Saturday, January 31, 2009

LOYAR BURUK BUKAN SERBA BARU

KEKADANG LOYAR BURUK BERKEMUNGKINAN ?


Kemungkinan berada saja dimana2 dan pada bila2 masa.Dalam sesuatu ruang masa macam2 berkemungkian berlaku..Di tangan Allah semua yang menjadi dan berlaku.Manusia cuma boleh berloyar buruk saja.Boleh berandaian begitu dan begini.Berbagaian dengan 1001 andaian dan 1001 ceritanya.Semuanya diautakan dari kepala hotaknya sendiri.Orang yang cerdik dan mengenali Allah membiasakan diri masing2 dengan ungkapan ‘Insyaallah’ dan juga menyebut ‘Laqaulawala……….’.Dari situ kita boleh menilai kepintaran seseorang.Bertegas akan jadi begini2,membuat begini-begitu tanpa berlapik kebesaran Allah adalah cakap2 orang yang kurang cerdiknya.Bolehlah kita kenal maknikamnya.



Dalam dunia politik permainan loyar buruk memainkan peranan memikat sokongan.Mudah mempesonakan penyokong.Mudah mengiorkan penyokong.Tapi kita kena paham bahawa diluar sana juga bukan semuanya otak kosong.Mereka tak mudah disogokkan dengan propaganda2 tempelan,berloyar buruk.Membuat isu2 yang tak mempunyai nilai,bahkan boleh menjatuhkan maruah diri sendiri.Jangan anggap orang diluar padang cuma tin-tin kosong saja.Mungkin dia seorang office-boy tapi tarafnya di sisi Allah lebih tinggi dari bossnya.Mungkin seorang pak tani tapi tarafnya tinggi dari menteri pertanian.Mungkin seorang murid tapi dia mulia dari gurunya.Mungkin seorang kuli kang tapi mulia dari taukenya.



Tak semua yang kita tau,dan tak semua yang kita kenal.Malahan diri sediri pun kita tak kenal.Kita sendiri lupa daratan.Kita sendiri lupa asal-usul.Kita sendiri lupa bahawa sebelah kaki dah berada dalam kubur.Kita lupa akan diri di seliputi oleh sifat2 kebinatangan.Kita lupa kita sebagai manusia.Iman kita kurus melengkung.Amalan penuh dengan kejahatan.Dalam diri bersekinangpongan dengan onak dan duri berbagai maksiat.Kalau manusia kenal dirinya,dia boleh merasa surganya sebelum masuk alam kuburnya.Dia bahagia.Dia tak kelamkabut.Dia tak tamak pada pangkat.Dia tak tamak pada harta.Dia redho dengan pemberian Allah dan Allah redho dengannya.Berapa kerat yang ada semacam ini.Macam kemekut ditepi gantang.Mungkin sekampong ada seorang dua.Mungkin senegeri ada seorang dua.Ada, tapi tak ramai.Surga dihampar seluas2nya untuk mereka…..alhamdulillah………..Neraka pula penuh padat,bersesak2…..nauzubillah.

WALLAHUA’LAM

Friday, January 30, 2009

PELASTINE YANG AKU BELUM KENALI

AKU CUMA MELIHAT PELASTINE DARI JAUH


Banyak orang menuduh orang2 Pelastine tak kommited dalam peperangan menentang israel ( aku tak tulis memulai dengan huruf besar kerana aku memang meluat dengan kaum zionis ni).Depa pun tak pernah memberi alasan2 yang boleh diambil pakai.Dan kita cuma memerhati perjuangan mereka dari jauh. Dan tak sapa pun yang kita kenal.Aku cuma kenal seorang sahaja,yaitu Allahyarham Sulaiman Pelastine.Tu pun namanya saja dikaitkasn dengan Pelastine.


Selepas Jumaat tadi aku dapat kesempatan dengar ceramah Dr.Jamnul Azhar yang baru pulang dari Gaza Strip.Dari ceramahnya yang garang sambil menitiskan airmata membuatkan aku dan lain2 pendengar bersedih juga dapat menitiskan airmata juga.Tak dapat nak ku hurai secara mana yang telah disampaikan oleh Dr.Azhar.Jadi saudara pemblog mungkin tak dapat merasainya.Kena dengar sendiri.Kalau makanan kena rasa sendiri baru boleh tau sedapnya.


Di sebuah hospital yang dia pergi merawat,tak seorang pun berasa menyesal ditimpa bencana.Beria2 pula mereka nak meneruskan perjuangan menentang puak zionis ni.Seorang kanak2 berusia 13 tahun putus dua kakinya,berazam apabila dah dapat kaki palsu akan meletup dirinya dicelah berpuluh2 orang Israel.Semangat cukup kental dan tak berasa serik untuk berjuang.Dr.Azhar sendiri mengatakan begitu wanginya darah2 orang sahid.Beliau dapat mencium baunya sendiri.Di bilik mayat penuh ,dan diluar bilik masih banyak lagi mayat bergelimpangan.tak seekor lalat menghurungi mereka,malah semerbak baunya.Mayat berusia 14 hari masih segar dan tak memberi bau busuk.


Di sebuah mesjid yang dibom,darah dan cebisan2 daging melekat di dinding.Juga kata DR.Azhar tak memberi bau busuk.Dia sendiri menciumnya di dinding mesjid.Semasa nak pulang driber teksi ucapkan selamat jalan,dan beliau rasa bersedih kerana kata2 akhirnya ialah : Mungkin kalau kau datang lagi ke bumi Gaza ini,kau tak kan bertemu dengan ku lagi.Kerana aku juga mengejar sahid.Siang aku memandu ,dan malam aku akan lancar roket , dan berdoa sebagai peluru ngaib.


Janda2 muda pula berazam berkawin lagi dan akan melahirkan banyak anak lagi untuk berjuang menentang kezaliman zionis yang menganggap manusia2 lain sebagai binatang.Kali ini ia menentang Islam.Lain hari pula agama lain pula akan ditentangnya.Dulu puak Nazi telah membunuh 6 juta orang Israel.
Tapi tentera yang sikit boleh menewaskan tentera yang banyak.Tentera Jalut 70 orang boleh menewaskan tentera Talut berjumlah 70,000 orang.Itu apabila nusrah Allah datang.

Dr.Azhar juga mengesahkan bahawa zionis memang guna bom kimia.Di dalam perut seorang mangsa yang dia operate bersama Dr.Muzaffar sah terdapat bahan kimia.Depa begitu sukar merawatnya kerana bahan itu masih positif.Bila mencuci mengguna air garam ia aktif lagi.Depa berdoa kepada Allah ,akhirnya Allah memberi ilham guna air zamzam.Mereka Berjaya dalam pembedahan itu.


Mereka di arah pulang segera kerana mengikut maklumat tempat mereka bertumpang akan diserang zionis.Mereka bergegas ke sempadan , dan 4 jam selepas itu depa dimaklumkan bahawa benar tempat itu telah diserang.Apakah nasib driber teksi yang diceritakan ? Masih hidup ataupun dah jadi shahid.Kerana mengikut Dr. Azhar dah beberapa kali dia telepon belum lagi terjawab.

IMAM RAMLANG PORIGI D PECAT

Imam dipecat ekoran dari kes 'Juboq' saiful.Berita dipetik dari nstonline.Nampaknya suasana di Malaysia dengan pelbagai ramuan keduniaannya adalah lebih hebat lagi dari Gaza strip.Kes lompatnya,kes Tajol Roslinya,kes bola sepaknya,kes badmintonnya,kes rasuahnya,dan kes altantuya pun belom tamat lagi.Mana boleh tamat kerana semua kes2 ni akan dibawa semula kes hari akhirat.Everyone knows this. Knowing saja tak memberi makna.Hakikatnya dah mendekati hipokrit.

Saiful's sodomy oath imam sacked



PUTRAJAYA: Former Federal Territory Mosque imam Ramlang Porigi, who witnessed alleged sodomy victim Mohd Saiful Bukhari Azlan's oath-taking, but later claimed he had been directed to do so, has been sacked.
Islamic Development Department (Jakim) director-general Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz said Ramlang's termination from the civil service was done according to regulations.He said the termination letter, which he signed, was issued to Ramlang early this week. Wan Mohamad said Ramlang could, within 14 days from the date the letter was issued, appeal against the decision with the Public Services Commission and that the Disciplinary Board would then study the matter.He said Ramlang was sacked under Regulation 38(g) of the Public Officers (Conduct and Discipline) Regulations 1993.
It is understood Ramlang faced three charges, including one of speaking at several Parti Keadilan Rakyat ceramah during the Permatang Pauh parliamentary by-election campaign period last year. During the ceramah, Ramlang claimed that on Aug 15 he had been ordered to witness Saiful swearing on the Quran that he had been sodomised by PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Thursday, January 29, 2009

ARENAWATI

ARENAWATI


Pembaca2 blog aku banyak bertanya tentang Arenawati.Ada yang emelkan kat aku.Depa semua golongan muda dan tak banyak yang mengaji sastera.Lani berbagai2 jenis pengajian lain mendapat pilihan.Jadi sastera terpinggir saja.Tahun 50an,60an dulu sastera cukup laris.Pengajian2 IT dan Business dan teknoloji2 lainnya belum mensuakan muncongnya dalam arena pengajian.Benda2 baru ni pula yang membuat kami yang tua2 menjadi buta terus.Kawan2ku banyak yang buta computer.Aku pun bila pencen buta macam depa juga.Tapi kerana desakan dari anak2 tak mau melihat bapanya buta,aku memberi sambutan kat depa.Kerana anak2 dulu pun kita desakan depa belajar dan belajar.Impossibble is nothing.Akhirnya boleh menfaatkan masa menulis blog.Alhamdulillah.


Arenawati ialah nama samaran Muhammad Dahlan.Dilahirkan di Kalumpang,Djeneponto,Makassar tanggal 30-7-1925.Menamatkan pelajaran hingga SMA ( Pra-U).Beliau juga menuntut di sekolah Menengah Agama.Selama 9 tahun menjadi kelasi hingga menjawat sebagai pegawai.Kemudian menjadi wartawan.Beliau juga menjadi pengurus percetakan selama 5 tahun.Pernah bertugas dengan DBP.Banyak menulis novel,cerpen,sajak,pengetahuan bahasa,pengetahuan sastera,sejarah dan esei2 kotemporari.Dalam hampir tak sampai sebulan dia baru meninggal.Aku pun lupa tarikhnya…May be 15 januari..alfatihah.


Allahyarham cukup anti dengan rasuah.Dalam tulisan2nya dia banyak menempelak kaki2 rasuah.Kata2nya tentang rasuah cukup tajam.Tulisannya sinis tajam Biar aku kutipkan kata2nya yang masih ku ingat : “…..bahawa Negara kita ini tak ada penangkapan rasuah di kalangan pegawai2 tinggi kita.Dan itu memeperlihatkan pada dunia bahawa semuanya berjalan licin.Dan rakyat puas hati.. Dan kepada orang lain akan ku katakan,bahawa itu semua temberang”.


Karya2nya cukup kritis,kreatif dan imaginative.Karya terakhirnya yang ditulis atas katil sakitnya ialah Bara-Baraya.Memaparkan perjuangan orang2 Melayu.Nama penanya yang lain ialah Duta Muda dan Patria.Allahyarham memenangi SEA Write Award (1985) dan Sasterawan Negara (1988).Novelnya LINGKARAN memenangi hadiah penghormatan Dewan Bahasa dan Pustaka 1962.


