Wednesday, January 14, 2009

ITU POKOK PANGKALNYA



LUCUT KEHEBATAN BILA SANJUNG DUNIA


Semasa Al-Quran belom di tulis.Semasa kelas Al-quran belom ada.Semasa belom ada banyak kemudahan.Semasa hanya unta dan kaldai yang ada.Semasa menerima banyak ancaman dari ‘ameno’ Mekah,dipimpin oleh Abu Jahal dan Abu Lahab.Semasa para sahabat hidup dalam kemiskinan.Itu semua tak semasa dengan kita.Kita dah jauh masanya dari mereka.Itu dulu-dulu.Dulu dari Hitler,dulu dari Napoleon,dulu dari Adi Amin dulu dari dulu yang sebelum dulunya.Di antara dulu itu sebelom dulunya dan yang terdahulu itu ialah semasa Nabi kita mula berdakwah menegakkan Islam.Semasa itu barakah Allah cukup meninggi dalam diri2 pengikut2 Nabi saw.Kerana barakahlah dalam dada2 para sahabat tertanam Al-quran.Sebab tu saya katakan Al-quran belum ditulis dan belom ada kelas Al-quran.Walaupun tak ada itu semua para sahabat boleh menghafal Al-quran.Dan sebab tu juga aku katakan semakin banyak kemudahan lagi payah nak amalkan penghafalan.Barakah Allah dah hilang kerana terlalu sanjung dunia,Allah lucutkan kehebatan diri manusia.Kita hilang sensibility dan kita hilang sensitiveness.


Sebenarnya Allah memberi rezeki sehingga tak terhitong.Allah memudahkan segala urusan dengan cepat dan pantas.Allah tudungkan segala keburukan diri.Dan Allah gandakan pahala yang cukup besar di atas kerja2 kebaikan.Tapi tak memberi makna kepada manusia,tak membantu menyelesaikan masaalah.Apakah kerananya ? Kerana kita tidak tergolong dalam kategori orang2 yang bertaqwa.Kita terlalu tamakkan dunia,dan kita tak halobakan akhirat.Itu pokok pangkalnya.

Wallahua’lam.

No comments: