ENGLISH,SCIENCE & MATHEMATICS
Dah lebih dari 50 tahun kita merdeka,kita bukan cuba selesaikan masaalah kita.Bahkan kita membuat masaalah.Baik dari apa segi pun kita buatkan masaalah.Itu baru satu parti yang jadi pemerintah.Kalau dok tukar ganti entah berapa banyak lagi masalah akan timbul.Aku tak berani kata.Dalam tahap pemerintahan yang kecil2 pun jadi begitu.Di sekolah umpamanya,mai gurubesar baru habis sistem yang ada ditukar.Apa salahnya kita kekalkan yang baik2 dan membaiki yang mana tak releven.Mai pegawai daerah baru,cara baru pula ditonjolkan.Pokok2 bunga yang lama pun ditebang dan ditanam pula pokok yang baru.Cukup membazir.Kekadangnya aku dapat tau,jamban pun dipulihkan semula.Apakah cara berak dan kencingnya pun tak sama dengan orang dulu.Yang aku tau sama busuknya dan sama hancingnya.
Dah lebih dari 50 tahun kita merdeka,kita bukan cuba selesaikan masaalah kita.Bahkan kita membuat masaalah.Baik dari apa segi pun kita buatkan masaalah.Itu baru satu parti yang jadi pemerintah.Kalau dok tukar ganti entah berapa banyak lagi masalah akan timbul.Aku tak berani kata.Dalam tahap pemerintahan yang kecil2 pun jadi begitu.Di sekolah umpamanya,mai gurubesar baru habis sistem yang ada ditukar.Apa salahnya kita kekalkan yang baik2 dan membaiki yang mana tak releven.Mai pegawai daerah baru,cara baru pula ditonjolkan.Pokok2 bunga yang lama pun ditebang dan ditanam pula pokok yang baru.Cukup membazir.Kekadangnya aku dapat tau,jamban pun dipulihkan semula.Apakah cara berak dan kencingnya pun tak sama dengan orang dulu.Yang aku tau sama busuknya dan sama hancingnya.
Dan masaalah mengajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris pun masih tak reda.Bahkan masih hangat.Takkan kita nak semua anak2 kita jadi doktor.Takkan nak semua juga jadi enjineer.Kalau macam tu habis satu dunia jadi pasik.Takkan bila pandai bahasa inggeris,pandailah sainsnya dan matematiknya.Kami asai cikgu cukup paham masalah ini.Yang pandai cakap inggeris tak pandai nak ngajar inggeris.Yang pandai bahasa melayu pun ada yang tak pandai mengajar bahasa melayu.Contohnya sebegini;cikgu tak boleh ambil tugas doktor,dan bila kurang guru suruh doktor pula jadi cikgu,jadi cikgu sastera umpamanya.Kita ada specialisasi masing2.Tak semua doktor boleh melakukan pembedahan.Ada doktor cuma boleh rawat kanak2 kecil.Jadi tak usahlah angan2 nak meningkatkan bahasa inggeris hanya dengan belajar dalam pelajaran2 sains dan matematik.
Apa salah kita ajarkannya kepada budak2 yang terpilih.Macam zaman penjajah dulu.Dia switch 360 darjah kepada yang terpilih ke special malay class.Semua ke bahasa inggeris.Senaman pun guna bahasa inggeris.Semua boleh ikut dan dalam setahun boleh cakap inggeris,walaupun masih lintang-pukang.Budak2 cerdik hang bagi apa pun dia boleh buat.Sila rojok balik sistem special malay class sebelom merdeka dulu.Kebanyakan pemimpin la ni depa tak tau tu semua.Depa muda.Lahir pun negara dah merdeka.Kami yang tua2 ni dulu nyanyi GOD SAVE THE QUEEN di hari perhimpunan.
Aku sebenarnya tak mau tuleh pasai PPSMI ni,tapi bila mengikuti diskusi kuliah,Universiti Terbuka PTS di kelolakan oleh bekas pensyarah UM Puan Ainon Mohd,entah tiba2 jadi tertarik.
Di bawah ialah saranan2 dari kuliah tersebut.Semoga saudara2 juga dapat berkongsi bersama.Kalaupun kita sudah tidak ada anak2 di sekolah,kita masih ada cucu2 atau kita masih ada cicit2 atau generasi kita yang tak terputus2.
Kita Tolak PPSMI
* PPSMI adalah idea mantan Presiden UMNO dan mantan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad seorang.
* Rakyat jelata tidak pernah meminta PPSMI.
* PPSMI hanya menguntungkan anak-anak yang ibubapanya bertutur bahasa Inggeris di rumah.
* PPSMI menguntungkan anak orang kaya-kaya di bandar.
* Ibubapa yang tidak bertutur bahasa Inggeris tidak dapat menolong pelajaran anak-anak mereka di rumah.
* Anak-anak keluarga miskin dalam bandar dan di luar bandar menjadi mangsa PPSMI.*
PPSMI akan menyusahkan anak orang miskin dan orang kampung menjadi saintis, doktor, jurutera dll.
* PPSMI dibuat oleh kerajaan BN tanpa berunding dengan rakyat.
* Kerajaan BN tidak pernah mendapatkan pandangan guru-guru sebelum membuat dasar PPSMI.
* PPSMI dilaksanakan dengan cara paksaan walaupun ditentang oleh majoriti rakyat.
* Guru-guru tidak pernah bersetuju dengan PPSMI.
* Cendekiawan dan cerdik pandai Melayu tidak pernah dirundingi oleh kerajaan BN sebelum melaksanakan PPSMI.
* Kerajaan BN membakul-sampahkan puluhan memorandum yang menentang PPSMI.
* PPSMI terus dilaksanakan walaupun hasil kajian oleh bijak pandai di universiti mendapati dasar itu gagal.
* Setiap tahun markah lulus peperiksaan diturunkan demi mengaburi mata rakyat.
* PPSMI menguntungkan kontraktor kroni yang membekalkan bahan-bahan bahasa Inggeris.
* Kaum Cina pun menentang PPSMI.
* Yang menyokong PPSMI adalah segelintir golongan elitis yang mendewa-dewakan bahasa Inggeris.
* PPSMI tidak sah di sisi perlembagaan negara.
* PPSMI menghina bahasa Melayu.
* PPSMI membunuh masa depan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
* Bahasa Inggeris gagal mengkayakan Filipina, India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, negara-negara di benua Afrika yang meminjamnya.
* Semua 40 buah negara maju di dunia menggunakan bahasa masing-masing.
* Semua negara yang meminjam bahasa penjajah semuanya gagal menjadi negara maju dan kayaraya.
* Di mana-mana negara pun bahasa penjajah gagal memandaikan rakyatnya yang miskin.
No comments:
Post a Comment