama ni...

Alhamdulillah mereka ok...

Rozali said...

Assalamualaikum Ayahanda

Setiap yg sukar/payah akan melahirkan sesuatu kenanggan yg mendalam serta hasil yg tidak diduga

Wassalam

Ayah Zain said...

Salam Ayahanda,

itulah adventures namanya, mereka akan ingat sampai ke mati tuh. nasib baik petrol mereka tak kosong, kalau idak macam mana tuh? hanya Allah yang dapat membantunya. Alhamdulillah akhirnya sampai juga ke destinasi.

Hanis said...

salam,
Ya Allah..meremang bulu roma hanis membaca cerita2 ayah nie...

ayah..tochlight ada kat dalam bonet kereta....huhuhuh....ngeriiii

Atikah said...

Salam Ayah,

Ya Allah... ngerinya kawasan yang kami lalui... Alhamdulilah, Puteri Rimba dilindungi... selamat tiba destinasi dituju walaupun berliku dan pelbagai rasa menjadi satu.. kenangan itu akan menjadi kenangan indah buat kami juga satu pengajara... Terima kasih atas nasihat ayah... Insyaallah, di lain masa aturan yang ayah cadangkan akan kami ikuti...

salam sayang buat ayah, mak dan adik...

S said...

salam,

satu pengalaman yg tak munkin dilupakan dan akan tercatat dalam lipatan sejarah anak bandar yh tak biasa hidup dikampung dan rimba.

Alhambulillah... niat yg ikhlas serta doa ayah n mak menyelamtkan mereka berdua serikandi.