Karya2nya yang aku tau ialah : Bunga Dari Kuburan
Kuntum Tulip Biru
Sakun Mengorak Kelopak
Eno
Syair Pengeran Syariff Hasyim
Syair Pengeran Cina di Monterado
Burung Badai
Turina
Citra
Memoir Arenawati Enda Gulingku
Ombak Samudera
Meniti Kala
Panrita
Sandera
Mevrouw Toga
Begawan
Jejak kreatif
Koleksi Terpilih AW
Sukma Angin
Lingkaran
Getar-Getir Maya
Triloga Busa
Armageddon
Kutukan dari Langit
Langkah Pertama
7 Tegak Bersama
Warna Sukma Usia Muda
Cakra Waruga

Tulisan2nya mengkisahkan manusia ‘luka’ yang menyebabkan jiwanya mati.Pada jiwa yang mati menyebabkan orang hidup menderita dengan penyakit rohani seperti ; iri,hasad dan dengki.Seperti orang sekarang lebih kenalinya sebagai “HAPRAK”


Pemberi dan penerima rasuah juga tergolong sebagai haprak;kedua2nya masok neraka,sabda Nabi SAW.

Wednesday, January 28, 2009

LINGKOP MENUNGGENG

LINGKOP MENUNGGENG


Lingkop sama saja maknanya dengan rosak.Sama saja dengan jahanam.Sama saja tak boleh dibaiki.Punah habeh.Semua benda yang ada akan lingkop.Setiap detik menuju ke kelingkopan.Tak dak yang dok static.Masing2 ada jangka masa hayat.Semua makhluk Allah ialah jenis specis pupus.Jangan cakap besar : dulu,kini dan selamanya.Cakap tak pakai akal.Yang kekal selamanya hanya Allah.Setiap masa tak boleh elak dari bergelongsor ke kelingkopan.


Lingkop menunggeng memberi makna kecewa . Menunggeng umpama seperti burung ostrich menyorok kepalanya dalam pasir.Satu kerja bodoh.Menunggeng juga umpama menurunkan kepala ke bawah dan angkat pungkok ke atas.Perbuatan ini seperti kata kawan ku leenoh; kemaluan dok di atas dan otak dok di bawah. Kemaluan lebih tnggi dari otak.Tak pakai otak.Otak kosong atau tak guna otak.Pasai apa ameno nak frust menunggeng bila kalah dalam pertarungan.Pasai apa nak menunggeng bila ada wakil2nya lompat sana-sini macam Berahim Ali.Bila orang tak percaya.Bila orang dah meluat.Bila nak lingkop.Itulah tanda2nya.Kan kita ni juga jenis specis pupus.Dan satu ketika ameno ,juga mana2 pertubuhan akan lingkop.Tak payah nak menunggeng.


Perkataan menunggeng mengingati aku pada anakanda Saiful yang satu masa yang berlalu terlingkop lubang juboqnya .Katanya dia dibelasah dari belakang……masyaallah.Bagaimana agaknya nak berdepan dengan Allah di akhirat nanti. Masa tu baru nak tunggeng kerana malunya dah tak terkira.

Tuesday, January 27, 2009

"HEY , BEDEBAH KAU" , "BERANI YA ?"

WHAT IS THE REALITY ?


Kita semua ada otak.Kita semua ada akal.Kita semua ada ilmu.Kita semua ada pelajaran.Kita semua ada sikit tinggi dari hewan.Dan kita boleh berpikiaq.Dan kita ada sejarahnya.Dan kita belajar tentang sejarah kita.Alas ! kita adalah manusia.


Cuba pikiaq apa kita dok buat setiap hari.Kita dok buat kerja tu senonoh atau tidak.Macam2 masaalah yang kita buat sesama kita.Kita jarang memberi laluan sempurna kepada sesama manusia.Kita memporakperanda hidup antara manusia.Kita menipu sesama manusia.Kita berasuah antara kita. Kita bergomoi antara kita.Kita menghina antara kita.Kita rela buat apa saja untuk menjatuhkan antara kita.Kita bisa gelak ketawa bila sesuatu menimpa antara kita. Kita sudi memalukan antara kita.Kita tingkatkan ego diri kita.Orang lain rendah darjatnya dari kita.Orang lain tak reti apa.Kita lah yang pandai segala2nya.Orang lain buat semua serba tak kena.Kalau kita salah sokmo kita nafi.Kita beri nafi apa saja.Lebih2 lagi dalam kes2 politik.Orang politik mudah menafi apa saja. Yang kenal kata tak kenal.Yang apa saja pun cepat2 dia nafi.Disiarkan secara public melalaui media-massa kalau dia ada kuasa.Kalau tak dak kuasa dia nafikan di mahkamah.Boleh dikatakan tak dak apa satu pun yang mereka membuat perkara2 yang dituduh. Cuma Chua Soi Lek saja yang berani .Dia mengaku apa dia buat.Orang lain lebih holier darinya.

Nyamok lebih bertanggung jawab.Dia tak nafi menyebabkan malaria.Dia tak nafi menyebabkan dengue.Dia tak nafi menyebabkan chikungunya.Pernah dulu seekor nyamuk yang tempang bertanggung jawab membunuh raja namrud.Dia mengerudikan otak namrud yang sombong.Juga masa itu tiada ubat seperti sekarang ni.Cuma dia mengarahkan rakyatnya mengetok kepalanya dengan kasut.Bila diketok dengan kasut dia berasa lega.Dan itulah juga yang Muntadar buat pada Bush.Malangnya tak kena.Kalau kena dah jadi cerita lain pula.


Jadi apakah sebenarnya kita ni ? Dalam Al-quran dan hadis2 Nabi SAW ada cerita2 berkaitan dengan manusia yang tarafnya lebih rendah dari hewan.Kalau lebih terok dari hewan,maknanya kita lebih terok dari anjing dan juga babi.Apakah taraf itu kedudukan kita ?....minta dijauhkan Allah dari sedemikian rupa…..rupa seperti nyamuk demam chikungunya pun kami tak mau.


Ya Allah tunjuklah kami jalan yang benar.Bila dah ada jalannya,mengapa kita tak ikut.Bedebah sungguh kita ni.

Monday, January 26, 2009

ARE YOU ALWAYS DREAMING ? ....not so

DON’T LET YOUR DREAMS BE DREAMS



Berangan2 seperti Mat Jenin memang cukup ‘sedap’.Dari pemanjat kelapa dan akhirnya berkahwin dengan tuan puteri.Cerita angan2 ni dah lama ‘hidup’ dalam kepala orang melayu.Malah dah beranak bercucu.Tak habis2 orang kita berangan,dari rakyat bawahan hinggalah ke atas,ke atas,ke atas hingga ke negeri bunian.Orang2 politik cukup banyak lagi angan2nya.Yang berkuasa nak memerintah dari dulu,kini dan selamanya.Oleh kerana angan2 tu terlalu tinggi,hingga lupa kita check diri sendiri.Seperti yang berlaku kepada Mat Jenin.Kerana pelepah kelapa tu tak dicheck,padah yang dia terima.Tuan Puteri pun entah ke mana.

Masa bermain rugby dulu,kata2 tackle low,shoot high sokmo diberi kata2 peransang oleh ketua pasukan.Masa tu aku sendiri pun tak paham maksudnya.Tau main saja.Sebagai pemain hooker aku sentiasa terpenyet pabila berlaku scrum.Sebenarnya aku tak pandai bermain,tapi aku dipilih kerana aku berani.Aku syok tackle pemain2 yang besar2.Syok dengar depa jatuh macam guni padi,macam buah nangka masak.Tak menang pun tak pa,asalkan boleh tackle low.Bila tackle low mudahlah lawan terjatuh.Begitu juga kalau angan2 tu tinggi sukar kita mencapainya.Jadi tackle low boleh membawa kejayaan.Oleh tu janganlah berangan2 tinggi.Nanti habeh semua terbengkalai.Aku memang tak dak kudrat nak shoot high.Bukan senang nak atasi palang gol rugby.Aku Cuma boleh buat kacau dalam permainan supaya lawan naik berang.Bila berang depa tak boleh control diri.Lebih2 lagi depa geram kat aku.Ini memberi peluang kat winger Mat Tongkai membuat touch.Pakatan Rakyat juga boleh buat kejutan kalau depa pandai kerosek UMNO.Banyak dah darah tinggi.Boleh cium keris.Boleh lompat katak.Apa2 saja boleh jadi.


Aku tengok film clips Slumdog Millionaire yang memenangi 10 anugerah di FF.Melihat liku2 hidup seorang budak jalanan untuk jadi seorang jutawan.Melalui susahpayahnya menempoh hidup dia boleh menjawab soalan cepu-emas.Orang curiga tentangnya kerana boleh menjawab soalan2.Tapi dia ada pengalaman dalam hidupnya dan itu membuat dia berjaya. Kalau sahaja berangan2 you can’t go that far.Kita kecundang juga akhirnya.Let us face life.That will pave the way.Semestinya kena ada prinsip hidup.Strong will-power.Solid desire.God willing ,success will come.Dreams will take your life away.


Pukul 4.36 petang ini ( isnin) orang kedah boleh tengok gerhana matahari.Cuba ambil kesempatan sembahyang sunat gerhana.Peluang ni bukan ada sokmo.Why miss the chance.Kepada kekawan berbangsa Tionghua,SELAMAT TAHUN BARU.Ini bukan ucapan agama, ini ucapan budaya.

Sunday, January 25, 2009

WE LOST THE WAR BADLY TOO

WE LOST THE WAR


Putiknya relai di hujung tunas,
Pucuknya kering di rerantng baru.

Akhir2 ini chikungunya cukup menggerunkan.Dan tiada ada laporan2 terkini dari pihak kem.kesihatan untuk rakyat sedar apa yang berlaku.Sebenarnya ia harus dihebahkan macam juga kematian2 Ops Sikap.


Selepas membaca blog rockybru aku dapat maklumat bahawa setakat ini dah 12 kematian di klang Valley.Jumlah kesnya ialah 4221.Ini cerita bulan Januari saja ,sebelum kong xi fatt cai.


Di negeri aku chikungunya menyerang macam dessert storm juga.Di kawasan srengenge dah tiga kali disembor asap.2 kali waktu maghrib dan satu semboran asap diwaktu pagi belum pun sempat habis subuhnya.Pegawai yang datang menyembor waktu pagi tu beritau dah seminggu keserata tempat.Pertamanya gerak orang bangun,keduanya halau nyamuk.Jenis chikungunya ni suka sangat berjamaah waktu maghrib dan subuh.Di hospital daerah dah dua wad baru di buka untuk menampong mangsa deman.Ada 128 kes di kedah saja.


Mangsa2 lengoh segala sendi dan jangan sekali menuduhnya arthritis.Chikungunya suka menyerang dari bahagian bawah dan biasanya nyamuk menyerang di bahagian muka.dan dia mudah terpikat dengan bau wangi2an.Dia juga gemar pada pakaian yang gelap.


Semua itu adalah tentera2 Allah.Dia menyerang manusia bila maksiat terlalu berleluasa.Kita sukar menentangnya.Dan setakat ini belum pun ada lagi ubatnya.Dengue pun begitu,belum ketemuan ubatnya.


This is totally a different war.We lost the war against dengue and chikungunya.We lost badly too.

