Wednesday, March 31, 2010

OBESITY,BABI DAN LIDAH


OBESITY,BABI DAN LIDAH



Obesity ialah penyakit rakyat Malaysia.Majoriti boroi2 belaka.Sejak kecil dah ada yang boroi.Katanya itulah kemewahan.Kemewahan membawa padah. Peratusan yang mengidap kencing manis dan darah tinggi cukup tinggi.Kalau dihimpun dah sampai mengjangkau terkeluar orbit.Perut semua terik2 belaka , buncit macam tempayan budu.Buncit terik mengening,Kalau di jentik bunyi macam A minor : teng,teng,teng.Negara kita mewah.Ada banyak makanan.Nak makan apa saja , macam2 ada.


Babi cukup banyak.Tiap2 malam aku terpaksa hambat babi.Babi dah mula masok kampong.Orang bukan Islam pun dah kurang makan babi.Pasai tu depa tak mai pasang perangkap.Kami panggil chiding.Aku perhatikan babi pun buncit2 perutnya.Kalau jentik mungkin bunyi b flat.Perut sarat mengening.Ibu babi boleh mengandung berbelas ekor anak.Babi makan apa saja.Lagi busuk cukup berselera dia.Terlampau nak marah kat babi.Senang saja,Cuma maki babi.Kawan ku seorang berbangsa Cina , tak marah kalau aku sebutkan dia gemok macam babi.Tapi orang Melayu jangan.Dia akan belasah kita.Orang Melayu cukup pantang dengan babi.Tapi ada juga orang Melayu mengidap penyakit gila babi.Gila babi bukan saja ditujukan pada penyakit , tapi juga pada keadaan2 tertentu , suasana tertentu ,pada isu2 yang tak senonoh. Kita sebutkan juga gila babi.Waktu harga minyak naik dulu ,aku dapati ada orang sebutkan ‘minyak naik,gila babi sungguh’. Lain2 ungkapan ,’gila babi punya kerja’ , ‘ musim gila babi’ , ‘harga naik bergila babi’ dan lain2 yang lebih kotor dan tak perlu aku sebutkan.Kita harus kurang bercakap sekarang , kerana dengan banyak bercakap kita akan membabi bahasa kita . Nak kena memartabatkan bahasa supaya bahasa di lihat indah. Biar merah macam buah saga.
Kita boleh berbahasa dengan adanya lidah. Dan lidahlah yang membuat banyak dosa.Kena kawal lidah kerana ia cukup berbisa . Ia lembek dan tidak bertulang . Dalam dewan ,dalam parlimen , lidah cukup ganas dan bermaharajalela.Semua itu akan tercatat dalam buku amalan kita . Rugilah mereka2 yang segala ucapan tergelincir dari lunas2 kemanusiaan. Sekarang depa bangga,tapi nanti mereka akan melihat kerugian yang nyata. Kerana banyak bercakap,banyaklah salahnya. Banyak salah , banyaklah dosanya. Banyak dosa , nerakalah tempatnya……nauzubillah.

7 comments:

ijoi said...

Salam ayahanda

Ekoran dari obesiti, penyakit 3 serangkai pun dok mari

Azima said...

Salam Ayahanda...

Diam itu lebih baik kan ayahahda..dan bercakap benda2 yg penting dan berfaedah aje..jgn dok melaluk tak tentu pasal..

Dan perkataan yang baik adalah sedekah..

"kerana pulut santan binasa..kerana mulut badan binasa"

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yg baik buat ayah dan bonda..AMIN

Wassalam

Atikah said...

Salam Ayah..

Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang... Jaga kesihatan... InsyaAllah, tak delah obesiti, penyakit2 lain pun tak bertandang...

Semoga ayah & mak diberikan kesihatan yang baik.. Amin

atuk said...

Assalamualaikum Ayahanda

moga sihat senantiasa serta dapat beramal dgn sebaik mukin bersama bonda yg solehah

apakah rakyat tidak melihat suasana di dlm perlimen
adakah perlu perubahan
kita yg menentukan

Wassalam

Ayah Zain said...

Salam ayahanda,

betul tu orang melayu cukup pantang kalau di seranah dengan 'babi'. Kesihan kat babi tu yer hehehehh

sonata anak kancil said...

salam ayahanda - semoga sihat walafiat


ayahanda - sila ambik award di blog anakanda Sonata...special untuk ayahanda

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam ijio
salam azima
salam atikah
salam rozali
salam Az
salam sonata.

terimakasih semua.

sonata : ada grammy award ke ? Musim April fool ni takut terima award.

Doakan semua rakan PDKM sihat.

wassalam.