Wednesday, March 10, 2010

HEAD-OFFICE PDKM DI MAKKAH


GAMBAR TU: DI SEBELAH KIRI,TINGKAT 12 ROOM NO 5.DI LIHAT DARI PINTU GATE UTAMA MASJIDIL HARAM.
Dengan nama Allah,99 semuanya.


IBU-PEJABAT PDKM DI MAKKAH


Suhu hari ni juga cukup tinggi,macam hari Ayah Zain,Abg Zacks,Kak Shida,Mrs Zain bersama keluarga mereka datang ke rumah Leha dan Lahuma.Gelisah aku dibuatnya.Selagi berada di rumah,panas turut menggigit setiap bulu roma.Menusok2 menerusi lubang2 kecil yang mengeluarkan peluh.Bintik2 kecil air peluh menerjah keluar, sedikit menurunkan suhu yang melekat di kulit.Angin di sianghari juga lokek menghembus,membikinkan suasana kering bertambah kering.Orang tua seperti Lahuma tak dapat bertahan.Lahuma terpaksa melanggah air berbotol2.Dan terpaksa berjam2 duduk di bawah lindongan bayangan pokok durian yang rimbun.Dunia jadi sepi sesepinya: tiada beburung,tiada tetupai , tiada apa saja kehidupan yang menetap di daerah ku.Cuma sekali-sekali deruman lori melintasi srengenge terdengar.


Bila petang jam hampir 7 petang aku mula serve internet.Aku seperti biasa menerjah ke Makkah dulu.Menikmati lagu latar yang penuh syahdu.Tak dapat ku nangisi,tapi kalau Kaabah ada di depan ku,bisa saja aku menangis.Dari satu negeri ke negeri lain aku menerjah.Macam2 cerita.Macam2 suasananya.Hati ku juga jadi bermacam2.Macam2 ada.Alhamdulillah aku terserempak dengan sekeping photo menunjukkan ibu-pejabat PDKM di Makkah.Aku mengjengok ke tingkat 12 di bilik No.5.Aku cuma dapat melihat bayangan pejabat.Tuannya mungkin dah turun ke MH.Berada di depan Multazam,insyaallah sedang bermunajat dan berdoa untuk kita semua….Aminnnnn.


Dari kami di Malaysia,syukran,syukran,syukran.Dari kami doanya supaya selamat dan senang.
Wassalam.

16 comments:

Ummi Humaira said...

salam ayahanda...

kat Kuala Lumpur ni tadi panas terik tp petang ni dah mula mendung ...

Alhamdulillah mudah2an Allah perkenankan semua doa yg baik2 untuk kita semua....
semoga ayahanda dan bonda pun sihat dan afiat hendaknya.

YB said...

Salam ayahanda,

rupanya dari situ PDKM bersiaran.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

semoga ayahanda & bonda sihat..ceria dan aktif melakukan segala amalan yang baik

manzlie said...

salam ayahanda..

masyaalah...mana ayah dapat gamabr tuh..hehehheheehh so sweet...

doa cl selalu ..supaya allah swt memelihara ayah dan mak serta keluarga didalam peliharaannyer..mohon pnajangkan umo dan murahkan rezeki ayah dan mak..insyalah dapat beramal ibadah sebanyak munkin..insyalah

ayah sampai salam kat mak yer. dan anak anak gemilang...

waslam

sonata anak kancil said...

salam ayahanda & bonda - semoga sentiasa sihat walafiat

مسافر_اسلام said...

Salam ayahda, SubhanaAllah..hebat Allah.

MI tak pernah sampai ke sini. Apa yang MI buat, lihat gambar2 sahabat2 yang pernah ke tanah Hijaz..dan MI pejam mata kuat2. Fikirkan yang MI boleh berada di sana. Bila rasa diri ini kerdil dan hina. Rasa lemah dan tidak punya apa2. Sentiasa doa, semoga segala amalan kita diterima Allah.

MI tahjud, mendoakan semoga kita semua beroleh kebahagian didunia dan akhirat. Walau tidak berada dihadapan Hajaratul Aswad.

Ayahda doakan MI ya...

Syukran..

Anonymous said...

Salam Tuan dan Mak Wan,

Kat Penang terlalu panas,siang dan malam.Didoakan tuan dan keluarga berada dalam kandungan sihat walafiat.

NGINAP SRENGENGE said...

salam ummi,

Alhamdullilah,doa2 ummi memberi kekuatan diri ayah dan mak.

Terimakasih.
Wassalam.

NGINAP SRENGENGE said...

salam anaknda YB,

Ya di situlah bermula segala2nya.
Menjalin dan mengeratkan hubungan insan.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE said...

salam hajjah,

terimakasih diatas doa utk ayah dan mak.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE said...

salam anaknda CL,

gambar tu dapat kat 'haramainrecordings'.Sungguh 'sweet' dan charming.Rasa macam nak pi lagi kat situ.

13 mac Hanis dan Atikah nak mai umah Jeha dan Lahuma.Mesti buat mee.

Doa selamat semua2nya.
Wassalam.

NGINAP SRENGENGE said...

salam sonata,
terimakasih berdoa utk ayah dan mak.

SPM tahun ni macam mana ?

Selamat berjaya semuanya.
Wassalam.

NGINAP SRENGENGE said...

salam anaknda musafir-islam,

Insyaallah , satu hari nanti boleh pi kat sana.

Ayah doakan semoga mendapat keselamatan dan kesenangan kat sana.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE said...

salam pak lah dan mak timah,

semoga sihat.Kat PP bukan saja cuaca panas,politik pun panas.

Depa terlampau dahagakan kekuasaan.Rakyat pun satu hal : tak paham2.Habeh jadi haprak.

Wassalam.

rezeki said...

salam ayahanda dan bonda

kat HC dah 2 hari hujan dikala menjelang subuh, semalam selepas magrib di masjid, tetiba hujan turun lagi dgn begitu lebat, syukur alhamdulillah

psss tanah tingkat 12 bilik no 5 tgh pi order nasi mandi hehehe

NGINAP SRENGENGE said...

salam anaknda rezeki,

Yer ke ?
Makan ayam mandy di HQ PDKM.
Pasai tu CL tak der kat situ,rupanya pi order ayam mandy.

Biasanya itik yang gemar mandi.
Gurau2 aje.

Wassalam.