Saturday, January 24, 2009

KHUTBAH JUMAAT UNIVERSITI TERBUKA PTS


Khutbah Jumaat PTS: Dasar Bahasa di Universiti Nabi Muhammad
Nabi Muhammad (SAW) mendirikan masjid dan berkuliah di dalam masjidnya. Masjid Nabi (Muhammad) yang terletak di bandar Madinah itu adalah universiti paling tua di dunia. Justeru, dari satu sudut, Nabi Muhammad adalah profesor pertama di dunia.
Nabi Muhammad orang Arab, apabila beliau mengajar murid-muridnya yang terdiri daripada orang-orang Arab, beliau menggunakan bahasa Arab.
Ada muridnya yang datang dari luar negara - (Bilal dari Afrika, dan Salman dari Iran) - maka mereka berdua itu terpaksa belajar bahasa Arab, bagi mengikuti kuliah Nabi Muhammad.
Tidaklah pula, disebabkan ada segelintir pelajar luar negara dalam kelasnya, maka Nabi Muhammad pun menyampaikan kuliahnya menggunakan bahasa orang asing, (umpamanya bahasa Latin, bahasa dunia pada zaman itu).
Begitulah sunnah Nabi Muhammad.
Entah sunnah nabi mana yang digunakan oleh kerajaan Barisan Nsional (BN) hari ini, di man apabila ada pelajar asing dua-tiga kerat di dalam bilik kuliah, maka pensyarah diwajibkan mengajar dalam bahasa Inggeris.
Sunnah Nabi Muhammad adalah berdasarkan prinsip “Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”.
Apabila Bilal dan Salman datang belajar di negeri Arab, mereka belajar bahasa Arab. (Natijahnya, kalau hendak belajar di negeri Cina, mestilah belajar bahasa Cina. Kalau hendak belajar di negeri Jepun, mesti belajar bahasa Jepun.)
Tidaklah pula Nabi Muhammad sebagai pensyarah, dan semua pelajar-pelajarnya, dipaksa mempelajari bahasa ketiga, umpamanya bahasa Latin, demi hendak mengajar pelajar asing yang ada dalam kelas.
Ini yang berlaku di negara kita sekarang. Semua pensyarah dan semua pelajar, tidak kira dari mana negara asal mereka, dan apa bahasa ibunda mereka, semuanya dipaksa belajar bahasa Inggeris.
Kita mesti kembali kepada Quran dan Sunnah, baru betul apa yang kita buat.
Tengoklah dengan mata kepala kita sendiri apa yang berlaku di negara-negara yang meminjam bahasa bekas penjajah masing-masing - India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Filipina, Burma, Ghana, Zambia, Kenya, Zimbabwe, dan seluruh benua Afrika dan Latin Amerika, sudahkah taraf pendidikan mereka sama maju dengan taraf pendidikan di UK, USA, Australia, Kanada, dan New Zealand?
Sudahkan negara-negara itu menjadi aman, makmur dan kaya raya?
Bandingkan dengan negara-negara di seluruh Eropah, Jepun, Korea dan lain-lain yang semuanya ‘ikut’ sunnah Nabi Muhammad (SAW) yakni mereka semua memandaikan rakyatnya dengan menggunakan bahasa mereka sendiri.
(Dipetik dari Kuliah Universiti Terbuka PTS)

Friday, January 23, 2009

KITA TUNGGU DAN KITA LIHAT....apa nak jadi

KITA TUNGGU DAN LIHAT

Dalam masa 4 tahun ni , dunia akan sibok memperkatakan Amerika Syarikat dan Presiden barunya Obama.Dia menjadi terkenal dalam masa yang singkat.Dan seluruh dunia memberi harapan cerah kepadanya.Mai kita tengok apa dia kata sebelum dilantik.

Dijelaskan oleh Obama sendiri dalam ucapannya di persidangan AIPAC pada Jun lalu.
Dalam ucapannya Obama ada menyebut;
“….I want you to know that today I’ll be speaking from my heart and as a true friend of Israel.”
“Those who threaten Israel threaten us… I will bring to the White House an unshakable commitment to Israel’s security.”
“I will insure that Israel can defend itself from any threat from Gaza to Tehran. Defense cooperation, defense cooperation between the United States and Israel is a model of success and it must be deepened.”
“We should work - we should work with Israel, increasing scientific collaboration and join research and development. The surest way to increase our leverage in the long-term is to stop bankrolling the Iranian regime.”


Sekiranya askar Amerika dikeluarkan dari Iraq dan Afghanistan, merit Obama dikalangan pemimpin negara-negara Islam akan melambung tinggi. Merit yang tinggi adalah ‘kunci’ untuk Obama mempengaruhi pemimpin negara-negara Islam agar mengikat perjanjian-perjanjian politik palsu dengan Amerika kelak. Sekiranya Iran tak di usek....dunia boleh aman sikit.



Tugasan Presiden Amerika Terhadap Negara Islam
1. George H.W. Bush (1989 - 1993) - Perang Iraq (17 Januari 1990)
2. Bill Clinton (1993 - 2001) : Pengeboman Iraq (26 Jun 1993), Operasi Desert Strike (Sept 1996), Operasi Northern Watch (1 Januari 1997), Operasi Desert Fox (16 Disember 199 dan Operasi Southern Focus (Jun 2002)
3. George W. Bush (2001 - 200 : Perang Afghanistan (7 Oktober 2001) dan Perang Iraq (20 Mac 2003)
4. Obama………kita tunggu dan lihat.
Semoga Allah memberi pertolonganNya kepada kita....amin.

Thursday, January 22, 2009

CUBA LARI DARI DUNIA NYATA

CUBA LARI DARI DUNIA NYATA


Melihat hari2 di tahun 2009 tak menghairahkan.The world look bleak.Ekonomik disaster tak tahu nak teka laluan2nya.Manusia menunggu dan apakah persiapan mereka untuk mentatacarakan hidup supaya lebih selesa.Dunia mengharapakan sesuatu yang ajaib dapat berlaku.Mereka menaroh harapan pada Obama.Bush sudah disepatukan oleh rakyatnya sendiri di Majlis Inauguration 2009.The dark years of Bush senior dan junior totaling 12 years made the world much damage.Don’t hope for the best.I don’t believe nobody.I believe in myself.

Di Negara sendiri pula berbagai juga berlaku.Banyak yang tak diingini.Dah 51 tahun Negara merdeka penduduk menunjukkan meluat kepada kerajaan yang memerintah.Buktinya pilihanraya ke 12.Buktinya PK Permatang Pauh.Buktinya PK Kuala terangganu.Buktinya Tun M keluar dari UMNO.Buktinya kes2 rasuah yang melonjak.Kes2 royalti minyak masih belum dapat diselesaikan.Kes Altantuya belum selesai.Kes liwat belum lagi tamat.Why the longer we govern,the more damage were made ?


Kita jadi semakin nyanyok.Kita juga dihinggapi oleh penyakit ‘denial syndrome’.Apa saja kita tak akan mengaku . Cukup cerdik kita menipu kebenaran. Kita lupa bahawa menipu itu dosa.Kita syok menepis segala tuduhan.Kita lupa ada kuasa besar yang memerhati kita.


Biarlah kita duduk bersahaja.Doing nothing.Tapi doing nothing is very hard to do.What say you ?

WINTER DI NEGERI KAMI

WINTER DI SEBELAH UTARA


Walaupun tiada salji ,tapi negeri2 di utara seperti Kedah dan Perlis ada musim winternya tersendiri.Di kawasan bandar2 tidak tersangat terasa.Di kawasan2 tinggi seperti di srengenge ni waktu paginya menjulaskan anak2 nak mandi sebelun ke sekolah.Sejuknya sampai ke tulang som-som..Sumber airnya juga cukup dingin.Masa aku mengajar di sekolah Syed Bakar dulu,pukoi 10 pagi sebelum rehat aku bawa murid2ku pergi mandi di sebatang carok di belakang sekolah.Itupun airnya masih dingin.Aku buat begitu kerana aku tau depa tak mandi pagi..Dan Syed Bakar pun suka aku buat begitu.Depa mandi dalam birthday suit mereka.Budak2 dulu tak kisah sangat.Tapi budak2 la ni jangan buat main.Birthday suit,apa birthday suit.

Di waktu malam angin bertiup membawa udara sejoknya menikam setiap bulu roma.Selepas maghrib kesejukannya dah mula terasa.Dan angin pun cukup galak bertiup.Tak dak can nak berehat2 di jemborang rumah.Di musim ini langit cukup cerah.Dan inilah juga terkenal sebagai musim kemaraunya.Dan inilah musimnya durian mula mengeluarkan bunganya.Kalau kemarau tak lama durian dah tentu tak menjadi.Kalau banyak hujan pokoknya berpucuk yang sudah tentu tak memberi laluan pada bunga memecah mata ketamnya.Lagi jauh malam lagi sejoknya.Manusia akan tidoq berkerekot dalam lapisan tebal selimutnya.Nak lebih sedapnya tidoq kenalah mencelahkan kedua tangan dicelah paha.Berkerekot macam tenggiling,binatang yang gemar memakan kerengga.Orang2 dulu suka berdiang api pada malam begini.Berpesta macam mana juga cowboy2 zaman dulu.Tak jauh bezanya manusia ni.Di kedah ka,atau di amerika ka.


Tengaharinya panas cukup terik.Membakar kulit menjadi hitam.Mandi berendam di sungai cukup enak rasanya.Air sejuk di sungai menstabilkan panas dalam badan.Di musim ini juga burung2 akan berkumpul mandi2.Waktu kecik dulu aku suka sangat menggetah burung.Berpuluh ekor dapat dalam sehari.Tapi kerja ni membahaya kerana pak belang juga menghendap burung.Tak silap rezekinya kepala kita diterkamnya.Di musim ini juga waktu dulu2,mencari kulat mata kerbau menjadi kegemaran.Isi kulat ni macam agar-agar lembek.Boleh makan mentah2.Rasa sejuknya macam orang sekarang makan ais kacang di musim panas.Boleh di katakan sepanjang hari budak2 berada di hutan dengan aktibiti2 zaman itu…..zaman kunta-kinte.
Mana nak cari enaknya zaman dulu.Mampoih tak jumpa dah.

Monday, January 19, 2009

ASALNYA SAMA...THERE IS ONLY ONE GOD

ASALNYA SAMA

Satu ketika dulu , yang aku masih ingat , penganut Islam pernah dipanggil Mohammadan.Dan aku paham inilah satu gejala yang nak merosakkan akidah kita.Maksud mereka ialah nak menuduh bahawa Islam ni agama Muhammad.Padahal Muhammad ialah perutusan Allah.Nasib baik perkara ni dapat dibasmikan.Golongan ni telah porakperandakan umat2 terdahulu.Jews,Christians,Buddhist dan lain-lainnya telah dimain2kan oleh golongan ini.Nama2 ini diberikan supaya manusia lari dari Islam.Padahal dalam Taurat,Zabur ,Injil agama yang Allah sebut ialah Islam.Agama wahyu .Dan kerana mereka labelkan sebagai judaism dan christianism maka sesatlah jalan sebenarnya.Pengikut Musa a.s. ialah Islam,pengikut Isa a.s.ialah Islam,pengikut Muhammad saw ialah Islam.


Selepas itu berbagai penyelewengan diadakan.Dinamakan agama jew (Judaism).Dinamakan Nabi Isa a.s sebagai Christ (jesus),dan agamanya jadi Christian.Tuhan yang esa jadi 3.Dan Christ anak tuhan.Injil di terjemahan kan dalam berbagai versi mengikut citarasa paderi2 mereka.Terbahagi lagi dalam berbagai mazhab.Ada katholik,protestan,prsbyterian,anglika,dllnya.The Ten Commandments yang diturunkan kepada Nabi Musa juga diputarbelitkan.Sehingga kini tiada lagi Taurat dan Injil yang otentik.Hanya Alquran yang masih dari asalnya.Itupun ada tangan bernajis cuba nak mencemarkan Al-quran.Tapi kita dipeliharai Allah.
Nabi Isa a.s dikatakan mati di salib.Walhal terang2 dalam Injil ( terjemahan mereka) sebagai," He shoult die".Dari segi grammer pun depa tak paham.Apa maksudnya 'shoult'(ataupun 'shall') ?Dan depa tak percaya Nabi Muhammad saw. Padahal dalam injil there is Muhammad.Depa ubah dan ubah untuk kepentingan duniawi.Dan bila Nabi Isa a.s turun ke bumi nanti dah berjanji akan mengikut syariat nabi Muhammad saw.


