YANG MENGHANTUI MINDA MELAYU
Ada2 saja orang nak membantah . tentunya ada sebab.Takkan pokok bergoyang kalau tak ada angin.Kalau tak dak angin tapi bergoyang juga tentu ada hantu yang menggoyangkannya.Sapa hantu2 tu ? Aku pun tak tau. Sudah tentu dari golongan manusia juga.Ataupun hantu bertopengkan manusia..Memang hantu ni ada kuasa menjelma jadi apa saja.Itu Allah berikan pada depa jenis tu.Bukan saja musang berbulu ayam,tapi lebih dari tu.Yang tak berbulu pun depa jenis tu boleh jelmakan diri.Dalam hidup ku dah banyak sangat aku berjumpa jenis ni.Malah pernah juga diusek oleh depa jenis ni.Seram bulu roma ku.Tapi depa berani usek waktu malam saja.
Kita la ni pun kerap diusek hantu.Tapi depa jenis ni dah ubah taktik.Sama naik dengan zaman siber,begitu canggih dan sophisticated.Lebih hebat dan mudah ternoda oleh si mangsanya.Sebenarnya aku nak siarkan berita GMP buat bantahan tentang PPSMI di Kuala Terangganu hari ni 15 januari,2009.Bukan hantu yang bantah .Rakyat yang bantah,kerana dah ada angin untuk perubahan.Kalau angin kuat pokok akan tergoyang dan tercabut tunjangnya dari bumi.Lepas itu pokok itu akan mati .Kemudian anai-anai akan rantah segala rerantingnya dan dedahannya.Dan dedaunnya akan kering ditiup angin. Di bawa lari bersama masa dan ketika .
Sila baca di bawah ini.
DEPA MULA BUAT BANTAHAN ( 15 JANUARI,2009)
Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) memulakan kempennya hari ini bersempena pilihanraya kecil Kuala Terengganu dengan menabur 50,000 risalah dan penyerahan memorandum kepada calon PAS. Majlis itu disempurnakan oleh bekas profesor matematik dan fizik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Shaharir Mohd Zain di bilik gerakan PKR Terengganu di Jalan Sultan Muhamad.Selain Mohd Abdul Wahid Endut (kiri), turut hadir dalam majlis itu penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan), presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mustafa Ali. Sementara 10,000 keping dua risalah membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah diedarkan setakat ini, kata setiausaha agung Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Khairul Anuar Shazali. PKPIM antara bebarapa puluh NGO dan parti politik yang mendukung GMP.Menurutnya, risalah itu dicetak bagi memberikan kesedaran kepada penduduk di bandar raya ini yang akan membuat keputusan antara Abdul Wahid dan calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.Bagaimanapun, tambah Khairul Anuar, risalah-risalah itu akan tetap diedar di daerah ini walaupun selepas pilihanraya kecil parlimen tersebut, Sabtu ini, sebagai sebahagian kempen GMP di seluruh negara menjelang perhimpuna besarnya beberapa bulan lagi.GMP merancang mengadakan demonstrasi besar-besaran seawal-awalnya pada Mac ini ala Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang menggemparkan negara apabila berjaya mengumpul 40,000 orang berarak ke Istana Negara dua tahun lalu.Dalam risalah bertajuk "15 Pengkhianatan PPSMI", GMP mendakwa dasar tersebut melanggar beberapa fasal dalam Perlembagaan Persekutuan, menghina Raja-raja Melayu, mencanggahi beberapa dasar pendidikan utama seperti Penyata Rahman Talib, Falsafah Pendidikan Negara dan Akta Pendidikan, memudaratkan pelajar di luar bandar dan "membunuh bahasa Melayu." Sementara dalam satu lagi risalah bertajuk "Hapuskan Bahasa Inggeris Dalam Pengajaran Sains dan Matematik", GMP menggariskan 25 sebab dasar itu harus ditolak oleh seluruh rakyat.Alasan-alasan itu termasuklah PPSMI idea mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak pernah dipersetujui oleh guru dan bukan pula kehendak rakyat jelata. PPSMI, menurut risalah itu lagi, hanya menguntungkan mereka yang dekat dengan pemimpin kerajaan yang membekalkan bahan-bahan pengajaran dalam bahasa Inggeris. Ia juga mendakwa markah lulus peperiksaan direndahkan bagi menampakkan kejayaan dasar tersebut dan mengaburi mata orang ramai.

No comments:
Post a Comment