Kalau gunakan Taurat sebagai kitab suci,mengapa jadi agama yahudi (jews) ? Asalnya Islam.Kalau ikut Injil,ngapa jadi agama keristian ? Bukankah nabi Isa a.s membawa ajaran Islam ? Nasib baik kita tak gunakan Muhammadan,kalau tidak ,habis kita diselewengkan..Panggilan2 yang mereka cipta itu luar dari Taurat,Injil dan Alquran dan Zabur.Kalau yahudi mengaku dirinya Islam,kalau keristian mengaku dirinya Islam,dan percaya Alquran kan selamat dunia dan akhirat.Semua kitab2 wahyu itu kita percaya.Kerana telah dilabelkan sebagai yahudi dan keristian mereka langsung tak percaya pula pada Alquran…..nauzubillah


Dah banyak mereka perdayakan umat2 dahulu.Pengikut Buddha dipanggil Buddhist.Pengikut Kong-Fu-Tze dipanggil konfucius.Pengikut Ayah Pin aku pun tak tau apa depa panggil.Kalau tak dak , panggil saja Piano.Ataupun Bonggo (rujuk kata2 S.Samsuddin dalam filem Bujang Lapok).


Hubaya2 , awas : kerana banyak lagi cara mereka nak menyesatkan kita.
Wallahua'lam.....fullfilment of the teachings of Musa a.s,Isa a.s and Muhammad saw.

Sunday, January 18, 2009

PENGUNDI MUDA

Pengundi Muda
PPSMI ditentang oleh dua golongan: (i) Pemimpin pelbagai pertubuhan dan gerakan intelektual dan kebudayaan, dan (ii) Golongan muda dan pelajar.
Pilihanraya kecil Kuala Terengganu sekali lagi menyaksikan bagaimana (sampai mempadahkan dirinya sendiri) UMNO tetap tidak ambil peduli kehendak, pendapat dan emosi golongan intelektual, orang muda dan pelajar.

( DIPETIK DARI BLOG UNIVERSITI TERBUKA PTS )

BEFORE SOMEONE THROWS SHOES

BEFORE SOMEONE THROWS SHOES


Kalau dalam budaya kita,kalau kena baling dengan kasut,wadooo cukup aib jadinya.Lebih2 lagi bila muka pula jadi sasarannya.Walaupun tak kena ,tapi peribadi macam Bush tu cukup merana dan kecamok berlerai.Sepanjang hari sampai ke hari maut terpuing2 nampak kasut melayang.Jenoh nak mengelak.


Mingguan Malaysia berwajah baru hari ni.Berita kemenangan pas sikit saja.Kalau UMNO menang sebesar tu,berapa muka agaknya berita yang disiarkan.Orang semua boleh duga banyaknya berita KT.Itulah orang dah boleh baca otak UMNO.Dalam siaran langsung di TV Bernama semalam para pengunjungnya banyak mencurahkan mimpi ngeri mereka terhadap UMNO.Sehingga hosnya pun tak upaya nak menepis dengan feel terputusnya hubungan..Masing2 menempelak pemimpin UMNO yang dah mereka meluat.Kalau UMNO tak boleh check dirinya,UMNO boleh berkubur dalam masa terdekat. Maka wajah barunya bermasam berkedut kalau tak check-up.


Masih awal untuk check diri.Kan masih lagi dalam bulan Muhamram.Kan ia bulan Islam.Kita masing2 Islam.Boleh juga kalau check diri dalam bulan Junuari ni.Tapi kuranglah sikit islamiknya.Tapi kalau betoi2 nak check-up,bila2 masa pun boleh .Itulah ajarannya.Kan baik setiap masa kita buat check-up ? Kekerapannya adalah kebaikkannya.Check-up ! Buanglah segala taktik kotor.Islam itu bersih.Ia menolak yang kotor2.Pengundi2 muda sekarang dah sekurang2nya berSPM.Tak boleh perbodohkan depa.Had lapih lama dulu senang nak cucuk hidong.Lapeh la ni dan boleh berinternet,berblog dan beremel dan sebarang mak nenek.Propanganda di TV depa dah tak pakai.Kan seronoknya bila rakyat dah cerdik.Tapi kata orang , orang politik seronok bila para pengundinya bodoh-bodoh.Tapi awas before someone throws shoes.

Saturday, January 17, 2009

MASA DAJJAI MENGANDAR

KENA BAWA DUIT ‘SEPOKET’


Bila ada pilihanraya,lebih2 lagi pilihanraya kecil, ‘dunia’ orang Melayu macam nak ‘kiamat’.Seolah2nya,dan memang pun kita ni tak pandai main politik.Dari yang diatas sampai ke bawah sama saja.Depa sebenarnya bukan nak berpolitik ,walhal nak kan kuasa,nak pangkat,nak kumpul duit,nak menjatuhkan lawan secara yang tak diizinkzn agama.Sanggup membuat fitnah , sanggup cari kesalahan2,dikutip dan diperbesar2kan.Walhal agama suruh melindongkan aib seseorang seboleh mungkin.Pasai tu aku tak ghairah nak berpolitik.Aku cukup paham.kerana aku dah hidup lama.Aku lahir sebelum semangat 46 lagi.Aku hidup sejak Negara dijajah inggeris lagi.Mengaji pun di sekolah inggeris.


Cara berkempen dengan janji2 dengan bawa duit juta2 dan projek2 yang akan dibuat sebenarnya tak membuat rakyat jadi cerdik.Kebendaan macam nil ah akan juga dibawa oleh dajjal pabila turun kebumi nanti.Terpusu2lah manusia mengejar kebendaan menemui dajjal.Jadi pabila terdidik begitu mudahlah dajjal menemui sasarannya.Orang tua2 kata ,masa dajjai mengandar. Maka sesatlah segala manusia yang kejarkan kebendaan….nauzubillah


Kita fullfil kan hidup kita dengan ajaran Islam.Kita masuk kubur bawa jari 10.Segala harta benda tak ikut sama.Kita cuma ada cable penyelamat iaitu Islam,iman dan amal.Yang ditinggal bukan lagi harta kita.Kita disoal-siasat.A tooth for a tooth,an eye for an eye.Pertarongan never ends,sehingga selamat ke surga.

Kalau tak pandai berpolitik dan ber apa saja, boleh menyesatkan akidah orang.


Wallahua’lam.


Friday, January 16, 2009

MINDA MELAYU YANG DIHANTUI

YANG MENGHANTUI MINDA MELAYU


Ada2 saja orang nak membantah . tentunya ada sebab.Takkan pokok bergoyang kalau tak ada angin.Kalau tak dak angin tapi bergoyang juga tentu ada hantu yang menggoyangkannya.Sapa hantu2 tu ? Aku pun tak tau. Sudah tentu dari golongan manusia juga.Ataupun hantu bertopengkan manusia..Memang hantu ni ada kuasa menjelma jadi apa saja.Itu Allah berikan pada depa jenis tu.Bukan saja musang berbulu ayam,tapi lebih dari tu.Yang tak berbulu pun depa jenis tu boleh jelmakan diri.Dalam hidup ku dah banyak sangat aku berjumpa jenis ni.Malah pernah juga diusek oleh depa jenis ni.Seram bulu roma ku.Tapi depa berani usek waktu malam saja.

Kita la ni pun kerap diusek hantu.Tapi depa jenis ni dah ubah taktik.Sama naik dengan zaman siber,begitu canggih dan sophisticated.Lebih hebat dan mudah ternoda oleh si mangsanya.Sebenarnya aku nak siarkan berita GMP buat bantahan tentang PPSMI di Kuala Terangganu hari ni 15 januari,2009.Bukan hantu yang bantah .Rakyat yang bantah,kerana dah ada angin untuk perubahan.Kalau angin kuat pokok akan tergoyang dan tercabut tunjangnya dari bumi.Lepas itu pokok itu akan mati .Kemudian anai-anai akan rantah segala rerantingnya dan dedahannya.Dan dedaunnya akan kering ditiup angin. Di bawa lari bersama masa dan ketika .

Sila baca di bawah ini.


DEPA MULA BUAT BANTAHAN ( 15 JANUARI,2009)


Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) memulakan kempennya hari ini bersempena pilihanraya kecil Kuala Terengganu dengan menabur 50,000 risalah dan penyerahan memorandum kepada calon PAS. Majlis itu disempurnakan oleh bekas profesor matematik dan fizik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Shaharir Mohd Zain di bilik gerakan PKR Terengganu di Jalan Sultan Muhamad.Selain Mohd Abdul Wahid Endut (kiri), turut hadir dalam majlis itu penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan), presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mustafa Ali. Sementara 10,000 keping dua risalah membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah diedarkan setakat ini, kata setiausaha agung Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Khairul Anuar Shazali. PKPIM antara bebarapa puluh NGO dan parti politik yang mendukung GMP.Menurutnya, risalah itu dicetak bagi memberikan kesedaran kepada penduduk di bandar raya ini yang akan membuat keputusan antara Abdul Wahid dan calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.Bagaimanapun, tambah Khairul Anuar, risalah-risalah itu akan tetap diedar di daerah ini walaupun selepas pilihanraya kecil parlimen tersebut, Sabtu ini, sebagai sebahagian kempen GMP di seluruh negara menjelang perhimpuna besarnya beberapa bulan lagi.GMP merancang mengadakan demonstrasi besar-besaran seawal-awalnya pada Mac ini ala Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang menggemparkan negara apabila berjaya mengumpul 40,000 orang berarak ke Istana Negara dua tahun lalu.Dalam risalah bertajuk "15 Pengkhianatan PPSMI", GMP mendakwa dasar tersebut melanggar beberapa fasal dalam Perlembagaan Persekutuan, menghina Raja-raja Melayu, mencanggahi beberapa dasar pendidikan utama seperti Penyata Rahman Talib, Falsafah Pendidikan Negara dan Akta Pendidikan, memudaratkan pelajar di luar bandar dan "membunuh bahasa Melayu." Sementara dalam satu lagi risalah bertajuk "Hapuskan Bahasa Inggeris Dalam Pengajaran Sains dan Matematik", GMP menggariskan 25 sebab dasar itu harus ditolak oleh seluruh rakyat.Alasan-alasan itu termasuklah PPSMI idea mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak pernah dipersetujui oleh guru dan bukan pula kehendak rakyat jelata. PPSMI, menurut risalah itu lagi, hanya menguntungkan mereka yang dekat dengan pemimpin kerajaan yang membekalkan bahan-bahan pengajaran dalam bahasa Inggeris. Ia juga mendakwa markah lulus peperiksaan direndahkan bagi menampakkan kejayaan dasar tersebut dan mengaburi mata orang ramai.

QUNUT NAZILAH

QUNUT NAZILAH

Zaman gawat ni dah cukup sesuai membaca Qunut Nazilah dalam tiap waktu sembahyang.Tak dak sapa kita nak mintak tolong lagi.Cuma kepada Allah.Kepadanya saja kita berserah.Pasrah dan mintak pertolonganNya.Tapi mesti ingat segala yang berlaku adalah hasil tangan manusia.Segala daki dan dosa manusia adalah punca segala kekerohan dan kedurjanaan.Kita cabut taqwa kita tanamkan kepasikan.Kita jadi kalifah,kita juga buat haprak.Hilang malu,hilang jatidiri,hilang modal insan ,hilang route nak cari Al-Shafie dan Al-Ghazali.Kita menipu diri dan dalam sekejip mata kita rosakkan route penghijrahan.Baru saja sambut maal hijrah dengan 1001 azam,kita mula buat hal di Kuala Terangganu.Benar2 kita ni pelupa.Kita menyeru bersatu menentang zionis dan di Kuala Terangganu pula kita bersengketa sesama sendiri.Kita bercakaran,kita tak senang melihat kesenangan orang.Sejauh manakah kemunafikan kita,seikhlas manakah hati kita,ke arah manakah wawasan kita,apakah kita ni percayakan Allah ? Lagi banyak disoal,lagi banyaknya keraguan yang tiba…..Wallahua’lam.


Jom kita tijau:-
Makna qunut nazilah adalah seperti tertera :
“Ya Allah, sesungguhnya kami meletakkanMu di batang-batang leher musuh-musuh kami dan kami berlindung denganMu daripada kejahatan-kejahatan mereka.”
“Ya Allah, leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka pecah-belahkan dan kacau-bilaukan persatuan mereka. Goncangkan pendirian mereka dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka wahai Tuhan yang gagah perkasa, wahai Tuhan yang penuh raksasa, wahai Tuhan yang bersifat murka.”
“Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, wahai Tuhan yang mengarakkan awan, wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab, kalahkan mereka kalahkan mereka, kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka.”
Aminn.

Thursday, January 15, 2009

JUST ANYTHING UNDER THE SKY

JUST ANYTHING UNDER THE SKY


Sepertimana Pak Non kata dalam blognya ,tok sah dok sibok2 sangat nak pilih Proton atau Cambry.Dok berbalah tak membawa bangsa Malaysia kemana2.Hentikan saja koridor2 yang tak ujud tu,dan taktau kita nak dibawa kemana2.Pikiaqlah secara pantas supaya gejala matematik dan sains tu tak memeningkan otak anak2 kita.Entah benar atau tidak ,aku diberitau bahawa kadar lulus dalam PMR yang lalu dalam kedua pelajaran tu cuma 5 markah saja sudah cukup untuk lulus .Pihak yang terlibat dengan pendidikan perlu bercakap benar.Apa untungnya putar-belitkan fakta.Pendidik2 jangan kencing berdiri,nanti murid2 kencing berlari.Sokmo aku dok sebut pasai ni.Wahai Pak Non perkara ni kita dah cukup masak.Yalah kami bukan nak apa2,tapi kami mau orang yang dikata pemimpin tu kenalah beritindak pantas supaya sebuah kerajaan baru Malaysia berstatus atau bertaraf 2020 itu akan ujud.Jangan dok pukoi canang saja.


Tak kan sokmonya dok bawa tajuk setaraf kedai kopi saja.Kita masih tak cekap,tak bersih dan tak amanah.Kita bukan keturunan penipu macam firaun.Temberang sana-sini.Macam dok dengar di Kuala Terangganu la ni.Ligat depa ke sana-ke sini.Lebih likat dari lebah2 mencari madu bunga.Membawa dengan duitnya berbillion2 dari satu pentas ke satu pentas ceramah.Dengan janji2 yang orang pun tak paham2.Dengan ugutan2 dan temberang2 yang melucukan.Begitulah dan begitulah.Sokmo2nya bila berkempen pilihanraya ni berbagai2 janji apa saja yang ada dibawah langit akan tersembor keluar.Bukan itu saja apa saja yang ada di bintang,di bulan dan matahari semuanya tak mustahil di beri.Pujuk-rayu akan lebih hebat lagi dari dua kekasih bermerendek di bawah sinaran bulan purnama.Kekadangnya tergelak aku seorang diri bagaimana manusia ni mudah di tipu.Jalan menipu akan jadi lebih mudah apabila Dajjal turun besok.Manusia dah terdidik kea rah itu.He will give you anything just under the sky.Under the sun,moon and the stars.Bila dajjal turun berpusu2 orang nak kan habuan.Dajjal nak beri berbagai2.Ambillah dan musnahlah segala impian di akhirat….nauzubillah.


Let us submit to the will of Allah.Don’t go for capital gain but soul gain.Insyaallah aku akan menulis,mengata dan membuat sesuatu mengikut the will of Allah.


Wallahua’lam.

Wednesday, January 14, 2009

ITU POKOK PANGKALNYA



LUCUT KEHEBATAN BILA SANJUNG DUNIA


Semasa Al-Quran belom di tulis.Semasa kelas Al-quran belom ada.Semasa belom ada banyak kemudahan.Semasa hanya unta dan kaldai yang ada.Semasa menerima banyak ancaman dari ‘ameno’ Mekah,dipimpin oleh Abu Jahal dan Abu Lahab.Semasa para sahabat hidup dalam kemiskinan.Itu semua tak semasa dengan kita.Kita dah jauh masanya dari mereka.Itu dulu-dulu.Dulu dari Hitler,dulu dari Napoleon,dulu dari Adi Amin dulu dari dulu yang sebelum dulunya.Di antara dulu itu sebelom dulunya dan yang terdahulu itu ialah semasa Nabi kita mula berdakwah menegakkan Islam.Semasa itu barakah Allah cukup meninggi dalam diri2 pengikut2 Nabi saw.Kerana barakahlah dalam dada2 para sahabat tertanam Al-quran.Sebab tu saya katakan Al-quran belum ditulis dan belom ada kelas Al-quran.Walaupun tak ada itu semua para sahabat boleh menghafal Al-quran.Dan sebab tu juga aku katakan semakin banyak kemudahan lagi payah nak amalkan penghafalan.Barakah Allah dah hilang kerana terlalu sanjung dunia,Allah lucutkan kehebatan diri manusia.Kita hilang sensibility dan kita hilang sensitiveness.


Sebenarnya Allah memberi rezeki sehingga tak terhitong.Allah memudahkan segala urusan dengan cepat dan pantas.Allah tudungkan segala keburukan diri.Dan Allah gandakan pahala yang cukup besar di atas kerja2 kebaikan.Tapi tak memberi makna kepada manusia,tak membantu menyelesaikan masaalah.Apakah kerananya ? Kerana kita tidak tergolong dalam kategori orang2 yang bertaqwa.Kita terlalu tamakkan dunia,dan kita tak halobakan akhirat.Itu pokok pangkalnya.

Wallahua’lam.

Tuesday, January 13, 2009

SEPAGI DI ARAS 5

Pagi2 lagi aku dak bertolak ke Aloq Staq bersama anak ku . Selepas memberi salam sembahyang suboh,tanpa lengah2 lagi kereta anaknya dah menuju ke destinasinya.Aku cuma sempat menyudahkan wirid harianku di dalam kereta . Dimesjid2 yang kami lintasi masih ada jemaah yang masih berzikir . Sudah semestinya terdiri dari orang2 tua macam aku . Dalam pagi yang masih gelap,anak2 sekolah dah ada berkeliaran di tepi2 jalan menunggu bas sekolah.Ada yang di temani oleh ibu2 mereka . Jauh berbeza dengan zaman aku dahulu.Di zaman itu kami pi sendiri dan balik pun sendiri.Kalau nak bandingkan banyak kelainannya.Tak payah aku ceritakan,kerana kekadang budak2 la ni tak percaya.


Urusan temuduga anakku selesai pukul 11 pagi.Tak terasa oleh ku bahawa aku tak bersarapan pagi ini.Biasanya aku cuma minum setegok-dua air yassin selepas salam suboh dan selepas wirid aku mulakan tugasku berblog.Menulis apa saja yang terlintas dijejari2 ku.Lepas itu baru aku makan apa yang disediakan oleh Mak Wan.Aku tak cerewet.Nasi ke,cucur ke,bihun goreng ke, dan kekadang aku makan buah korma saja.Aku tak mau menyusahkan mak Wan.Semua aku sapu,asalkan halal.Mak Wan pun tak ganggu ku bila aku’berkasih2’ dengan computer ku berblogging.Pagi ini aku lupa pada makanan,Cuma sedar bila anakku keluar dari bilik temuduga.
“Ayah dah makan?”,tanyanya. “Aduh, belum nak .Tapi ayah tak rasa lapar“,jawab ku.


Sebenarnya aku sibok bercit-cat dengan anak2 muda yang ditemui di Aras 5 Pusat Pentadbiran.Seorang guru muda memberi peluang padaku memperkenalkan blog ku padanya.Dia berminat dan memohon weblog ku.Aku harap dia dapat mengikuti blog ku dan memberi komen.Jangan anggap apa yang ku tulis tu betoi.Seorang pemuda juga ku cukup bangga dengannya.Berbagai topic kami cakapkan.Sudah tentu aku tak mau lepas peluang bercakap pasai rokok.Kerana aku tau seseorang tu perokok atau tidak.Akhir qalam kami dia mintakan doa unutknya berhenti dari merokok.Kini dalam sehari dia habiskan dua kotak.Insyaallah dia akan berjaya dalam misinya itu.


Aku dan anak pulang dengan perut lapar.Aku singgah di sebuah kedai yang aku cukup biasa dengan kemasakan depa.Aku beritau anakku balik makan di rumah bersama emaknya.Aku beli 3 bungkus laksa,3 bungkus mee dan 3 bungkus ais kacang.Dalam kereta dok telan air lioq saja kerana bau kuah mee rebus dan kuah laksa.Mak Wan sambut kami penuh mesra.Kerana aku tau laksa ialah kegemarannya.


Kita jalinkan kemesraan rumahtangga dengan makanan.Kerana umur tua aku keletihan juga walaupun tak memandu.Selepas balon mee.laksa dan air kacang terus tunaikan Zohor.Dan terus aku ZZZZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzz.

Monday, January 12, 2009

ENGLISH,SCIENCE & MATHEMATICS

ENGLISH,SCIENCE & MATHEMATICS

Dah lebih dari 50 tahun kita merdeka,kita bukan cuba selesaikan masaalah kita.Bahkan kita membuat masaalah.Baik dari apa segi pun kita buatkan masaalah.Itu baru satu parti yang jadi pemerintah.Kalau dok tukar ganti entah berapa banyak lagi masalah akan timbul.Aku tak berani kata.Dalam tahap pemerintahan yang kecil2 pun jadi begitu.Di sekolah umpamanya,mai gurubesar baru habis sistem yang ada ditukar.Apa salahnya kita kekalkan yang baik2 dan membaiki yang mana tak releven.Mai pegawai daerah baru,cara baru pula ditonjolkan.Pokok2 bunga yang lama pun ditebang dan ditanam pula pokok yang baru.Cukup membazir.Kekadangnya aku dapat tau,jamban pun dipulihkan semula.Apakah cara berak dan kencingnya pun tak sama dengan orang dulu.Yang aku tau sama busuknya dan sama hancingnya.


Dan masaalah mengajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris pun masih tak reda.Bahkan masih hangat.Takkan kita nak semua anak2 kita jadi doktor.Takkan nak semua juga jadi enjineer.Kalau macam tu habis satu dunia jadi pasik.Takkan bila pandai bahasa inggeris,pandailah sainsnya dan matematiknya.Kami asai cikgu cukup paham masalah ini.Yang pandai cakap inggeris tak pandai nak ngajar inggeris.Yang pandai bahasa melayu pun ada yang tak pandai mengajar bahasa melayu.Contohnya sebegini;cikgu tak boleh ambil tugas doktor,dan bila kurang guru suruh doktor pula jadi cikgu,jadi cikgu sastera umpamanya.Kita ada specialisasi masing2.Tak semua doktor boleh melakukan pembedahan.Ada doktor cuma boleh rawat kanak2 kecil.Jadi tak usahlah angan2 nak meningkatkan bahasa inggeris hanya dengan belajar dalam pelajaran2 sains dan matematik.


Apa salah kita ajarkannya kepada budak2 yang terpilih.Macam zaman penjajah dulu.Dia switch 360 darjah kepada yang terpilih ke special malay class.Semua ke bahasa inggeris.Senaman pun guna bahasa inggeris.Semua boleh ikut dan dalam setahun boleh cakap inggeris,walaupun masih lintang-pukang.Budak2 cerdik hang bagi apa pun dia boleh buat.Sila rojok balik sistem special malay class sebelom merdeka dulu.Kebanyakan pemimpin la ni depa tak tau tu semua.Depa muda.Lahir pun negara dah merdeka.Kami yang tua2 ni dulu nyanyi GOD SAVE THE QUEEN di hari perhimpunan.


Aku sebenarnya tak mau tuleh pasai PPSMI ni,tapi bila mengikuti diskusi kuliah,Universiti Terbuka PTS di kelolakan oleh bekas pensyarah UM Puan Ainon Mohd,entah tiba2 jadi tertarik.
Di bawah ialah saranan2 dari kuliah tersebut.Semoga saudara2 juga dapat berkongsi bersama.Kalaupun kita sudah tidak ada anak2 di sekolah,kita masih ada cucu2 atau kita masih ada cicit2 atau generasi kita yang tak terputus2.


Kita Tolak PPSMI

* PPSMI adalah idea mantan Presiden UMNO dan mantan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad seorang.

* Rakyat jelata tidak pernah meminta PPSMI.

* PPSMI hanya menguntungkan anak-anak yang ibubapanya bertutur bahasa Inggeris di rumah.

* PPSMI menguntungkan anak orang kaya-kaya di bandar.

* Ibubapa yang tidak bertutur bahasa Inggeris tidak dapat menolong pelajaran anak-anak mereka di rumah.

* Anak-anak keluarga miskin dalam bandar dan di luar bandar menjadi mangsa PPSMI.*

PPSMI akan menyusahkan anak orang miskin dan orang kampung menjadi saintis, doktor, jurutera dll.

* PPSMI dibuat oleh kerajaan BN tanpa berunding dengan rakyat.

* Kerajaan BN tidak pernah mendapatkan pandangan guru-guru sebelum membuat dasar PPSMI.

* PPSMI dilaksanakan dengan cara paksaan walaupun ditentang oleh majoriti rakyat.

* Guru-guru tidak pernah bersetuju dengan PPSMI.

* Cendekiawan dan cerdik pandai Melayu tidak pernah dirundingi oleh kerajaan BN sebelum melaksanakan PPSMI.

* Kerajaan BN membakul-sampahkan puluhan memorandum yang menentang PPSMI.

* PPSMI terus dilaksanakan walaupun hasil kajian oleh bijak pandai di universiti mendapati dasar itu gagal.

* Setiap tahun markah lulus peperiksaan diturunkan demi mengaburi mata rakyat.

* PPSMI menguntungkan kontraktor kroni yang membekalkan bahan-bahan bahasa Inggeris.

* Kaum Cina pun menentang PPSMI.

* Yang menyokong PPSMI adalah segelintir golongan elitis yang mendewa-dewakan bahasa Inggeris.

* PPSMI tidak sah di sisi perlembagaan negara.

* PPSMI menghina bahasa Melayu.

* PPSMI membunuh masa depan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

* Bahasa Inggeris gagal mengkayakan Filipina, India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, negara-negara di benua Afrika yang meminjamnya.

* Semua 40 buah negara maju di dunia menggunakan bahasa masing-masing.

* Semua negara yang meminjam bahasa penjajah semuanya gagal menjadi negara maju dan kayaraya.

* Di mana-mana negara pun bahasa penjajah gagal memandaikan rakyatnya yang miskin.

Sunday, January 11, 2009

LIFE IS SHORT BUT TO LIVE IS LONG

LIFE IS SHORT BUT TO LIVE IS LONG


Kali ni bukan lagi mimpi.Banyak kekawan tak beri komen tapi telepon pasai mimpi tu.Itulah pasai tua ni, kita jarang mendapat kesempatan berjumpa. Kecuali jumpa dalam mimpi ..Banyak merengkok kat umah.Kekawan yang telepon,terimakasih banyak2.Muda2 dulu kerap bermimpi jumpa kekasih.Mai kita cakap pasai lain pula.Cakap pasai apa kita mai ke dunia.Cara Allah latih kita menjadi mukmin sebenar.

Dalam dunia yang penuh berbagai kemajuan,berbagai kecanggihan,berbagai penemuan2 baru sekaligus juga dunia dipenuhi dengan berbagai kedurjanaan ,kemerosotan akhlak,digalas lagi dengan berbagai penyakit dan juga berbagai permasaalahan sejagat dan yang hakikinya kehilangan rasa kemanusiaan.Nilai kemanusiaan dah menjunam ketaraf yang terendah.Masyaallah.

Dan itulah sebabnya manusia diciptakan Allah untuk hidup dan terus menempuh,mengharungi dalam pertarungan2 untuk mencapai tahap nilai manusia kamil.Semua pancaroba harus dilalui manusia untuk mendapat kemenangan.Manusia terpaksa mengharungi lautan permasaalah ni dengan menggunakan akal-budinya.Manusia perlu bersaing walaupun sesama sejenis.Ia adalah ‘survival of the fittest’.Ia adalah satu ‘rat-race’.

Sejak dilahirkan seorang bayi dah mula bertarung dengan alam barunya.Dia menangis sekuatnya supaya nak sesuaikan oksigen yang terlalu banyak berbanding dalam perut ibu.Dia bertarung dengan udara.dia bertarung dengan suasana barunya.Cuma dayanya ialah menangis sekuat2nya . Kerana dia belum boleh membuat apa2 lagi.Kalau bayi tak menangis dia pada biasanya tak boleh hidup lama.Umurnya pendek.Ahli perubatan pun berkata begitu.Kerana dia tewas.Dia tidak ‘fit’,tidak ada fitness nak bertarung dengan yang lain2.

Bila dah besar,dia pergi ke sekolah.Di sekolah dia terpaksa bertarung lagi dengan berbagai2 ujian dan peperiksaan.Kalau tak berjuang secukupnya dia akan gagal.Begitu juga semasa bekerja dia terpaksa bersaing dengan rakan sekerjanya.Kalau tidak dia tak akan berjaya dalam kerjayanya.Orang politik lagi terok bersaing.Kekadang sampai jatoh akidahnya.Jarang depa ni mendapat kepuasan hidup,walaupun rumah besar,bini cantik,duit banyak,gelaran berjela2 dsbnya.Tak contented macam kita,walaupun hari2 makan berlauk ikan asin saja.Pucuk paku saja.Sambal belacan saja.Sayur rebong saja.Petai bakar saja.Masa susah dulu rakyat makan nasi bergaram saja,toyu pun tak dak.Tapi semuanya sedap.

Bila dah cukup tua kita akan berjuang untuk mati pula.Bukan senang hendak mati.Kita bertarong dengan maut dengan kekuatan iman yang ada.Tanpa iman kita akan tewas di tangan syaitan dan iblis.Pujuk rayu syaitan lebih hebat dari kempen pilihanraya.Bukan setakat 1 kilo gula dan satu kampit beras,tapi syaitan berjanji nak memberi surga.Bila hati dah dikunci Allah,itulah pertanda buruk menimpa diri seseorang.Masa itu menyesal tak memberi guna lagi.Bertaronglah mencari cara tak dimurkai Allah.Semoga Allah memberi redhoNya kita berblog.Bukan payah nak cari pahala dan tak usah bersenangan bila buat dosa.

Dunia ni kalau dapat banyak macam mana pun ,hakikatnya masih sikit dibandingkan dengan akhirat.Kita mencari bekal di dunia.Banyak mana sangat bekai dunia yang kita nak?Yang nak banyak ialah bekai akhirat,pasai nak hidup lama di sana,Abadan abada. Dunia ada banyak pengikut,tapi di akhirat kita solo.Pengikut akan lari kerana hari itu nafsi2.Apa yang dikorban untuk dunia kita dapat segera di dunia.Kalau kita berjuang dengan redho Allah,kita buatkan kesenangan hidup dalam akhirat.Berilah keutamaan yang baik2 dan bolehlah kita berangan2 berjaya di akhirat.Usaha berkiblat dunia yang sementara,memberi nikmat sementara di dunia.Di akhirat kita dapat zero.Kosong.Nothing.

Jangan mimpikan surga kalau kita bukan the fittest.So why not struggle and be the fittest.May Allah bless us all.Barulah boleh bermimpi nak jumpa dengan bidadari2 dan serba mak-nenek yang dihajati,diingini,diminati dan yang serba-serbi dok terlioq di dunia tapi tak pernah kesampaian .

LIFE IS SHORT BUT TO LIVE IS LONG.

Dari masa hingga masa,
Jangan lalai dalam kerugian.

Aku tak kencng berdiri,
Jangan kamu kencing berlari.

Hello-hello sesapa saja.
Kawan Pak Cha si kamu dan si dia.

Aduhai manusia mengapa begini?
Kerana masing2 lupa diri.

Life is short but to live is long,
Bertaqwa saja,Allah pasti tolong.


Wallahua’lam.

Saturday, January 10, 2009

TAK SEMENA2 DEPA MAI BERDUYUN2

TAK SEMENA2 DEPA MAI BERDUYUN2

Entah tak semena2 mereka datang beramai2 ke Srengenge.Ada yang aku kenai ada yang tak aku kenai.Aku tak tahu pasai apa depa mai ramai2.Dulu depa mai ke srengenge juga,tapi masa tu ada kenduri.Hari ni memang tak dak kenduri ,jadi apa pasai depa mai.Semua mai berkereta jadi tak dak ruang nak parking.Berderet2 berbaris sampai ke simpang nak masok ke Srengenge.Kat padang pondok Tuan Guru Haji Salleh pun penuh dengan kereta.Orang tempatan pun mai juga,kerana nak tau apakah sebenarnya orang begitu ramai.Bukan ada apa kat Srengenge ni.tapi bila orang ramai,sudah tentu ada perkara tertentu.Mesti ada apa-apa.Jadi jom kita pi tengok.Mesti ada sesuatu.Orang tempatan terpinga2 pasai depa tak tau.Orang yang mai depa pun tak kenai.

Aku Cuma kenai sebahagian dari depa.Noor S.M aku kenai sebab mengaji sesama aku.Noorjaya aku kenai sebab dia orang GATRA ( Gabungan sasterawan Kedah).Sudah tentu Jihaty Abadi aku cukup kenai,kerana dulu sama2 mengajar kat Sik English school.Kami panggil Syed English School,kerana gurubesar kami namanya Syed Abu Bakar.Lepas tu aku dan Jihaty Abadi sama2 pula melanjutkan pelajaran kami.Jihaty cukup pintar berpuisi,maklumlah dia guru lulusan LI.

Aku kenai Prof.Yusof Hassan kerana dia juga bekas guru.Dia lama dok kat Srengenge ni.Masa dia dok buat thesis dulu utk degree masternya.Dia kaji longhat orang Srengenge bercakap.Thesisnya tebai 3 inci.Aku ada simpan senaskah thesisnya.Last aku jumpa dengannya semasa di BertamGolf Resort.Masa penubuhan Alumni UPSI/SITC Zon Utara.Di masa tu jumpa juga guru2 lama SITC,termasok Md.Noor Udoh,Wazata Zin,termasuk juga TYT Tun Dato’ Seri Haji Abdul Rahman Abbas ( Gabenor Pulau Pinang ,juga bekas lulusan SITC ).Mula2nya aku tak mau pi ke Bertam GR,tapi Md.Noor Salleh( kebetulan juga kawanku,dan dia jadi VC UPSI di masa tu) suruh aku pi.Mau tak mau pi juga.Bertuah juga kerana dapat jumpa kawan2 lama.Banyak depa pi.Majlis tu depa namakan SIRIH PULANG KE GAGANG.

Azizi Abdullah aku kenai,tapi dia tak kenai aku.Prof.S.Othman Kelantan aku kenai,kerana dia dah mai banyak kali ke Srengenge,semasa datuk Shahnon tengah rancak dulu.Dia pun masih kenai kat aku,yaitu semasa aku ke UPM.Dia dok bersyarah kat sana.Orangnya cukup simple dan mudah bermesra dengannya.Dia juga cukup baik dengan anak ku yang dok belajar kat sana.Kadang2 bila ada free-time dia ajak anak ku ke coffee-break kat cafeteria.Cukup komited dengan sastera.Dari seorang ustaz jadi seorang sasterwan.Boleh cakap arab macam ayiak.

Aduh banyak juga yang aku kenai,tak sempat nak berjumpa depa,kerana tak semena2 aku terjaga dengar laungan azan subuh.Rupa2nya aku bermimpi.

Friday, January 9, 2009

THE FATHER IS HAPPY , LOOK ! HE'S SINGING

THE FATHER IS HAPPY,HE ‘S SINGING



Ini cerita benar.Belum lagi aku tuleh dalam blog aku.Dekat pelajar2 sekolah dulu aku pun tak cerita.Depa masih muda.Campor lelaki pompuan pula tu.Cerita pula pasai beranak (bersalin).Cerita ni cerita lama.Dah berkurun2.Masa tu orang barat pun tak anti Islam macam la ni.Dunia aman damai.Had dengki tu ada juga tapi tak ketara sangat.Had jahat tu ada juga tapi tak menjahat sampai ke lubang kencing.Dunia ni tak boleh aman 100 persen.90 persen pun tak boleh.Boleh 65 persen tu dah cukup baik.La ni tahap merudum dari segi akhlak amat membimbangkan.Aduh ! pokok ceritanya belum aku beritau lagi.Ianya begini.


Cerita kawan ku pi mengaji di amerika.Isterinya ikut bersama.Maka hamil lah pompuannya di sana.Tiba waktu bersalin,dia bawa isterinya ke wad bersalin.Kalau di Indonesia ia panggil wad korban lelaki.Doktor menjemputnya berada dalam wad untuk mententeram emosi isterinya.Mana ada adik beradik di sana.Bush pun masih beringus lagi.Obama juga tak lahir lagi.Kawan ku ni agama pun tak mendalam setara mana,macam aku juga.Tak tau hujung pangkal sesuatu.Tapi dia teringat pesanan orang tuanya,bila bayi lahir pasti azankan dia.Jadi dia bersedia nak mengazan bila anaknya lahir.Biasanya bayi menangis sekuat2nya bila keluar ke dunia.Maka sibapa pun mula azan juga sekuat2nya.Lagi bayi menangis sekuatnya,si bapa juga menguatkan suaranya.Jadi kecoh dalam wad.Tapi doctor tu bijak.Dia beri tau semua pembantunya ; ‘Look the father is very happy , he is singing ‘. Anda syok cerita itu ? .Bawa pi kempen kat Kuala Terangganu.Mungkin rindu depa kat Mat Sabu terubat.Tentu depa juga dapat duit banyak.

Aku la ni pun dok pikiaq nak buat dakwah juga kena guna duit.Dok taskil pi sembahyang berjemaah pun payah.Kalau ada duit penoh mesjid.Sekali pi berjemaah RM 10 pun dah cukup.Lagi banyak duit,lagi ramai mai jemaah.Lagi banyak pula jadi munafik.Tok sah,tak payah.Kalau Allah tak beri hidayat,kita tak boleh buat apa-apa.Cuma kita buat kerja menyeru saja.Elok gitu kan ? Saudara ku leenoh tentu pandai nak jawab/komen.Dia lebih ariff.

APAKAH MISSION HIDUP INI ?

APAKAH MISSION HIDUP INI ?


Depa dok sibok dengan pilihanraya KT.Kita cuma boleh beri sokongan moral.Sapa menang kalah sudah ada dalam genggaman Allah.Kalau depa ada mission tak lah depa sekalut begini.Mission depa ,mission fulus.Kalau tak kerana fulus,mampuih tak berjuang sebegini.Yang ikhlas berjuang nak menegakkan Islam cuma sebesar taik kuku.Kalau sungguh ikhlas mengapa dok berkotak-katik pasai hudud.Kalau ngaji agama pun dok di takok lama.Dok persoalkan perkara2 yang remeh2.Persoalkan gerak2 jari masa tahiyyat.Persoalkan teraweh 8 rakaat.Persoalkan simpan janggut.Persoalkan pakai jubah dbgnya.Banyak lagi kerja kena buat.Kita dok bertengkar pasai yang ku sebut tadi,tak habis2.Kita nak tolong selamatkan mat rempit.Nak selamatkan yang murtad.Nak jaga anak2 yatim.Nak selamatkan black metal.Bercambah2 ajaran sesat.Nak lawan akedami fantasia,sure heboh,raja lawak yang melalaikan muda-mudi.Yang menggatai muda-mudi . Dengan dakyah kritianisasinya.Dengan serba mak nenek yang boleh melesukan ajaran Islam.Depa semua ada duit banyak,mudahlah depa bergerak.Kita ada apa ? Cuma guna air lioq.Nasib baik ada segelintir hamba Allah yang benar2 berkorban.Aku dok jaga anak2 yatim,jadi aku cukup kenai depa ni.Jujur sungguh.Tahun 2008,dengan anak2 yatim berjumlah 95 orang,kami belanjakan untuk depa lebih dari RM 300 ribu.Dari segala makan-pakai sampai keberak pun disupply .Dengan duit poket, dengan segala belanja sakit-demam .Aku tak tau duit tu mai dari mana.Semuanya dari derma orang.Biasa bersembang sesama AJK : Habeh duit ni kita hantar balik budak2 ni ke waris depa yang ada.Kita nak bagi makan apa ? Tapi Allah tetap hantar rezeki budak2 ni…alhamdullilah.

Buat kerja agama cukup mudah.Buat setakat terdaya.Kita khalifah di bumi.Apa bahagian yang kita buat itulah kerja kita.Amal-makruf,nahi mungkar.




WALLAHUA'LAM

Wednesday, January 7, 2009

UH-OH

UH-OH


Makhluk di langit sujud pada manusia.Makhluk di bumi tunduk pada manusia.Mengapa ? Kerana manusia ialah mahaguru kepada seluruh alam.Di lantik terus oleh Allah.Bila manusia menguasai kekayaan alam , seluruh kekayaan di bumi dan di udara di kaut . Cinta pada kekayaan membuat manusia bersaing siang dan malam.Tidak kira penat-lelah.Tak kira haram-halal.Selanjutnya manusia membenci sesama sendiri . Dan mereka berkhianat sesama sendiri.Hujung jatuhnya manusia berpecahan sesama sendiri. Mereka bertarong kerana cintakan dunia melebihi dari segalanya. Dunia dari kacamata manusia cukup cantik .Mereka lupakan akan mati.bahkan mereka bermati2an merebut dunia yang ‘sedikit’ .Oleh itu Allah turunkan bala kepada manusia.

Manusia diancam dengan berbagai penyakit ; penyakit rohani dan jasmani.Bukan itu saja,ancaman2 lain turut mengganggu manusia.Akal manusia mengujudkan sifat2 negatif dalam kehidupan.Di ciptanya sekularisme.Memisahkan agama dan kehidupan.Globalisasi,hendoisme , liberalisme,kapitalisme,komunisme ,sosialisme dan isme2 yang lain turut memusnahkan manusia itu sendiri.Manusia jadi hilang sedar.Tak sedarkan diri .Lupa daratan.Ego dan individualilstik.Pentingkan diri sendiri.Pentingkan kroni.Pentingkan dunia.Hilang harga akhirat.Dan tak takut akan mati.Akhirnya terjerumus dalam ‘lubang biawak’.

Tuesday, January 6, 2009

SAPA KATA MELAYU STUPID ?

SAPA KATA MELAYU STUPID ?


Kalau diambil kira 1957,tahun kemerdekaan.Kalau diambil kira 1511 ,tahun Melaka di goda oleh Portugis…………….maka,446 tahun kita dijajah.Dengan Portugisnya.Dengan Inggerisnya.Dengan Siamnya.Dengan Jepunnya.50 tahun dah capai kemerdekaan.Tapi kita masih lagi dijajah.Kali ini bukan negerinya,tapi minda kita tetap dijajah.

Dulu depa jajah negeri.Cuma untuk mengeksploit ekonomi negara.Tapi la ni depa habis eksploit minda . Sehingga melampuau2nya pemuda dan pemudi kita.Banyak yang jadi fasik.Negara maju dengan pembangunan dan juga maju dengan maksiat.Berleluasa pula.

Zaman dijajah oleh barat dan timur dulu orang kita pandai jaga akidah.Akidah tak tergugat.Lani berapa banyak yang dah murtad.Pengaruh yahudi cukup ketara.Masok sampai ke cerok2 kampong.Masok sampai dalam setiap rumah.Masok sampai ke lubang jubur.Berapa banyak pula terpengaroh dengan Bollywoodnya.Dulu panggil Hindustan.Dan bollywood ialah dakwah agama majusi.Bukan saja rakyat,termasuk sama pemimpin2 bangsa yang terpengaroh.Depa hulur dengan lagu.Depa hulur dengan kejelitaan para heroinnya.Depa rosakkan dengan tarian2nya yang mendedahkan pusat..Habeh rosak.Pemuda dan pemudi jadi gila tak tentu pasai.Sampai mat Bangla pun depa gila.

Demokrasi kita juga banyak merosakkan bangsa.Hari ini 6 januari,dengan lambang demokrasinya,bangsa kita mula berkecamuk dengan pilihanraya Kuala Terangganu.Mulalah bangsa ku bekelahi/bergadoh/mencaci/menghina/dengan amalan rasuah.Dengan mempersoalkan hudud yang telah lebih dari 1430 tahun di dakwah oleh Nabi saw.Dan dengan berbagai2 lagi.Turun naik bergilir ganti pemimpin dan rakyat.Semua itu akan direkod dan didedahkan di akhirat nanti.Pembaziran berlaku berleluasa.Duit juta2 akan diistiharkan.Orang2 dhaif didekati dengan hamper2 berlori2.Dengan mulut manis untuk memikat pengundi.Lepas itu tunggulah 5 tahun lagi.

Sebenarnya bangsa ini bukan itu tarafnya.Tok nenek depa cerdek.Orang Melayu dulu boleh buat gobek api menggunakan tanduk.Dan jepun pun belum lagi membuat lighter.Dan orang inggeris pun masih mengesekkan batu untuk buat api.Dan berapa banyak rumah orang melayu masih ada gobek api.Tok nenek juga buat kipas angin untuk memisahkan padi dari hampanya.Jepun pun masa tu belum ada ‘toshiba’nya dan ‘sanyo’nya.Tok nenek juga buat kilang padi.Tok nenek juga buat pengapit tebu yang ditarik oleh kerbau.Masa penjajah Jepun,tok nenek dah mula membuat gas dari bahan getah.Tok nenek juga dah mula buat kasut juga dari bahan getah.Dan kumpulan aku pula dah boleh buat bola getah .Dari sekerap di tapak tempurong yang baru beku digigit dan dihembus angin.Kemudian dililit dengan tali sekerap mengikut saiz yang dikehendaki.Dituangkan cecair getah dan disalut dengan kain buruk.Di jemur hingga kering.Kualitinya kalau nak dihitong setaraf dengan Adidas.Ia lebih lembut dan cukup selesa untuk kaki.Boot bola kami buat dari upeh yang diproses menjadi lembut.Dan dari upeh juga kami buat timba untuk kegunaan seharian.Lapisan dalam upeh pula boleh di buat bungkusan.Lempok durian yang dibungkus dengan upeh bila disalai boleh tahan bertahun lamanya.Ia tak jadi rosak.Cukup sekian saja nak ku sampaikan.Insyaallah jumpa lagi.Sapa kata kita bangsa bodoh ?

Monday, January 5, 2009

SAVE LIVES , SAVE IJN

SAVE LIVES , SAVE IJN

IJN berdenyut macam jantung.Sekejap nak diswastakan.Sekejapnya tidak pula.Kita tunggu apa jadi lepas pilihanraya Kuala Terangganu nanti.Denyutannya bagaimana pula,kemutannya pun nak kot mana.

Pasai IJN ni dah banyak dicakapkan oleh bijak-pandai.Nak swastakan kat Sime Darby.Nak untung besar.Nak kerobek duit orang yang sakit jantung.Itulah matlamatnya.La ni banyak sangat manusia nak menghukum orang2 yang sakit dan tak sihat.Harga untuk berubat cukup tinggi.Mengapa kita tidak ada prihatin sikit.Biarlah berpatutan.Hari ni dia sakit ,entah esok kita pula yang sakit.

Orang yang tak pernah sakit selalu perangai macam firaun.Firaun seumur hidupnya tak sakit.Pening2 pun tak pernah.Dia berak 40 hari sekali .Akhirnya dia mengaku dia tuhan.Dia kata dia boleh perhidupkan orang dan mematikan orang.Dia bunuh utk mematikan seseorang.Kejam lagi zalim.Mendapat laknat Allah.Di hari dia tengok ular mukjizat Nabi Musa a.s , Firaun cirit 40 kali.

Selamatkan IJN dari diswastakan.Kalau Sime Darby ada banyak fulus buatlah sendiri.Kan mudahkan.Buat besar lagi pun tak pa.Biar jutawan2 di seantaro dunia mai ke pusat jantung Sime Darby.Dah kaya ,kalau nak menikah pi la cari puteri yang lebih cantik.Jangan dok mengorat bini orang.

Wahai jantung ! Apakah nasib mu ? Dalam diri manusia , ada seketul daging.Baik buruknya seseorang bergantung pada hatinya ( jantung) .

Wallahua’lam. Save IJN.


Sunday, January 4, 2009

CHEDET BUKA PULA BLOG BARUNYA

CHEDET CC


Chedet dah buka pula blog barunya.chedetcc.Blog lama disimpan buat rojokan.Dalam beberapa ketika saja chedet dah jadi blogger no 1.Mendapat lebih dari 10 juta hits.Nampaknya dia cukup hebat.Boleh sekaligus bercakap dan menulis.Sejak keluar dari UMNO banyak yang dia cakap dan banyak pula yang dia tuleh.Tahniah.

Terkini blognya condemned Isreal kerana dengan biadap membelasah orang Plastine.Allah dah beritau dalam Al-quran pasai Isreal ni.Jangan buat kawan.Jangan ajak berunding.Tapi kita bodoh,tak ikut Allah.Kita ni ikut seinci,sehasta dan sedepa sehingga masok ke lubang biawak.Chedet dulu pun cuba nak bermesra dengan Isreal.Dia jemput pasukan kriket Isreal bermain di KL.Heboh Pas masa tu.Tunjuk persaan di KL.Banyak yang kena tangkap.Banyak yang kena gas pemedih mata.Dan saudara Mahfuz dipenjarakan sebulan kerana terlibat tunjuk perasaan tu.Nampak macam Mahfuz lebih terok dari Isreal . Chedet sedar atau tidak aku tak tau.Aku masih tak lupa.Tak semua Melayu mudah lupa.Dia mungkin dah lupa kerana dia tua dari aku.

Chedet menulis untuk Obama president-elect.Obama ni baca blog atau tidak ? Aku ingat dia tak dak masa nak baca semua ni.Dia tak ambil hal semua ini.Negara dia raja dunia.Amerika tu Amerika jugalah .Depa tak dengar kata sapa pun.UMNO pun dah tak dengar kata2 Chedet.Nak bagi Obama dengar kata dia ? Jauh taik kuku dari mulut.

Dia suruh Obama hentikan Isreal dari membunuh orang2 Plastine.Tapi dalam tahun 1987 ngapa dia pun tak hentikan dari membunuh orang2 Memali.14 orang maut.Anak jadi yatim.Bini jadi janda.Aku masih tak lupa.Bicara punya bicara,sampai la ni aku tak dengar apa keputusannya.Harta rampasan depa bagaimana? Walaupun golok sebilah.Walaupun parang ketot tanpa hulunya.Itu harta depa.Seperti biasa orang2 kampong semua ada alat2 seperti kapak,pisau yang berbagai,parang dan juga senjata2 lama hak mullah2 depa habis diambil.Nak jadi bukti bahawa depa ni jenis pengganas .Nak lawan kerajaan.Sejenis dengan Amerika dok buat la ni .Sejenis dengan Isreal yang dok buat la ni .Depa orang kampong yang nak mendaulatkan hukum Allah.Anak2 yatim , lani semuanya dah dewasa.Janda2 muda dulunya dah jadi nenek.Dan ada yang dah mati , dan akan hidup kembali untuk dakwa semula diakhirat .La ni bicara tentang Memali dah tak dengar lagi.Cuma tunggu di akhirat supaya pembicaraan disambung semula.Orang tua macam aku payah lupa.Jangan buat dhek saja , kerana Allah Maha Adil.

Obama akan tinggal di White House.Tak pernah dengar White House kena bayar sewa.Yang peliknya rumah kediaman PM kita kena bayar sewa.Bayar kat Putrajaya Holdings.Sewanya murah saja kerana guna duit Negara/duit rakyat.Cuma RM345,833.33 sebulan.Jadi Cuma RM 4.15 juta setahun.Aku pun nak tanya sapa dia Putrajaya Holdings tu ? Geran tanah Putrajaya tu atas nama sapa pula ? Ahli2 parlimen kena ambik tau , jangan bertikam lidah kosong saja.Hey-ho,hey-ho tak tentu pasai.Takbirlah Negara secara adil.Kita jadi kalifah di bumi.Setiap inci bumi akan menjadi saksi di depan Rabbul-Jalil. Jangan jadikan ini perkara kecil , jangan dok syok-syok sendiri.Dunia ni bukan comfort zone.Cuma surga lah yang jadi comfort zone.Pasai tu dunia ni ‘najis’.Pasai tu orang cerdik tak pandang pada dunia.

Kita jangan mudah lupa.kerana Allah akan soal kita atas semua kerja buat kita.Jangan lupa akan mati.Dan matinya seseorang , asbab dari tangan kita.Nak mintak maaf,mana boleh.Itu kesalahan anak adam atas anak adam.

Aduh,aku dah hampir lupa nak tanya.Casinos di Genting tu kena sewa tak ? Kalau ya,bayar kat sapa ? Sudah tentu sewa premis judi tu lebih mahal dari kediaman PM.Kita dapat untung besar di dunia.Kita juga akan dapat kerugian besar di akhirat…nauzubillah.Siapa kita itu ? Aku tak termasok dalam 'kita' itu.Hangpa,hangpa,hangpa atau siapa ?

Kejarlah dunia sebagai bekalan untuk ke akhirat. .Wallahua’lam.

Saturday, January 3, 2009

BLOG@1

BLOG@1


Semalam aku dapat menonton Blog@1 .Sebelumnya , aku , aku tak punya masa nak tengok.Sebab masa 8.30 tu sibok dengan waktu sembahyang.Kali ni disiarkan jam 10.30 malam.Ini masa kecederaan.Bolehlah berehat dan bersantai di depan tv.Pahit Manis menjadi tetamu.Saudara Idaham menjadi jurusoal.Blog Pahit Manis adalah antara blog pilihanku.

Selalunya begitulah,sebagai acara sulung 2009,tak begitu mengancam minda.Tak dapat pick-up.Pahit manis pun tak berapa terlior dalam cakapannya.Biasanya orang pandai menulis ni bila bercakap tak berapa menjadi.Penulis2 banyaknya tak pandai bercakap.Pak Shahnon yang aku cukup kenai pun begitu.Ceramah PASnya tak dapat menarik para pendengar.Tak boleh lawan Mat Sabu.Mat Sabu pun begitu,suruh tuleh jadi tak hebat.Pak Shahnon pasai SHIT pun dia boleh tuleh.Anuar Ibrahim pun sama.Cakapannya menjadi.Blognya pula tak menjadi juga.Tuleh tak serupa cakap.Ada boleh bercakap.Ada boleh menuleh.

Pahit Manis 2 kali bersetuju saja dengan hemah juruacara.Tak dak block and tackle.Soalan2 pun tak begitu menarik.Macam main bolasepak : hang sepak mai , aku sepak pi.Tak dak kejar-mengejar.Tak dak siku-menyiku.Jaringan gol langsung tak dak.Penerbit rancangan ni kena buat banyak homework.Kami guru2 dulu banyak beri pelajar kami buat homework.Aku suruh pelajar2ku tuleh sehari satu karangan.By hook or by crook ,they must write an essay.Tiru pun tak pa,asalkan depa tuleh.Meniru juga satu teknik belajar.Pasai guru2 la ni ,aku tak tau.

Terus-terang ku katakan tak menarik.Apa tajuk khusus depa nak bincang aku pun tak tau.Idaham cuba menggelecekkan bolanya,tapi ke arah mana yang nak dia sepak aku pun taktau.Sekejap2 dia nak masok isu politik (pilihanraya KT ),tapi Pahit manis cuma jawab dia setuju.Tak jadi pergelutan di padang.Masing2 macam takut2 nak bincang secara mendalam.Blog2 yang lain diperkenalkan entah untuk apa.Yang jadi blogger jemputan ialah Pahit Manis.Hilang rasa pahit-manisnya.


Sebenarnya banyak yang bloggers nak sampaikan kepada rakyat.Rakyat pun tak paham blog tu apa.Lapih tua macam aku pun banyak tak tau.Kawan2 ku juga banyak yang tak tau.Ada yang buta komputer.Aku bersyukur kerana anak aku ngajar aku.Kalau tidak aku pun sama buta macam depa.Pak Non pula suruh aku berblog.Alhamdulillah.Orang tua yang turut berblog dengan aku cuma Pak Non.Dulu ada seorang lagi Pak Mud.Dia pun dah meninggal….alfatihah.Nak hantar emel pun kawan lama2 tak tau,cuma boleh berkomunikasi dengan telefon.

Entahlah akan ku ikuti Blog@1 lagi.Lebih baik tuleh di blog.Boleh orang baca pendapat kita.Kalau tak betoi depa beri komen.Sapa lagi nak komen orang tua.Takkan semua orang tua kata tu betoi.Sapa tau aku masih kencing berdiri.Takkan hangpa nak kencing berlari pula.Sama2 kita check diri.Sebaik2nya guna Al-quran untuk check-up.Di dalamnya ada serba mak-nenek.Segala haram-bejadah pun ada.Babi ada.Rasuah pun ada.Macam2 ada.Boleh tau sapa kencing berdiri,sapa kencing berlari.Untuk dapat pedoman sila buat rujukan.Kalau dah talak tiga pun ada caranya kalau nak rojok.Jangan buat membabi-buta seperti cina-buta.Tipu diri itu namanya.Melayu yang jadi buta.

Wallahua’lam.

Friday, January 2, 2009

JUMAAT PERTAMA,HIJRAH 1430

JUMAAT PERTAMA,HIJRAH 1430



Saidina Ali pernah menyebut :

Keletihan berbuat ibadat tidak akan kekal,ia akan disambut dengan kebahagiaan di akhirat.
Keseronokan membuat maksiat akan hilang,malah celakalah yang menanti di akhirat.Kekadangnya celaka itu datang lebih awal,sejak di dunia lagi.


WALLAHUA’LAM

Thursday, January 1, 2009

IT'S NO MORE OF 'KINDNESS YET' THESE DAYS

IT’S NO MORE OF ‘KINDNESS YET’ THESE DAYS

‘Kindness’ just remain in the song.Not in the hearts of men.Hatred and evil are there.And made friendship with satans.The song below originated in Scotland in the 1700’s and some said in the 1600’s is no more said and sung in this 21st century.Every new year celeberations are engaged with guns and bullets.Bombs and recent weapons are gunnered.Like what is happening in Gaza now.I know why the isrealist are doing that.To counter-attack the ‘Bush-Shoe’ event started by Muntadar.

Setiap sambutan di upacarakan dengan api.Bunga api and what not.Manusia cukup gemar bermain api.Api mengganas di setiap penjuru alam.Tiada ada lagi ‘kindness yet’ to forget.Tiada apa yang akan be brought to mine.There is not a cup of kindness acquainted to be remembered.Tiada ada cinta kasih atau kenangan manis to auld lang syne.

For the elders just ponder the song FOR AULD LANG SYNE we sang and sing-sung in the yesteryears.

FOR AULD LANG SYNE

Should auld acquaintance be forgot
And never brought to mine
For auld lang syne ,my dear
For auld lang syne
We’ll take a cup of kindness yet
For auld lang syne
And here’s a hand
My trusthy friend
And gie’s a hand of-thine
We’ll take a cup of kindness yet
For auld lang syne my dear
For auld lang syne
We’ll take a cup of kindness yet
For auld lang syne.


HAPPY NEW YEAR……most of us ( the elders) are nearing 70 and above.Will we be able to wishing a ‘happy new year ‘ again ?.......we will , unless God willing.